Rahsia Kerja Jadi Cekap

Baca zikir selawat.. Selawat ni memang aku selalu amalkan setiap kali selepas solat. Selawat panjang, ada selawat pendek. Kene baca 3 selawat tu selalu. Mengikut kata tok guru aku, kalau selalu amalkan, dunia akhirat cemerlang.

Kalau kerja yang memerlukan aku tak boleh buat silap langsung, memang aku duk amalkan selawat2 tu setiap hari.

Walaupun aku ada buat silap, tapi mesti ada kawan sekerja yang perasan, dan akan tegur dulu. Jadinya aku dah betulkan semua. Jadi tak ade bagi kerugian kepada company.

Kalau secara tersiratnya, beberapa tahun kerja, memang aku boleh nampak, rakan sekerja aku boleh buat silap yang akan merugikan sesuatu projek.

Maknanya silap yang agak besarla, sampai semua kena meeting menjawab dengan MD. Boleh aku kata sampai rugi ratus ribu. Sedangkan aku alhamdulillah tak pernah terjadi seperti itu lagi.

Sebab kerja kitorang ni memang department kami yang base dia kirenya. Baru department lain akan ikut apa yang kami issuekan. Jadinya kalau kami salah, maka semua akan salah. Kami tak patut buat salah even perkara kecil pun.

Even saya kadang2 bawa motor atas jalan raya kan berbahaya, tapi saya boleh rasa cekap dan yakin. Alhamdulillah setakat ni kalau solat tak tinggal, dan amal zikir2 ni, tak ada lagi la dapat kemalangan.

Saya sungguh percaya kepada amalan2 zikir ni, di samping solat 5 waktu.

Saya pernah dengar orang yang kerja urus2 jenazah, penah dia macam jadi murung selepas urus satu jenazah ni. Jadi dia pergi minta air tawar dengan perawat islam baru dia rasa ok.

Tok guru saya cakap, memang dalam alam pekerjaan ni, kena selalu ada amalan zikir2 terutama kerja-kerja yang memerlukan kita jadi cekap, tak boleh salah langsung.

Aku sebenanrnya dalam setahun dua ni, aku dah kurang baca zikir2 ni, sebabnya, aku terlampau sibuk urus anak kecil. Lepastu banyak perkara la yang berlaku. Pekerjaan aku pun agak tunggang-langgang sikit.

Sekarang ni baru aku macam tersedar yang aku selalu sangat skip baca selawat2 tu dengan alasan sibuk sangat.
Tu yang aku nak betulkan balik diri aku, sambil2 aku share dekat korang.

Dan nak kuatkan semangat aku supaya jangan sesekali tinggalkan amalan zikir2 ni. Doakan aku supaya kekal istiqomah. Sekarang ni aku kerja dengan company lain di mana bos aku lebih strict lagi.

Sebenarnya selawat yang aku baca tu aku tak boleh nak beritahu di sini. Tapi sebenarnya ramai dah yang amalkan.

Tapi kalau korang amalkan apa2 zikir pun boleh je asalkan korang istiqomah setiap hari baca. Even kite naik motor pn boleh sambil2 baca.

Sekian dari aku..

– Rania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kalau rahsia & kedekut ilmu jgn buat confession. Aku tau kau nk share benda baik tp setakat nk bgtau berzikir & solat tu bagus, semua org pun tau. Kalau kau share ilmu walau sikit dan org amalkan insyaAllah pahala tu kau pun akan dpt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *