Rahsia Mengecapi Kehidupan Bahagia Menerusi 8 Fasa Hayat Manusia

Arwah ayah seorang perokok tegar yang wajib hisap 20 hingga 40 batang rokok sehari. Seorang yang habiskan hayat kerja sebagai buruh kasar dan hanya merokok saja satu satunya kelegaan dari kepenatannya.

Diusia2 akhirnya pernah saya nasihat ayah untuk kurangkan merokok memandangkan memang arwah tiada apa2 tabiat buruk selain rokok. Lagi2 selepas baru selesai rawatan pnemonia melalui jangkitan paru2.

Arwah hanya tersenyum dan jawab saya dengan tenang, buat pe ayah nak hidup lama2 diketika tubuh dah lemah dan fikiran dah mula malap? Selama ni pun ayah dah syukur sangat setakat mampu besarkan anak2 ayah sehingga boleh berdikari dan berdiri atas kaki sendiri.

Sehingga hari ni kata2nya masih terpahat dalam jiwa saya. Benar bukan? Kadang2 kita teruja sangat nak jaga kesihatan bagai sehingga tak sedar, memang dah sampai waktu kita harus tinggalkan dunia ini.

Kita tidak perlu sebenarnya mengejar usia panjang dan cukup sekadar bersedia kembali setelah selesai tugas kita dialam ini.

Saya seorang yang sering mengimpikan dipanggil dengan pantas setelah selesai tugas saya dialam ini.

Tak perlu jaga bagai untuk capai usia ratusan tahun atau berbangga masih leh tandingi orang2 muda. Tak perlu nak stunt pandu kereta laju diusia 1 abad atau mengagumkan rakyat dengan bawa basikal.

Ya, tak payah nak rebut2 sangat kuasa politik pun. yang diperlukan ,hanya kembali dengan penuh penghormatan, tanpa menyusahkan sesiapa pun dan tanpa sesiapa pun menanti2kan bila kita nak mati.

RAHSIA DISEBALIKNYA

Tuan Puan, saya ada memikirkan rahsia hayat dan kehidupan kita. Ramai antara kita hanya habiskan masa menjalankan rutin harian tanpa pernah memikirkan apa2 tentang perjalanan hayat kita. Takde perancangan. Takde goal.

Bangun tido dan habiskan sehari tanpa apa2 makna dan semangat untuk selesaikan tugas kita dialam ini.

Seolah2 seperti cukup kita makan, tido, beranak pinak dan habiskan masa melepak dengan rakan dan keluar makan sekali sekala dengan keluarga atau balik kg untuk melawat keluarga bila ada cuti panjang.

Selain itu adakah kita meletakan target untuk hayat kita yang singkat ini??

Namun di zaman Lock down ini, segala rutin kita terganggu dan kita memiliki begitu banyak masa untuk fikirkan semula tujuan hayat kita.

Mungkin anda merasakan resah dan tidak keruan melihat bagaimana rasanya dikongkol. Seperti dikawal dan mula memikirkan apa tujuan kita dilahirkan dan harungi hidup ini sebenarnya.

Ya, ada 1 kebenaran yang saya sudah mula sedar yang ingin saya bawa anda menyelami bersama saya. Setiap benda hidup memiliki patern atau aturan dan malangnya aturan ni gagal kita fahamkan.

Jika diperhati kita memiliki 8 peringkat utama dalam hayat ini yang dipecahkan kepada 8 tahun seperti dibawah ini. Jika kita gagal capai tujuannya dalam setiap peringkat ini atau melengahkannya, kita sukar capai 1 kesempurnaan dalam aturan hayat kita sepenuhnya.

Tak paham lagi? Biar saya huraikan.

8 TAHUN, usia kita bermain dan hidup tanpa memikirkan apa2 masalah dunia. Inilah usia anda curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak2 kita dan habiskan banyak masa bersama mereka dengan penuh kasih sayang.

Jika anda terlalu menekan ilmu dan mengongkong mereka atau mendera mereka diusia ini, pastinya jiwa mereka akan terganggu dan anda sukar melihat mereka membesar secara normal.

Ramai mengadu anak2 mereka sukar berkomunikasi, suka bersendirian dan bercakap sendiri. Jika bawa ke Dr senang je dia label anak kita autisme dan lembab tanpa faham masalah sebenar .

Ya masalah sebenar bermula kerana kita semudah gagal berikan mereka peluang untuk bermain dan biarkan mereka kenal alam ini sendiri dengan selesa tanpa perlu memikirkan segala tuntutan dunia yang akan mereka hadapi kelak.

Btw, so wat kalau masuk darjah 1 tak pandai baca?Sains terangkan anak2 kita secara automatik akan mula cenderung dengan pembelajaran hanya selepas capai usia 7 tahun.

Mengapa awal2 semuda 3-4 tahun harapkan anak anda pandai membaca dan menulis? Saya sendiri hanya mula belajar tulis nama diusia 7 tahun sebenarnya dan masuk tadika hanya ditengah usia 6 tahun…

Sekarang ok tak saya tulis?? Ada masalah ke?

16 TAHUN, usia kita menelah ilmu dan sibuk mengumpul bekalan penting ini untuk sepanjang hayat kita.

Ya, kalau nak berikan terbaik maka inilah masa anda memberikan segala keselesaan bagi anak2 anda belajar dan biarkan tumpuan mereka disini.

Bayangkan berapa ramai remaja hilang segalanya ketika terlibat dalam pekara yang salah. Ada yang dipaksa kerja dan ada yang dipaksa melakukan jenayah bersama rakan2.

Sekali terbabas diusia ni maka agak sukar mereka kembali ke garisan hayat yang sempurna. Setiap langkah mereka pasti sumbang jika gagal capai target mereka diusia ini. Iaitu pendidikan.

24 TAHUN, usia untuk kita membentuk keluarga dengan mencari pasangan yang sesuai sebagai teman hidup.

Ya ramai abaikan kepentingan mencari pasangan hidup dan kononnya ingin enjoy atau capai kestabilan hidup. Malah wanita sendiri ada biological clock untuk hasilkan anak yang subur dan sihat diusia muda berbanding selepas melangkaui tempoh subur mereka.

Jika nak mulakan keluarga dengan tenang dan selesa maka inilah usia yang bagi saya agak sesuai bagi setiap kita. Lupakan sejenak nak sangat miliki rumah sendiri atau kerjaya hebat.

Kerana pernikahan dan memulakan kehidupan keluarga berdasarkan cinta dan sayang hanya memerlukan tanggungjawab dan cinta sebenar. Bukan melibatkan orang lain atau harta benda.

Lengkapkanlah tanggungjawab anda dan untuk kali pertama belajar bertanggungjawab dengan insan lain, iaitu teman hidup hayat anda diusia ini. Inilah permulaan utama anda kenal keseriusan hidup dan makna tanggungjawab dan goal dalam hidup anda.

Jika anda gagal, maka sukar anda hidup secara bertanggungjawab dan sukar mengawal lagi kehidupan anda yang akan semakin jadi liar dan boros selepas ini.

32 TAHUN, bermulanya episod membesarkan anak2 kita dan tertumpu kepadanya. seperti yang saya jelaskan dari permulaaan pernikahan, tanggungjawab anda akan beralih kepada kanak2. Mula kenali tanggungjawab terhadap pasangan anda dan kawal kehidupan anda.

Set goal dan sekarang tambahkan tanggungjawab terhadap anak2 anda pula. Tumpu kepada mereka dan tingkatkan kecenderungan dan usaha untuk menjaga mereka pula.

orang kata anak tu rezeki,well bagi saya tanggungjawab berserta usaha dan niat besarkan anak dan keluarga anda dengan selesa tu yang bakal tambahkan rezeki halal anda!!InsyaAllah.

40 TAHUN, usia untuk sibuk mengumpulkan harta dunia tanpa penat. Diketika nilah segala usaha dan tanggungjawab yang anda kumpulkan,mula mendorong anda berusaha habis habisan mengumpul kekayaan dengan memikirkan anak2 anda dan keluarga anda.

Diusia ni anda tak memikirkan kereta sport untuk bergaya mahupun pakaian hebat untuk memikat. Hanya lebih menumpu kearah memastikan anda mampu memastikan segala tanggungan anda menikmati kehidupan selesa.

Dah mula fikir beli rumah 2 3 biji untuk diwarisi. Dah mula fikir kumpul harta,insurance,tanah dan malah start perniagaan untuk diwarisi anak2 anda. Ya ,usia untuk kejar kestabilan harta.

48 TAHUN, usia kita mengenal dunia dan melancong untuk menikmati dunia ini. Ya, bila lagi. Ketika masih kuat dan selesa, inilah masanya anda melancong dan kenali dunia. Jalankan umrah dengan hasil titik peluh mahupun Haji sekali.

Kewangan kukuh, perniagaan bagus dan masih lagi kuat uruskan diri. Inilah masanya untuk keluar kenali dunia yang selama ni dihalang oleh tanggungjawab dunia anda.

56 TAHUN, usia yang sepatutnya dimanafaatkan untuk berehat dan merapatkan diri kepada Pencipta kita.

Benar, malah kerajaan sendiri dah tetapkan usia 55 tahun untuk bersara atas sebab. Boleh anda nafikan?? Rehatlah. Banyakkan beribadah. Habiskan masa dengan cucu dan cuba bimbingi mereka sebagai penasihat.

Jika anda wariskan perniagaan, maka biarkan mereka jaganya dan anda hanya bertindak sebagai penasihat mereka.

Jadi ibu bapa yang disayangi anak diusia ni dan bukan melibatkan diri dengan masalah peribadi mereka dan menyibuk hal2 orang lain. Belajar rehatkan rohani dan jiwa anda diusia ini bukannya kejar tu dan ini lagi.

64 TAHUN, merupakan usia manusia sepatutnya sedia kembali ke Alam seterusnya setelah menikmati dan selesaikan tugas kita di Alam ni dengan sempurna.

Ya usia ni sudah sepatutnya selesai segalanya dan kita sepatutnya tidak menyimpan apa2 saki baki keinginan dan beban kehidupan alam ini lagi.

Jujurnya saya tidak ingin meneruskan usia tua melangkaui keupayaan tubuh dan minda saya dengan menyusahkan diri sendiri dan anak2 saya kelak.

Cukup syukur jika saya mampu besarkan anak2 saya dengan baik dan melihat mereka berdiri atas kaki sendiri seperti yang dicapai Arwah ayah saya sebelum hembuskan nafas terakhir.

PENGAKHIRAN

Yup, 1 perjelasan yang lengkap mengikut prespektif kehidupan dan hayat manusia dari saya. Saya tak pasti jika anda memiliki keinginan untuk hidup beratus tahun mahupun kejar impian jadi PM kali ke 3 dalam usia seabad.

Namun yang saya harapkan dan setiap manusia haruslah impikan semudah 1 kehidupan yang agak simple, selesa dan tutup mata anda disaat2 terakhir dengan penuh ketenangan dan keceriaan menanti perjalanan seterusnya.

Ya, perjalanan abadi tanpa sekelumit pun beban atau masalah dunia masih terbeban didalam jiwa anda.

Seperti Arwah ayah saya sering berkata, bila dah habis tugas, maka kembali saja lah. Don’t overstay your visit! Hahaha dan ya, saya masih merokok tanpa memikirkan sangat melepasi hayat 70 tahun!

– Rayyan Radzwill (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *