Rahsia Suami dan Kesalahan Isteri

Salam semua. Saya mahu dikenali sebagai X sahaja. Berasal dari utara, berkahwin dengan seorang anak.

Saya berkahwin dengan lelaki yang saya dah kenal dari 2006. Kami berkahwin pada 2017, dan ada seorang anak.

Apa yang manis masa bercinta rupanya tak sama dengan selepas berkahwin.

Nyatanya saya tak tahu suami ada tabiat buruk yang cuma terdedah selepas kami kawin walaupun kami bercinta lebih 10 tahun.

Selepas berkahwin selama 6 bulan, saya hamil. Semasa hamil barulah saya tahu bahawa suami ada ketagihan air ke**m. Sesiapa yang berasal dari utara pasti tahu.

Saya sangat2 marah, tetapi suami tak pernah hiraukan. Dia buat macam dia tak salah apa2.

Ada banyak lagi tabiat buruk suami, tapi cukup lah yang satu ini yang amat saya marah.

Banyak kali dah nasihat, ugut, untuk berhenti, dia tetap tak hirau. Sampai lah pada satu hari di bulan puasa ni, dia kantoi tak puasa sebab minum air ni.

Saya amat amat marah. Sebab benda ni jadi dalam rumah sendiri. Suami cuba untuk sembunyi tapi naluri isteri dapat kantoikan. Paling geram bila dia buat muka takpa saja ja. Macam tak buat salah.

Lagi menambahkan marah, saya terjumpa botol air ke**m dalam beg kerja suami walaupun dalam bulan puasa.

Beg yang dia selalu bawa ke mana sahaja dia pergi tanpa gagal. Ini bermakna dia tak puasa pun sepanjang ramadhan ni. Bermakna juga dia tak pernah puasa selama ni.

Dengan mengikutkan hati yang marah, saya buang beg tersebut dalam tong sampah di rumah. Tanpa saya sedar rupanya dalam beg tu ada barang milik pejabat tempat kerja suami.

Malam harinya, barulah suami sedar ketiadaan beg itu dan beliau mula mencarinya. Lebih2 lagi bila dia perlu menggunakan barang pejabat itu keesokan harinya.

Saya rasa bersalah lah juga. Tapi hati yang sedang marah masa tu tak boleh berfikiran waras. Apa yang boleh saya buat sekarang? Beg sampah dah sampai ke tempat pelupusan sampah.

Saya menulis ni sebab tak ada tempat untuk bercerita.

Kalau korang, apa korang buat??

– X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *