Rahsia Tuhan

Hai assalamualaikum buat pembaca muslim. Salam sejahtera buat pembaca selain muslim. Kali ni rasa nak menulis. Pernah hantar confession disini beberapa kali. Tapi tajuk dah tak ingat.

Cuma dulu pernah hantar confession tentang kenalan dari kecil yang diminati. Tadika sekolah sama. Sekolah rendah sama. Sekolah menengah sekolah sebelah. Berjiran sekolahnya.

17 tahun perkenalan dari tadika dan ketika itu masih ambil tahu pasal dia melalui media sosial. Tapi tiada confess apa-apa.

Tapi kali ni bukan nak cerita pasal dia. Saya nak share atau lebih kepada nak minta kata-kata pujukan dan nasihat tentang perjalanan saya dalam istikarah cinta.

Saya memilih tajuk sebagai Rahsia Tuhan sempena lagu Ippo Hafiz yang bertajuk Rahsia Tuhan. Tentang jodoh.

Sepanjang hidup saya yang nak capai 3abad ini, saya telah buat 4x solat istikarah untuk jodoh. Izinkan saya berkongsi cerita 4istikarah saya.

Sepanjang sekolah menengah, tiada satu pun solat istikarah jodoh yang saya pernah buat. Walau ada yang ingin berkenalan. Saya tolak mentah. Atas alasan masih sekolah.

Memang tak pernah “couple” masa sekolah. Berkawan gitu-gitu tu ada. Tapi sekadar kawan. Tak bawa ke next step pun. Kemudian beberapa tahun selepas habis SPM, ada kenalan dari kecil tegur di IG.

OK ini first istikarah cinta saya. Memang kenal dari kecil tapi tidak rapat mana. Keluarga dia semua saya kenal. Keluarga saya kenal keluarga dia, dia pun kenal seluruh keluarga saya.

Mula dengan mesej biasa saja. Kemudian tak lama si dia buka cerita yang dahulu dia pernah minat saya. Cuma dia tak confess sebab dia malu.

Kemudian saya tanya sekarang tak malu ke? Dia kata sekarang tak malu sebab dah besar. Dan dia gelak. Ketika ini kami di awal 20an.

Oh ya, umur kami sama.

Masa ni saya dah berniat nak cari pasangan. Jadi setiap perkenalan dengan lelaki bagi saya bertujuan hanya untuk bernikah. Dalam diam saya buat istikarah.

Saya buat 7hari berturut solat istikarah. Kemudian selepas 7hari tersebut, saya confess. Bila saya confess, dia cakap macam ni. Kamu memang suka saya ke?

I said to him, saya taknak hubungan tak ada arah tuju dengan lelaki. Jadi setiap kali berkawan dengan lelaki ia adalah untuk tujuan bernikah. Jadi saya buat istikarah.

Dipendekkan cerita, dia menolak secara halus. Dan saya terima. Sungguh saya terima dengan redha.

Mungkin sebab masa tu belum ada cinta.

Tak lama lepas tu dapat tahu dia bertunang. Oh dah ada pilihan rupanya. Then saya OK je. Cuma ending dia sekarang tak best sikit. Dah ada ada seorang, last dengar hari tu nak bercerai sebab mak mentua.

Saya tumpang simpati dengan keadaan perkahwinan dia. Moga baik-baik saja. OK tutup kes istikarah 1.

Istikarah dua ni berlaku dua tahun selepas kes istikarah satu. Kenal agak lama juga. Dalam 5 tahun sebelum dua-dua confess. Tapi kenal hanya di media sosial. Tidak pernah berjumpa di alam realiti.

Selama berkenalan 5 tahun hanya berbalas mesej di media sosial berkenaan ilmu agama dan pengajian agama.

Pada ketika kami saling confess, beliau mula dahulu. Kemudian saya pun kata saya pun berniat dengan dia untuk next step. Tapi tiba-tiba beberapa hari selepas itu, dia berkata ibunya ada mengenalkan calon.

Dipendekkan cerita, dia setuju untuk kenal calon dari ibunya itu. Paling tak best masa tu adalah, dia hilang terus selama 6 bulan. Kenapa saya tulis 6 bulan? Sebab dia akan muncul semula dekat istikarah ke 4 saya.

Selama 6 bulan dia menghilang, saya ada dua kali sesi istikarah. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh cepat move on sebab istikarah ke 3 saya adalah 2 bulan selepas dia menghilang senyap terus. Media sosial dia memang tak aktif. Saya cuba cari tapi tak dapat contact.

Sedangkan masa itu rasa sayang tu dah berputik. Mungkin sebab baru nak berputik rasa sayang kot. Tak berputik lagi rasa cinta. Mungkin itu yang buat saya cepat move on. Oh ya yang ini umur atas sikit dari saya.

Kemudian istikarah ke 3 saya dari media sosial juga. Mulanya si dia berbalas komen pada story. Lama kelamaan timbul rasa nak kenal lebih lagi. Saya istikarah. Dan beritahu dia.

Kemudian dia istikarah dan beri jawapan. Dia tak nampak apa dalam istikarah. Dia kata kita cuba jadi kawan saja dulu. Then saya OK saja.

Oh ya macam mana yang ini pun tak jadi? Yang ketiga ini dia pernah bertunang. Selepas buat istikarah, beliau sering bercerita tentang bekas tunangnya. Ketika itu tunang nya belum berkahwin.

Asyik. Bercerita tentang bekas tunang. Kerap. Saya yang mendengar ni mengiakan saja. Tapi mula timbul rasa tak seronok. Yela kenapa nak kena cerita pasal bekas tunang berkali-kali? Macam tak nak move on kan?

Dalam pada dia asyik bercerita pasal bekas tunang, saya mula mengenali calon istikarah ke4 saya. Masa tu sebenarnya saya dah turn off dah sebab dia asyik cerita tentang bekas tunang.

Sebab terfikir juga kalau saya kahwin dengan dia, takut-takut dia masih tak move on dan saya akan makan hati. Jadi pada saya sebenarnya itu dah enough. Dan saya nak cari next untuk saya kenal. Dan dia ada kata nanti kalau salah seorang dari kita kahwin dulu, beritahu lah.

Then I said OK.

Dalam pada yang ketiga itu bercerita tentang bekas tunangnya. Dalam dua bulan perkenalan tu, hujungnya saya berkenalan pula dengan yang ke 4.

Dalam sebulan kenal, saya buat istikarah. Dan saya izinkan dia jumpa ibubapa saya. Dia lelaki pertama yang jumpa ibubapa saya. Hanya dia yang meminta izin. Awal perkenalan lagi dia ingin jumpa.

Cuma saya yang hold dulu sehingga saya yakin. Saya masih berkawan dengan yang ketiga. Tapi kawan biasa saja. Tiada bercakap tentang perasaan.

Dengan yang ke4 ni saya nak serius. Yang ke 4 ini ada tanpa pengetahuan yang ketiga itu. Yela kan istikarah yang si ketiga tu tiada petunjuk.

Dan saya tamatkan jawapan istikarah yang ketiga tu dengan berita pertunangan saya.

Maka bermula episod perjalanan istikarah ke 4 saya. Pada Mulanya semua baik-baik saja. Cuma awal perkenalan tu kami masih dalam sesi kenal dan sesi meletak kepercayaan.

Boleh dikatakan LDR juga. Sebab kenal hanya dari media sosial juga. Kemudian kami dari berbeza negeri. Beza umur kami sedikit saja.

Berbeza dengan istikarah ke 3 tadi, beza umur kami agak jauh.

Hari demi hari berlalu. Dalam 3 bulan perkenalan, kami OK saja dalam sesi berkenalan. Sampai satu hari, kami diuji dengan ujian berat.

Ujian yang sangat beremosi untuk dilalui. Ujian yang perlukan kesabaran dan kesetiaan. Yang perlukan keyakinan dan ketabahan untuk menempuh ujian. Mungkin saya boleh letak disini, ujian pertunangan.

Sepanjang hampir 19 bulan kami menyusuri ujian ini. Ternyata takdir Allah, kami tidak berjodohan juga. Kami tidak kalah dengan ujian ni.

Tapi takdir yang menentukan semuanya. Dan saya akur. Tapi istikarah ke 4 ini yang paling sakit untuk saya jalani. Ketiga-tiga istikarah saya yang lepas semua saya boleh redha dalam kadar agak segera.

Yang pertama siap ada anak dah. Saya tumpang gembira dan mendoakan dari jauh. Yang kedua dah nak kahwin. Saya juga mendoa dari jauh dan gembira bila dia bertemu dengan orang yang baik-baik.

Yang ketiga juga sudah kahwin. Saya turut gembira kerana dia juga bertemu perempuan yang baik-baik sebagai isteri. Semuanya saya gembira bila perlu melepaskan. Tapi tidak yang ke 4 ini.

Mungkin kerana telah berputik cinta. Telah berrencana untuk sebuah mahligai cinta. Merancang itu dan ini untuk pernikahan. Membuat persediaan itu dan ini untuk sebuah perkahwinan meskipun masih dalam tempoh ujian berat itu.

Maaf saya tidak mahu menulis apakah ujian berat itu. Kerana jika saya tulis disini, saya yakin sangat berkemungkinan akan ada yang kenal siapa yang sedang menulis ini.

Namun begitulah takdir yang tertulis. Kami tidak berjodoh. Hampir tiga bulan perpisahan ini telah berlaku. Dan saya masih mencari kekuatan untuk merelakan takdir ini.

Kadang seperti redha, kadang seperti menangisi takdir. Sehingga hari ini saya masih mencari hikmah sebalik ujian. Doakan saya kuat ya. Dan moga saya berdamai dengan takdir.

Tentang istikarah saya, jika tentang jodoh, saya akan buat 7hari berturut. Dan saya tak pernah dapat jawapan dari mimpi. Walaupun istikarah untuk mencari kerja.

Tidak pernah sekali dapat jawapan dari mimpi. Tapi calon ke4 saya jawapan istikarah dia adalah mimpi dan dia yakin dengan mimpi tersebut.

Dan jika di lihat semula mimpi tersebut, ya, dalam mimpi itu kami hanya berselisihan. Mungkin itu sebenarnya jawapan istikarah itu.

Macam mana dia yakin dalam mimpi itu adalah saya? Sebab ada point lain dalam mimpi tu yang kena dengan saya. Tapi maaf saya tak boleh cerita terperinci untuk elak dari dikenali.

Tujuan saya menulis adalah untuk mendapatkan doa yang baik-baik dan kata2 semangat serta nasihat untuk kehidupan akan datang saya.

Sekarang saya belum berhajat kepada sebuah perkahwinan.

Walaupun umur sudah capai waktu orang kata dah patut kahwin. Tapi pada saya, jodoh ni adalah rahsia tuhan. Jika benar ada jodoh saya didunia, Allah akan temukan dengan orang yang tepat pada waktu yang tepat.

Cuma sekarang ni saya perlukan doa untuk saya terus kuat dan meredhakan kepergian si dia dari dunia saya. Nasihat dan mungkin tips-tips yang saya boleh cuba untuk saya kurangkan kesedihan saya akan perpisahan ini.

Rasa sayang itu tak pernah pudar. Saya hanya mampu berdoa untuk kebaikannya dan untuk diri saya meneruskan kehidupan.

Empat kali saya buat istikarah cinta, keempat-empatnya bukan jodoh saya didunia ini. Keempat-empat lelaki yang Allah pertemukan dengan saya ini semua baik-baik belaka.

Kadang bila saya teringat, saya cuba menghitung apa hikmah yang Allah ingin beri pada saya selama perjalanan istikarah cinta saya ini. Moga ke depan adalah berita gembira buat saya. Aamiin.

Saya akhiri confession ini dengan potongan lirik dari lagu Rahsia Tuhan sebagai ekspresi rasa yang ada dalam diri saya.

Ku sedar bukan kuasa ku,

Hanya Tuhan yang bisa memberi,

Cinta Dia Maha indah,

Ditakdirkan bersama.

Hanya kepada dirimu,

Bukan jodoh yang ku maksudkan.

Kerna ada telah tertulis,

Itu hanya Rahsia Tuhan.

Tiada arah jodoh kita,

– Miss A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *