Assalamualaikum disini aku nak perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama aku Zulaika (nama samaran).
Aku nak cerita kisah yang berlaku dalam keluarga aku di mana melibatkan seorang insan bergelar ibu.
Aku tulis benda ni sebab nak legakan hati aku yang dah lama terpendam sejak 2017 lagi.
Masa tu umur aku 15 tahun and time tu PT3 dah nak dekat, cerita dia bermula ceh macam dramatic pula ye.. Okay berbalik cerita dia malam tu aku masuk bilik parents aku saja2, then ada fon mak aku terbiar atas katil,
Masa tu aku tak ingat keberadaan parents aku maybe kat ruang tamu. Ha lepas tu aku pun ambil lah fon mak aku nak tengok biasalah pemikiran masih budak2 lagi pada masa itu.
Bila aku bukak fon mak aku, perasaan aku tergamam berbaur berbelah bagi semua lah ada sebab aku jadi speechless time tu, sama ada betul ke tak apa yang aku nampak tu. Korang nak tahu aku nampak apa?
Aku nampak chat whatsapp dari nombor yang aku tak kenal sebab mak aku tak save nombor tu.
Cara chatting antara mereka lah yang buat kan aku speechless dan hati aku rasa ditusuk betapa sakitnya perasaan tu hanya Allah saja yang tahu.
Aku tidak sengaja membaca perkataan ‘sayang’ yang dihantar oleh nombor tak dikenali itu kepada mak aku?
And cara mereka ibaratkan kekasih baru tetapi otai yang sedang berchatting bermesraan, korang faham kan maksud aku.
Aku terlalu marah, sedih tapi aku sembunyikan perasaan tu sebab taknak diorang perasan and perkara jadi besar.
Tapi disebabkan aku fikir aku hanya la budak 15 tahun… Aku tak berani nak memberontak, melawan jadi aku diamkan saja hingga lah perkara tu berlarutan sehingga ke hari ni saat ini.
5 tahun berlalu, setiap kali aku berdoa aku mohon semoga Allah bukakan pintu hati mak aku untuk tinggalkan perkara terkutuk tu.
Aku tak tahu nak buat apa, aku tak tahu sama ada abang dan kakak aku tahu pasal benda ni.
Aku cuba untuk lupakan apa yang mak aku buat tapi tak boleh sebab jujur aku cakap mak aku dah berani terang terangan video call dengan lelaki tua bangkek tak sedar diri tu,
Biasalah orang tua bercinta mana nak pandai sorok, diorang ingat kitorang buta tak nampak apa diorang buat.
Sumpah aku cakap hancurnya hati aku lihat orang yang aku sayang dan bergantung harap berbuat sedemikian. Aku try hard untuk tak membenci mak aku sebab aku sayang mak aku sangat2.
Hinggalah sekarang aku hanya mampu memendam benda hitam tu, kadang2 aku hanya berbuat bodoh bila ternampak benda jijik tu,
Tapi tipulah aku tak sedih aku rasa nak menjerit nak nangis tapi aku tahan demi ayah aku, ayah aku seorang yang sangat baik dia seorang yang penyayang, adakah sebab ayah aku dah tak kerja mak aku sesuka hati curang?
Aku benci dengan diri aku sebab tak dapat nak menyuarakan isi perasaan yang lama terpahat dalam hati ni.
And yes ayah aku tahu pasal ni dan dia lebih mendiamkan diri sebab dia sedar dia tidak lagi bekerja yang hanya mengharapkan mak aku seorang wanita berkerjaya untuk menampung kami sekeluarga.
Aku minta maaf kalau ada menimbulkan sensitiviti antara korang tapi aku cuma nak meluahkan apa yang aku simpan selama 5 tahun ni,
Aku sentiasa yakin kan diri aku “setiap ujian yang Allah bagi, ada hikmah di sebaliknya”
Aku yakin aku percaya suatu hari nanti mak aku akan berubah hatinya kepada ayah aku balik.
Itu sahaja daripada aku maaf atas penulisan yang kurang menarik.
– Zulaika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit