Raih Ilmu Untuk Menjawab Tohmahan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/raih-ilmu-untuk-menjawab-tohmahan/).

Assalamualaikum semua, aku kembali dengan penulisan kedua bila ada yang meminta jawapan pada persoalan pada confession sebelum ni iaitu (Raih Ilmu Untuk Menjawab Tohmahan). Lately aku sibuk dengan office tasks dan tiada masa nak menulis, jadi sekarang baru ada masa di tengah2 malam buta ni isk3.

Pertama sekali aku nak cakap ye, persoalan2 tersebut bukan aku yang timbulkan, tapi memang telah dijadikan argument dalam beberapa dekad yang lepas, terutamanya oleh masyarakat barat. dan dalam beberapa tahun kebelakangan ni, makin hangat diperdebatkan di dalam Malaysia pulak, memandangkan negara kita memang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

For disclaimer, entry kali ni adalah agak panjang. Dan macam aku cakap sebelum ni, kalau aku jelaskan persoalan tersebut, mungkin akan menyentuh tentang beberapa aspek yang sensitif. Namun harapan aku hanyalah untuk memberi panduan sahaja, andai kata ada orang memberi tohmahan, bagaimana idea untuk menjawab tuduhan tersebut. Dan aku harap admin dapat siarkan artikel ni, sebab niat aku hanyalah untuk berkongsi pendapat sahaja.

Jadi tanpa buang masa, antara persoalan2 yang famous adalah:

a) Kalau Allah swt itu wujud, kenapa tak nampak?

Argument ini sangat biasa ditimbulkan, kerana basically pada pandangan penganut agama lain, mereka boleh lihat tuhan mereka. Tapi tuhan umat Islam tak nampak. Cuba bagi analogi yang sangat mudah. Kita bernafas dengan apa? dengan oksigen kan? Boleh tunjuk tak mana oksigen tu? Tak boleh kan? Oksigen ni kita tak boleh nampak, tapi kalau 10 minit takde oksigen pun dah boleh mati kan?

Jadi macam mana pulak dengan perasaan cinta? Rindu? Bosan? Penat? Macam mana pulak dengan angin? minda? Pluto? Galaksi? Sedangkan hidupan dalam laut pun, adakah kesemuanya telah ditemui? Sebenarnya banyak lagi hidupan dalam laut yang belum ditemui, sedangkan Malaysia sahaja pun masih terlalu banyak biodiversiti yang belum diterokai. Tapi bila kita tak jumpa, tak bermakna benda tu tak wujud.

Yang paling menarik adalah kisah di dalam Alquran, di mana Nabi Musa a.s pernah meminta untuk melihat Allah swt. Tapi Allah swt baru sahaja menampakkan terlalu sedikit bahagian daripada penduduk langit serta Diri-Nya, namun Nabi Musa a.s telah jatuh pengsan akibat terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya, hingga gunung yang dipandanginya hancur lebur.

Kisah ni nak menggambarkan, untuk melihat Allah swt itu belum lagi menepati tahap kesanggupan kita. Ia termaktub dalam perkara2 ghaib, yang mana belum tentu kita mampu menanggungnya. Sebagai contoh, bertemu dengan Munkar dan Nakir dalam alam kubur.

b) Kenapa Nabi Muhammad saw kahwin dengan Aishah r.a yang masih kanak2?

Inilah debat yang paling hebat diutarakan hingga ke hari ini. Harus diingat, isu ni tak pernah timbul sejak zaman nabi2 lagi, sehinggalah dipersoalkan lebih kurang pada pertengahan abad ke-19. Abu Lahab dan Abu Jahal menuduh Nabi Muhammad saw dengan bermacam2 kejian, walhal tak pernah sekali pun mereka tuduh sebagai pedophile. Kenapa?

Sebab berkahwin dengan gadia muda adalah budaya masyarakat yang hidup pada zaman beribu2 tahun dahulu. Dan gadis Arab pada masa tersebut lebih cepat baligh berbanding masyarkat zaman sekarang. Nenek aku pun kawin umur 14 tahun, tu pun baru tahun 1930-an weh. Namun juga, Nabi Muhammad saw menikahi Aishah hanya dua tahun selepas isteri kesayangannya, Khadijah meninggal dunia.

Nabi masih bersedih atas kewafatan Khadijah, jadi para sahabat mencadangkan supaya baginda berkahwin semula. Mereka mencadangkan Aishah sebagai calon isteri Nabi, dan Saidina Abu Bakar sangat2 bersetuju kerana beliau mahu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nabi Muhammad saw. Dan kebetulan datang pula perintah Allah swt kepada baginda supaya menikahi Aishah. Maka baginda pun berkahwin.

Nabi Muhammad saw bernikah ketika Aishah berumur 6 tahun, tapi Aishah masih terus tinggal bersama keluarganya sehingga umur 9 tahun. Setelah cukup umur, Nabi meminta izin daripada Aishah, bertanya adakah beliau sudah physically and mentally prepared untuk tinggal bersama baginda sebagai suami isteri. Jika Aishah masih tak bersedia, beliau masih boleh tinggal dengan keluarganya hingga benar2 bersedia. Dipendekkan cerita, Aishah bersetuju untuk tinggal bersama Nabi.

Adakah Nabi Muhammada berkahwin dengan Aishah kerana seks semata2? Semestinya tidak! Perkara ini amat penting untuk anda tahu, Nabi juga telah mengasuh dan mendidik Aishah dengan berbagai2 jenis ilmu, sehingga Aishah menjadi the greates woman scholar in Islam.

Aishah sangat pintar dan cerdas otaknya, beliau menghafal sehingga dua ribu lebih hadis Nabi Muhammad saw, mahir dengan ilmu Al-Quran, serta beberapa cabang ilmu yang lain. Malah setelah Nabi wafat, terdapat pemimpin Islam yang datang meminta bantuan tentang sistem pengurusan masyarakat, demi mencontohi Nabi Muhammad saw semasa pemerintahannya.

c) Kenapa perempuan kena pakai hijab?

Sebenarnya yang perlu diterangkan dahulu, adalah wanita perlu menutup aurat. Dan rambut adalah sebahagian daripada aurat tersebut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ‘sexualizing’ oleh kaum adam, atau mengelakkan wanita dilihat sebagai objek seks semata2. Tapi wanita dengan mahramnya boleh sahaja buka hijabnya.

Dan kalau ada orang kata nampak macam opression, bagi aku itu ideologi yang merepek. sebab hijab tu cuma sehelai kain yang tutup kepala sahaja, tak pelik sangat pun. lagipun banyak lagi fesyen lain yang tutup kepala macam topi. kalau musim sejuk, tetap tutup seluruh badan kan. Kalau perasan, penganut lelaki agama Sikh pun tutup rambut jugak. Bahkan sister2 dalam gereja pun tutup rambut mereka jugak. Malah dalam kitab B***e pun, sebenarnya ada perintah untuk tutup kepala.

Kalau ditanya kenapa wanita pakai burqa, aku difahamkan pada zaman dahulu wanita Arab pakai burqa sebab nak menghalang debu2 padang pasar daripada terkena muka. Dan juga mengelakkan panas matahari membakar kulit, sebab kulit wanita lebih sensitif berbanding lelaki, bila terkena cahaya matahari. Memang ada antara kaum keluarga Nabi yang memakai burqa, dan pemakaian tersebut pada zaman kini hanyalah kerana mencontohi wanita pada zaman Nabi tersebut. (Aku tak pakai)

d) Kenapa lelaki boleh kahwin empat?

Sebenarnya semasa Allah swt turunkan perintah ni, bukanlah bertujuan meninggikan status lelaki sebab boleh kahwin empat. tapi sebenarnya untuk memberi hak kepada para wanita. Sebab pada zaman2 sebelum zaman Nabi Muhammad saw pun, terdapat lelaki yang mempunyai sangat banyak isteri. Biasanya golongan yang mempunyai ramai isteri ni adalah golongan pemimpin dan golongan bangsawan.

Contohnya raja2 China zaman2 dulu ada berpuluh2 isteri, dan boleh ada sehingga beratus2 gundik. Aku pernah dengar, terdapat raja yang ada lebih daripada seribu gundik. Bayangkanlah, nak menunggu giliran untuk bersama, sampai berapa tahun kena tunggu? Dan harus difahamkan, pada zaman tersebut, cuma isteri yang ada hak seperti harta, tetapi gundik ni hanya pemuas nafsu sahaja, dan tiada hak.

Terdapat dalam kitab B***e jugak, bahawa King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mempunyai sehingga 700 isteri dan 300 gundik, serta King David (Nabi Daud a.s) mempunyai berpuluh2 isteri jugak.
Jadi, tujuan diturunkan perintah ini adalah untuk memberi hak kepada wanita, supaya masing2 diberikan hak seperti harta, nafkah batin, dan beberapa aspek lain. Tapi just nak bagitau, dalam ayat Al-Quran dah pesan, kalau tak mampu berlaku adil kahwin satu jer, oops.

Walaupun poligami tu sunnah Nabi, nak ingatkan jugak monogami pun sunah Nabi jugak ye. Nabi tak kahwin dengan mana2 wanita lain, sepanjang baginda berkahwin dengan Khadijah. Nabi cuma berpoligami selepas wafatnya Khadijah, itupun banyaknya adalah janda2 dan balu2 yang ada anak kecik2. Namun setelah turunnya perintah tersebut, Nabi tidak menceraikan isteri2nya kerana Allah swt melarang Nabi menceraikan, atau kahwin lagi. Hal ini kerana, isteri2 atau bekas isteri2 para rasul tidak boleh dikahwini.

Ini adalah antara persoalan2 yang famous ditanya orang, dan aku sekadar memberi sedikit idea, yang banyaknya aku petik daripada video ilmuwan2 yang aku tengok serta hasil bacaan buku. Aku bukan pandai agama sangat, jangan lah salah faham. Aku cuma rasa aku ni tak mampu nak membantu sampai ke Palestin, ke Uighur, jauh sekali nak bersuara dalam PBB. Jadi sekurang2nya aku gunakan platform ni untuk kongsi pendapat aku tentang pemantapan yang boleh kita terapkan.

Dan lagi satu aku nak pesan, kalau orang bukan Islam bertanyakan persoalan, jawab dan explain je lah, tak payah nak menyelar, tak payah marah2 dia. Walaupun tengah hot berjalan kempen BMF sekarang ni, aku pun memang sahut seruan kempen, tapi tak perlu lah nak label produk kafir laknatullah lah, makan b*** lah, just cakap non-muslim je dah lah. Sungguh tak salah nak sahut seruan kempen BMF, tapi bergaul je lah dengan kaum lain macam biasa, senyum, bertegur, hormat orang tua. Kalau dalam LRT tu nampak orang tua yang bukan kaum kita pun, bagi duduk je lah.

Beringatlah, kita tinggal dalam Malaysia ni, bukan orang Melayu je yang beragama Islam. Tolonglah beringat ada orang Cina, orang India, dan etnik2 lain yang dah beragama Islam jugak. Ada jugak orang Cina yang dah masuk Islam, tapi tak tukar nama atas sebab tertentu. Jadi janganlah terus menyelar orang tak tentu pasal, sebab itu cuma akan tambah kebencian orang pada kita je.

Malaysia ni dah jadi negara contoh kat dunia, yang dah membuktikan masyarakat berbeza bangsa, bahasa, warna kulit, dan agama boleh hidup sama2 dan harmoni. janganlah tunjuk kebencian sepanjang masa. Kalau orang tak faham seperkara tentang agama kita, maka itulah tugas kita untuk memberi penjelasan.

Sekian dari aku, maaf andai terkasar bahasa.

– Michi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *