Rakaman Suara Dari Bilik Nenek

Hi semua.. Nama aku Intan. Merupakan anak sulung dari 4 adik beradik. Aku mempunyai seorang ibu dan seorang ayah (ofcos la kan hihi) masing-masing berusia lewat 40an.. Alhamdulillah baru2 ini ibu dan ayahku dah dinaikkan pangkat.. Tapi tak naik gaji ye.. Hihi.

Yang sebenar ibu dan ayah dah dinaikkan pangkat bergelar nenek dan atuk kepada cucu sulung mereka iaitu anakku yang baru dilahirkan beberapa bulan sahaja.. Hihi.

Rumah tangga aku alhamdulillah cukup untuk aku bersyukur, mempunyai keluarga mentua dan suami yang baik. Baiklah itu la serba ringkas pengenalan aku.. Aku tak punya masa yang lama untuk menaip, jadi biarlah aku terus kepada cerita sebenar.

Kisah bermula 6 tahun lepas apabila hadirnya nenek dalam hidup kami. Selepas Wan (panggilan kepada suami nenek) meninggal dunia.

Nenek berpindah tinggal dengan anak bongsunya iaitu ayah kami. Bukan tidak ada anak lain lagi untuk menemani nenek, tapi kesemua kakak dan kakak2 ipar ayah berkerja. Kecuali maklong.

Tapi nenek memilih untuk tinggal dengan kami memandangkan rumah nenek dengan rumah kami lebih dekat, dan ibu pula tidak bekerja.

Sudah takdir, Allah menduga ibu di saat dia ingin merasa nikmat hilang penat menjaga anak kecil, adik bongsu baru saja melepasi 4 tahun ketika itu, kata ibu dapatlah tidur lena sikit tapi hadirnya nenek ibu berganda penat.

Nenek bukan ibu mentua yang tidak disayangi ibu dari awal. Ibu sangat sayangkn dan hormatkan nenek seperti ibunya, tapi kerana sikap nenek yang terlalu melampau ibu tawar hati.

Nenek, usianya lewat 70an.. tidak nyanyuk, tidak pula sakit terlantar. Hanya mempunyai penyakit tua seperti warga emas yang lain.

Rutinnya bangun subuh. Tidur balik. Bangun semula jam 9 pagi ketika makanan pagi sudah siap terhidang. Menu wajib nasi lemak lauk tak boleh pedas.

Selama 6 tahun ya menu sarapan tidak boleh berubah. Selepas itu ibu akan mengutip semula pingan nenek dan membasuh. Sambil bertanya apa menu nenek nak makan untuk tengahari. Nenek hanya order saja.

Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik sehingga lah suatu hari tanpa sengaja ibu terdengar nenek bercakap dengan salah seorang anaknya.

Jelas pada masa itu nenek cakap, perutnya masuk angin. Kerana ibu lewat menyediakan sarapan pagi. Jam waktu itu menunjukkan 10 pagi.

Ibu terkilan. Sedangkan nenek tahu ibu demam. Ibu tunggu intan yang pergi beli makanan dan nenek sedia maklum. Kenapa nenek buat semua ini. Dan itu la permulaan segala fitnah nenek pada ibu.

Sehingga ketika intan sudah memasuki alam perkerjaan. Intan dengan sengaja meletakkan perakam suara dalam bilik nenek. Alangkah terkejutnya Intan. Seawal pagi nenek sudahpun mengadu pada anak anaknya yang lain perihal ibu. Ibu masak pedas. Ibu tak respon dia sakit.

Kami cucu2 tidak masuk biliknya untuk mengurutnya. Nenek fitnah ayah ambil duitnya untuk beli ikan pada nenek sedangkan ayah terpaksa ambil sebab nenek yang beri memandangkan gaji ayah dah habis dan nenek pula minta nak makan ikan siakap dan sup tulang!

Paling kelakar hari tu katanya dia lansung tak boleh bangun kerana demam tak makan apa dan ketika itu sebenarnya dia baru masuk bilik selepas menonton drama tv3 jam 7 sambil menghabiskan sepinggan bihun goreng kegemaran nenek yang ibu masakkan.

Sungguh drama nenek ya nenek! Itu lah kemuncak rasa hormat pada nenek sendiri dah hilang. Nenek fitnah ibu dan kami semua. Cukuplah.

Cukup sehari rakaman suara itu aku letakkan disitu. Tidak sangup rasanya lagi.

Aku tak kan lupa. Satu peristiwa dimana nenek teringin nk makan pulut kuning dengan rendang daging. Bersusah payah ibuku seawal pagi menyiapkan juadah permintaan ibuku.

Nenek makan bertambah tambah. Akhir apa yang ibu ku dapat? Nenek ku mencanangkan kepada anak2nya yang lain rendang daging ibu ku pedas. Nenek tak dapat makan. Hanya rasa pulut.

Esoknya nenek mengadu lagi pada anak2nya. Yang dia sakit badan disebabkan pulut ibuku. Yela mana tidak sakit kalau 2 pingan nenek hentam! Aku tahu sebab aku terdengar dengan tak sengaja perbualan nenekku dengan anaknya yang lain,

Pedihnya memiliki nenek yang sebegini, jangan kata aku dan ibu tidak paham orang tua. Kami bukan tidak paham orang tua. Tapi kami tidak paham kenapa ada orang tua yang suka fitnah anak menantu dia sendiri.

Sedangkan anak anaknya sendiri pun tak sanggup menjaganya tempoh yang lama, aku tak nafikan ibu ibu saudaraku baik2. Semuanya bila dengar nenek bercerita tentang ibu akan sebelahkan ibu. Sehingga la nenek pernah merajuk juga.

Ibu2 suadara ku juga pemurah selalu menghulurkn bantuan tika kami memerlukan tapi itulah..bab menjaga nenek semuanya lari. Akhirnya ibu juga menjadi mangsa kerana tidak bekerja.

Perihal maklong pula walaupun dia tak bekerja tapi nenek tak berkenan dengan paklong sebab paklong jenis peramah.

Biasala paklong orang kampung, kadang nenek ke klinik ditanyanya nenek tadi doktor cakap, diguraunya itu ini, tapi nenek aku ni pelik. Dia tak suka. Dia nak yang diam2 ja. Lepas tu senang dia nk fitnah anak menantu cucu dia tak layan dia.

Nenek aku ni dulu pn cuma tau beranak Ja. Jangan cakap aku kata saki beranak tu biasa sebab aku sendiri tahu bagaimana sakit tu. tapi Ini yang anak2 dia sendiri cakap. Anak 5 orang. Setiap kali beranak sakit misteri tapi zaman dulu sakit2 pun anak ramai.

Bila beranak yang jadi mangsa maklong dan makngah aku kena jaga adik2. Maklong aku sendiri cakap nenek tak penah bangun pagi siapkan anak2 sekolah walaupun sekali.

Tidak pernah bangun masak sahur dan berbuka ketika bulan puasa, masak harian pun boleh dikira semuanya anak anak yang agak besar yang buatkan. Macam dia sekarang macam tu lah dulu. Tapi bukan main lagi demand.

Nak kata sakit teruk dah berpuluh hospital dah kami bawa. Tak ada sakit apa2. Ustaz2 pun kami ada bawa tapi kata ustaz tiada tanda2 nenek ada ganguan. Jari dan tangan nenek halus mulus. Kuku masih cantik. Kerana dia tidak pernah bekerja teruk sepanjang usianya.

Aku tak minta banyak cuma mintak nenek bertaubat memfitnah ibu cucu dan anak anaknya yang lain(ya selalu juga ibu burukkan anak2nya depan ibu)

Aku cuma nak meluah sebab terlalu sakit hati dengan nenek. Nak dicakap depan2 dia lah nenek aku.

Apa peranan ayah ketika nenek tak henti2 memfitnah ibu? Ayah sangat bertangjawab. Menasihati nenek. Memujuk ibu. Setiap kali itu akan jadi drama rajukan panjang dari nenek. Ayah paham ibu penat.

Setiap kali gaji, ayah dah sediakan sedikit bahagian ibu untuk ibu pergi “me time” rutin ini bermula dari 6 tahun lepas selepas hadirnya nenek. Dan setiap kali itu ibu menerima jelingan maut dari nenek.

Di canangnya ibu keluar dari pagi sampai petang. Habiskan duit anak dia. Mujur la anak2 nenek banyak sebelahkan ibu.

Tapi biasala, ada juga yang percayakan dan kata.. Patotla ayah selalu tak cukup duit sebab beri bini joli sakan, sedangkan mereka tak berada di kasut ibu dan ayah.

Sekian cerita saya. Jadikan sikap nenek sebagai sempadan untuk kita. Semoga kita akan menjadi orang tua yang tidak pernah menyusahkan anak supaya ketika hidup disenangi ketika mati dirindui.

– Permata ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *