Rakan Sekerja Cemburu

Salam pembaca semua. Seperti tajuk diatas, hari ini nak meluahkan kisah rakan-rakan sekerja yang cemburu.

Juga harapan bagi para pembaca mengambil iktibar dan faham akan konsep kerjaya. Mungkin ada kalangan pembaca yang pernah rasa benda yang sama pada rakan sekerja mereka.

Aku baru beberapa bulan di syarikat baru. Berbekalkan pengalaman aku berjaya mendapatkan jawatan sebagai ketua kepada dua assistant.

Kedua-dua assistant aku ini masih berdarah muda. Habis diploma mereka terus masuk kerja dan telah beberapa tahun bekerja dengan syarikat tersebut.

Yang menjadi isu apabila mereka meluahkan dan mempersoalkan mengapa aku jadi ketua. Aku faham kenapa mereka tak setuju;

1. Mereka lebih lama dalam syarikat tersebut.

2. Mereka lebih mahir buat kerja. Sebab aku dah buat satu kesilapan besar ketika aku baru bermula kerja di sana. Orang baru kan.

Kerja tempat baru tak sama dengan kerja tempat lama. Awal-awal memang ada benda yang kita tak sengaja terlepas pandang. Pengurus aku pun faham dan tak bebel.

3. MUNGKIN aku nampak tak bijak (walaupun aku ketua, aku jenis tak mengarah, konon-konon bertanya). Itu kesilapan aku sebab aku anggap mereka kawan-kawan dan tak tunjuk sikap professional.

Bukan sedih tapi aku kecewa bila dipersoalkan begitu. Aku kecewa sebab darah muda mereka tak boleh berfikir secara rasional.

Kenapa aku panggil mereka darah muda, sebab mereka masih di fasa ‘belum kenal dunia’ dan penuh dengan angan dan harapan.

Jadi disini aku nak beritahu mengapa aku LAYAK jadi ketua mereka. Bukan terlebih berbangga (korang pun tak kenal aku kan) tapi aku kena pertahankan diri.

1. TAHUN PENGALAMAN.

Tahun pengalaman kerja aku hampir 3 kali ganda daripada mereka. Pengalaman aku lebih meluas. Aku bekerja dengan beberapa syarikat sebelum ini manakala mereka baru ‘first time job’.

2. PENDIDIKAN.

Aku lepasan ijazah. Mereka diploma. Ijazah aku lebih khusus dalam bidang kami. Dari segi pelajaran sini dah berbeza. Sudah tentu aku ada ‘point’ yang lebih dari mereka.

3. SEJARAH KERJA.

Aku daripada syarikat gergasi. Dalam industri ini, semua orang kenal syarikat aku. Macam belajar lah, kalau orang tahu kita lulusan Harvard mesti orang akan rasa ‘WOW’.

Sama macam bekas syarikat aku, bila mereka tahu aku kerja sana, bermula dari pembantu dan berjaya naik pangkat, automatik mereka tahu aku highly competitive & better at doing job than others. Kalau tak, tak ade la aku naik pangkat kat sana.

4. SKILL.

Mereka rasa mereka lebih sebab mereka dah power buat kerja. Tapi mereka terlupa. Power mereka merangkumi kerja harian.

Sesiapa pun buat benda sama tiap hari akan jadi pakar. Berbeza dengan aku yang macam² kena handle.

Aku ada skill dalam dan luar skop kerja aku. Aku ada SHO, ISO Internal Audit, Waste Management, QA, R&D dan banyak lagi kalau nak mention disini.

Mereka tak ada added skill macam aku. Added skill yang aku belajar sendiri. Yang aku collect dari experience² syarikat lama. Yang buat aku depress inilah menjadikan aku berjaya sekarang.

5. SIKAP.

Sorang tak ambil initiative, kalau ada masalah dia buat-buat tak nampak je. Gaji nak banyak, pangkat nak tapi jadi penyelesai masalah, Out. Sorang pula jenis mengadu dan ugut tak nak buat kerja.

Semua orang penat, semua orang stress. Bila orang push kita boleh tegur tapi jangan ‘ugut-ugut’ tak nak buat kerja, nak baliklah, nak ambil MC la.

Sebab perangai inilah orang atasan lagi rela ambil orang baru jadi ketua daripada naikkan pangkat mereka. Ciri-ciri kepimpinan tak ade.

6. HUBUNGAN.

Disebabkan pengalaman aku, ramai orang industri kenal aku dan aku kenal orang industri.

Setiap kali aku interview, mesti aku akan kenal orang yang mereka sebut (Alhamdullilah aku da interview syarikat² gergasi lain dan sentiasa dapat offer. Cuma aku pilih syarikat ini sebab aku dapat rasakan bos aku baik).

Aku bukan communicate dengan orang dalam Malaysia je. Tapi aku ada pengalaman bekerjasama, meeting dengan orang-orang luar negara.

Yang pembantu-pembantu aku mana pernah ‘keluar dari negara’. Mereka sekadar tahu dalam syarikat saja dimana info telah ditapis, permasalahan telah diselesaikan.

Seterusnya. Aku dah tak boleh fikir. Haha. Korang sambunglah apa yang menyebabkan kita ini layak dari orang lain.

Fuhh. Terima kasih membaca sampai habis. Lega hati ini dapat luahkan.

Sepanjang penulisan ini, aku baru perasan. Banyak benda pasal kebolehan yang aku tak cerita pada assistant-assistant aku. Jadi aku decide mulai esok aku akan slow-slow tunjuk ‘power’ aku.

Sebelum nie aku tak de nak show off. Aku show off masa interview je sbb dalam resume, sijil ada terpampang. Tapi aku very humble depan rakan² sekerja. Kali nie aku kena start show off supaya mereka sedar aku bukan kaleng-kaleng.

Dalam masa yang sama, aku akan bersikap lebih profesional. Aku akan kurangkan perangai kawan-kawan yang nak jaga hati, lebihkan pada bekerja.

Jadi kalau lepas nie kena selalu tegur itu sebab aku professional ya. Aku kan ketua. Kuasa veto kat ketua kan (gurau gaiss. jangan ambil serius)

Sekian, Terima kasih.

– Tangga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *