Assalamualaikum dan hai. Aku Takal (tapi aku manusia biasa, bukan duduk kat tiang bendera tu), seorang penuntut. Ada ramai kawan.
Tapi, dalam ramai-ramai kawan aku ni, ada seorang ni yang sangat pendengki dan busuk hati. Aku panggil dia Baji memandangkan ketajaman lidah dia yang banyak melukakan dan menyakitkan hati aku.
Baji ni adalah spesies manusia yang kau jangan sesekali lebih dari dia. Dia takkan teragak-agak mempersoalkan kelebihan itu dan lebih dahsyat lagi menghambur kau dengan hinaan ikut tekak dia.
Baji kadang-kadang suka cari pasal dengan aku terutama secara halus. Tapi, aku menangkisnya dengan lawak jenaka atau kelakuan yang konon nampak macam aku tak sedar tapi aku faham sebenarnya.
Sebab aku tahu si Baji ni ramai na penyokong. Kalau aku cerita keburukan dia dengan kawan-kawan lain dalam kelas, mesti takde sesiapa yang akan percaya aku punya. End up aku yang akan dipulaukan.
Aku tak nak itu terjadi sebab aku perlu rakan-rakan untuk sebarang projek berkumpulan. Jadi, aku sentiasa play safe bila berhadapan dengan si Baji. Aku dan dia bukan satu kelas tapi satu fakulti.
Ada sekali tu, dia minta aku ajarkan dia selesaikan masalah berkaitan tajuk speed dan acceleration macam tu. Dan dia ajak aku duduk bawah. Aku kata, kan ada meja dan kerusi. Jom lah duduk atas kerusi jer.
Dia kata dia tak nak sebab takut orang nampak dia tak pandai sebab kena berguru dengan aku. Aku pun macam??? Ok, ikut suka kau lah. Aku pun duduk bawah berhadapan dengan dia.
Dia pun buka lah mukasurat modul kitorang yang ada soalan yang dia bermasalah tu. Dia kata dah berapa lama dia cuba selesaikan masalah tu tapi tak dapat.
Aku pun tunjukkanlah cara penyelesaian yang sepatutnya pada pandangan aku. Dia pun check skema jawapan dan ternyata jawapan itu betul.
Aku tengok reaksi wajah Baji berubah macam seolah-olah dia tak suka tau sambil cakap dengan nada sinis “Wah… pandainya ko, Takal,”
Aku macam, oh ni dah start dah ni… Aku pun senyum kambing jer lah, macam nak menampakkan aku ni betul by nasib jer lah kan. Malas nak senyum menawan.
Dalam bas, (kitorang balik dari kuliah ke asrama by bas) dia pandang aku tak berkelip.
Aku perasan dan dah mula keseraman juga, dalam hati aku Baji ni kenapa? Macam tak pernah tengok aku jer.
Aku lemparkan pandangan ke luar bas, buat-buat macam enjoy the scenery lah kan.
Tiba-tiba, keluar satu soalan dari mulut dia, “Eh Takal, MUET ko band berapa ya?”
Aku pun jujurlah, “Band 3 jer, Baji”.
Tiba-tiba, dia terus bagitau “Sepupu aku Band 5 tau, tapi dia takdelah speaking sangat macam kau”.
Aku speechless sekejap, senyum menawan, dan terus ke ayat skema aku “Oh ya ke, bagusnya pandai tapi humble”.
Aku speaking pun sebab course aku memerlukan aku utk communicate in english. Apasal nak compare aku dgn sepupu dia…
Hish, payah betullah berkawan dengan orang macam Baji ni, sentiasa nak menang walaupun menggunakan orang lain.
Aku ni ada 3 sem lagi berbaki pengajian ni. Alhamdulillah cgpa aku setakat ni dalam 3.7 dan aku tak pernah bagitau Baji. Dia ada jer tanya, aku tipu kata 3.1 macam tu.
Banyak lagi peristiwa lain bersama Baji yang beri aku petunjuk yang dia ni pendengki tapi tak dapat aku nak himpunkan di sini.
Korang doakan aku semoga dapat bergraduate dengan cemerlang dan tak perlu jumpa Baji lagi.
Terima kasih sudi baca.
– Takal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau ko nk kawan ngan manusia mcm Bajingan ni pastikan ko keep low gile2 depan dia, jgn tunjuk satu pon best ko depan dia. Dia sejenis manusi pedengki, ko akan jumpak manusia mcm ni di mana2. Org mcm ni kalau lori datang depan ko dia boleh tolak ko depan lori tu tanpa was was. Aku da jmpk banyak so called kawan mcm ni so aku mmg keep low hidup aku, tak semua org happy ngan kejayaan kita. Syukur kat allah je kalau ko happy yg takleh nk share ngan org lain. Ko buat releks je ngaku je kalau dia kata dia best. Biar org x nmpk ko punya best janji allah ada. Ingat manusia yg tak boleh jaga hati adalah manusia paling jahat dlm bumi ni
Hati² dgn manusia cmni,dik..Ada unsur² Ain juga tu..
Amalkan Bismillah 5..