Ramadan

Alhamdulillah di bulan yang mulia ini, aku sempat nak berkongsi luahan rasa atau satu tauladan yang boleh di ambil sebagai pengajaran.

Baru-baru ni, lalu dekat wall fb aku pasal ‘Adik Bilal’ yang telah menderita dengan penyakit di mana kepala nya berisi air 90 peratus dan hanya 10 peratus tisu otak yang tinggal.

Sebelum ini aku mengikuti kisah anak syurga ini, tapi tak lama lepastu, cerita pasal dia dah hilang.

Masuk ja ramadhan, Allah bagi aku peluang untuk ikuti perkembangan adik bilal.

Ya, saat aku tengok keadaan anak ini, aku tersentuh, aku menangis, aku lelaki, tapi bab penyakit, kemiskinan aku cepat tersentuh sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan susah.

Bila aku baca, aku tengok riak wajah mak ayah anak ini, aku terfikir, apa amalan mak ayah anak ini sampaikan Allah bagi ujian hebat macam ni.

Aku terfikir dan aku tersentak, ya Allah selama 30 tahun aku hidup, aku hadapi banyak ujian tapi ujian aku, aku rasa cuma secalit nak dibandingkan ujian mereka.

Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan. Allah bagi nikmat yang banyak, tapi kadang kadang aku lupa untuk bersyukur dan beramal.

Di dalam fb, ada video dari satu organisasi yang membantu anak syurga ini, aku dengar rengekan adik bilal, aku menangis, air mata jantan aku jatuh sekali lagi.. aku tak boleh bayang apa perasaan mak ayah nya.

Aku cuma mohon anak syurga ini diberi kesembuhan dengan segera.

Aku cuma terbayang jika aku berada di tempat ayah nya, macam mana keadaan aku, aku mampu atau tak untuk tempuh dugaan hebat ini.

Aku tak ada apa apa pertalian dengan mak ayah nya, cuma aku ada anak, dan aku tak sanggup untuk tengok anak menderita.

Aku teringin nak berjumpa anak syurga ini, aku teringin nak usap, dan bisik di telinga nya bahawa Allah sangat sayang dekat dia, Allah sangat cintakan dia.

Aku sebagai manusia yang serba cukup, belum tentu Allah sayang aku seperti sayang anak syurga ini.

Jom kawan kawan yang berkemampuan, kita bantu anak syurga ini atau siapa pun yang ditimpa musibah. Di bulan yang mulia ini, pahala berlipat kali ganda.

Masa aku kanak kanak, aku agak tak suka bila datangnya ramadhan, sebab aku takut penat puasa, dan aku masih tak faham apa yang ada di bulan yang mulia ni.

Tapi bila usia aku meningkat, aku tertunggu tunggu ramadhan, dan aku takut aku tak sempat jumpa ramadhan, sebab ini lah bulan yang paling mulia diantara semua bulan.

Jom kita sedekah di jalan Allah, tidak akan miskin harta orang yang bersedekah di jalan Allah.

Cari orang susah, bantu mereka, nescaya Allah permudahkan urusan kita didunia dan di akhirat.

Aku cuma berkongsi untuk ajak ramai ramai kita tingkatkan amal, sebab aku pun seorang pendosa, tapi Allah maha pengampun dan maha pengasih.

Sekian. Salam Ramadhan. Selamat berpuasa.

– Mr. S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *