Ramadan Tak Seperti Dulu

Salam, Min. Harap confession ini disiarkan. Aku perlukan kekuatan untuk meneruskan sisa hidup.

Serba ringkas diri aku—SAHM a.k.a suri rumah, ada anak.

Ramadan tahun ini sangat berbeza kerana pertama kali di rantau orang. Sangat asing bagi aku. Berhijrah kerana ujian besar dalam hidup.

Syarikat yang diusahakan gulung tikar, sebab itu profesion bertukar kepada SAHM. Terpaksa gadai segalanya, jual semua aset. Berhijrah ke kampung si dia.

Dari budak KL ke kampung, faham-faham la fasa adaptasi itu bagaimana. Berapa banyak air mata yang tumpah, usah ditanya. Aku sudah terima takdir hidupku.

Aku kira ujian terbesar adalah jatuh ke titik paling rendah ini. Rupanya tidak. Bila jatuh miskin, baru aku dapat melihat true color orang di sekeliling aku.

Aku dipulau dan dibuang oleh adik-beradik sendiri gara-gara ibu banyak membantu aku di fasa paling rendah ini. Name it—bantuan kewangan dan sokongan moral, of course.

Perubahan yang ketara bila adik-beradik yang dulu sangat rapat hingga tiada rahsia antara kami, sekarang sudah tidak bertegur sapa. Ibu juga telah berubah selepas di-brainwash oleh mereka yang lain.

Lama aku dalam denial mode—tak percaya darah daging sendiri akan buat aku begini.

Setelah 8 bulan, aku tak mampu menahan diri, maka aku confront mereka. Mereka cakap ibu terlalu melebihkan aku. Semua aku dapat. Dilayan bagai raja, anak emas. Siap cakap, “Aku dendam kesumat dengan kau. Kau susah, semua orang kena tolong kau.”

Demi Allah, aku sangat kecewa. Tak sangka itu keluar dari mulut adik sendiri. Aku dipulau. Bila aku dengan anak-anak balik rumah ibu, mereka keluar rumah. Mereka rancang apa-apa tanpa inform aku.

Bila aku join conversation dalam group WhatsApp family, semua pakat senyap. Orang lain masuk, elok je semua reply. Itu bukan tanda diboikot? Dipulau?

Apa yang harus aku lakukan?

Sesi confrontation tidak berhasil. Aku minta solusi dari ibu untuk menjadi orang tengah, namun tiada apa yang berubah. Aku tetap dipulau mereka. Hubungan dengan ibu juga renggang. Aku jadi takut nak call ibu hari-hari seperti dulu.

Bayangkan kalau dulu, setiap hari aku wajib call ibu dan anak-anak akan selalu video call nenek mereka. Semua itu tiada lagi.

Ramadan kali ini sangat berbeza. Aku dah plan—tak nak balik raya walaupun tahun ini turn rumah aku. Pertama kali dalam hidup, Ramadan dan Syawal tanpa ibu.

Hal adik-beradik aku masih boleh terima kalau mereka tak anggap aku family lagi, tapi ibu tu… Sungguh, aku rindu ibu. Sangat rindu. Sakit sangat rasa ini. Sakit. Aku tak mampu nak hadap semua ni.

Ke mana harus aku tuju? Bagaimana untuk aku teruskan hidup ini???

– Bunga sepi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. terus terang je dekat ibu dan adik beradik beritahu keadaan kewangan awak.. awak pun mesti bukan nak jadi macam ni dalam hidup awak.. awak cakap awak rindu je dekat keluarga awak.. takut depress pulak kalau lama pendam perasaan tu dalam hati..

  2. Takpalah. Macam ni.

    Apa kata awak cuba untuk deeptalk dengan ibu awak dulu. Tak boleh nak salahkan ibu jugak sebab termakan dengan kata-kata adik beradik lain. Nampak macam dorang pun dah lama “makan hati” dengan “ibu” sebab selalu “melebihkan” awak, tanpa awak sedar. Dia cam tak logik sebab satu je kejatuhan awak ni, dorang dah buang awak. Mesti dorang dah lama makan hati dengan awak. Benda yang jadi ni, bukan awak minta.

    Lepas tu, baru awak deeptalk dengan adik beradik awak. Tanya apa yang boleh awak buat untuk settle semua ni. Jadi, kalau tak ada apa-apa perubahan, perlahan-lahan pergi bawak diri. Sebab awak kena jaga hati awak. Cuba untuk dapatkan perhatian ibu awak semula. Adik beradik tu dia masih ego lagi. Harap awak bersabar dan terus sabar. Semoga Allah s.w.t balas segala kesusahan awak dengan kesenangan & kebahagiaan kelak. Aaminn.

    Sebab cousin yang rapat dengan saya pun tengah lalui benda yang sama. Makcik pakcik kami, dan anak-anak dorang mulanya mmg rapat dengan cousin saya. Tapi disebabkan beberapa perkara, cousin saya dibuang oleh seluruh ahli keluarga (cuma keluarga saya je paham dan tahu cerita sebenar). Cousin saya ni dibesarkan oleh atuk, nenek & ayah saya. Yang lain agak dengki sebab atuk & nenek banyak lebihkan cousin saya. Sekarang cousin saya takda sokongan kuat dari atuk, nenek & dan ayah saya sebab mereka dah meninggal. Nampak kan persamaan? Sekarang cousin saya dah buang dorang dalam pikiran. Sebab waktu susah dia, mereka takda. Dan fokus dekat anak dia je. Raya pun dekat rumah saya, dengan family belah mak saya je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *