Untuk part I, (https://iiumc.com/ramadan-yang-berbeza/).
Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan saya sebelum ini.
Ya Allah.. Menangis nangis saya bila baca komen komen pembaca semua.
Sangat sangat terharu seolah olah pembaca ni semua adalah kakak kakak dan adik adik saya sendiri yang faham apa yang saya nak sampaikan dalam luahan sebelum ini.
Maafkan saya jika luahan sebelum ini terlalu pendek.. Almaklum, risau juga nak berkongsi secara terperinci.
Memandangkan kisah suami berpoligami ni masih menjadi rahsia dalam keluarga saya.
Bagi saya.. selagi dia masih bergelar suami dan kami belum ambil kata putus untuk setuju bercerai, biarlah rahsia ini tetap menjadi rahsia.
Maafkan saya juga jika di hujung luahan sebelum ini, ada sesuatu yang nampak buruk di pihak saya.
Secara ringkasnya, saya masih struggle untuk reda dan ikhlas dengan keadaan ini.
Memandangkan saya masih terpaksa meneruskan rawatan di klinik psikiatri dan masih perlu mengambil ubat anti kemurungan, mungkin ada masa masa tertentu, emosi itu masih tidak stabil.
Untuk menjawab pertanyaan kenapa saya masih bertahan, cukupla saya katakan selagi suami masih mahukan saya sebagai isteri dia, saya tak akan mengambil langkah pertama untuk berpisah dari dia.
Berbelas tahun hidup berdua, mungkin saya perlukan masa untuk belajar hidup tanpa suami sepenuhnya.
Sudah lama saya mengizinkan suami untuk berpoligami secara baik cuma hati ini terlalu kecewa bila suami memilih untuk menipu.
Kalau nak cerita kan bagaimana saya difitnah oleh suami, di provok oleh madu di media sosial, di dalam WhatsApp, dijadikan bahan ketawa mereka berdua, mungkin luahan saya ni akan jadi seperti luahan di page KRT.
Bila diperintah hadir ke mahkamah untuk pengesahan perkahwinan suami, saya memang tidak berniat untuk hadir untuk menyulitkan proses pernikahan di sini.
Saya cuma diam dan bersetuju untuk tanda tangan dokumen daripada pihak mahkamah.
Saya cuma berharap, bila saya memudahkan urusan suami dan madu saya, semoga Allah juga memudahkan semua urusan saya.
Tiada apa lagi yang saya mahu dari suami. Saya cuma mahukan ketenangan hati dan peluang untuk meneruskan hidup kami.
Sepanjang bukan Ramadan ini, hanya doa doa ini yang selalu saya panjat kan kepada Ilahi.
Yang pertama, jika madu saya membawa kebaikan kepada saya dan suami saya, Maka elok kan lah hubungan kami bertiga. Jika madu saya membawa mudarat kepada kami, jauhkan lah dia dari kami.
Dan saya juga selalu mengadu kepada tuhan, bahawa saya tidak mampu membalas semua perbuatan suami yang menyakiti, menzalimi dan mengabaikan saya, dan hanya kepada Allah saya serah kan segala galanya.
Semoga suami mampu berlaku adil kepada isteri isterinya.
Kepada madu saya, diam saya bukan bererti saya boleh dipijak sesuka hati. Jika suatu hari ada air mata mu yang jatuh kerana suami kita, ingat lah aku di sini ya.
Tak pernah menyangka, selepas berbelas tahun perkahwinan, dari seorang yang ceria, terpaksa dapat kan rawatan akibat kemurungan dan suicide thoughts…asbab kerana seorang suami.
Jika datang sejuta manusia yang mengutuk kita, takkan pernah terbanding dengan satu pengkhianatan oleh suami. Sakitnya hati ni bak dihiris dan di belah oleh seribu pedang. Tak terucap. Tak tertanggung.
Kepada suami, walaupun kamu tidak mampu untuk adil, aku redha kerana hati dan perasaan, memang tak boleh di paksa paksa.
Mungkin aku tak tahu apa sebab sebenar di sebalik ketidakadilan ini, tetapi InshaAllah selagi kita masih bergelar suami isteri, aku akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik.
Terima kasih semua pembaca yang sudi mendoakan aku. Sesungguhnya setiap ujian hanya akan menguatkan kita, untuk menghadap hidup yang sementara ini.
Doakan supaya suami dan madu aku supaya berbelas kasihan pada diri aku ya. Thanks semua.
– Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit