Ramadhan

Assalamualaikum. Mohon admin approve coreten sahabat saya (CnP) – sudah diberi izin, terima kasih.

Salam Ramadan al Mubarak 1436H.

Ahlan wasahlan marhaban ya Ramadan al Mubarak, kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi..

Indahnya sebulan Ramadan ini, jiwa itu kembali kepada fitrahnya. Walau sebulan cuma tetapi Ramadan mampu mentarbiyah jiwa dan jiwa kita di bulan Ramadan yang bebas dari belenggu hasutan musuh nyata kita iaitu syaitan, boleh menjadi cerminan diri yang boleh kita renungi, di mana kehambaan kita? Muhasabah diri, bagaimana kita mahu menjadi hamba Allah yang lebih baik, yang bertaqwa?

Kembali kepada fitrah pada bulan Ramadan, siapa tahu dalam sebulan ini mampu menjadi pemangkin perubahan ke arah yang lebih baik; yang tidak beramal mahu mula membuat amal. Yang sedang beramal, mahu terapkan istiqamah. Yang istiqamah pula mahu melipat gandakan amal. Teruskan dalam kebaikan wahai jiwa jiwa hamba. Telah datang kepadamu satu rahmat kasih sayang Allah iaitu bulan Ramadan al mubarak, Ramadan yang mulia, masyaAllah tabarakAllah.

Sebagaimana ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, ingat la Ramadan lepas sebelum Ramadan ini, dan ingat la Ramadan ini sebelum Ramadan berikutnya. Ramadan yang berlalu telah berlalu, dan Ramadan sekarang adalah sekarang tetapi Ramadan seterusnya belum tentu. Dibanding Ramadan lalu dengan Ramadan sekarang, apakah kita mahu selesa dengan tahap ibadah yang sama sedangkan sudah saban tahun kita menjalani ibadah di bulan Ramadan. Walau sekarang sudahpun menjelang Ramadan, belum tentu kita sampai ke penghujung atau pertengahan Ramadan.

Ada orang ditakdirkan meninggal sebelum sempat bertemu Ramadan. Ada orang, belum tentu panjang usianya walau sudah memasuki bulan Ramadan. (baru sahaja menerima berita ayah kepada member meninggal pagi tadi, inna lillahi wa inna ilaihi rajiun). Siapa tahu entah berakhirnya Ramadan, berakhir la juga nyawa? Acapkali kita mendengar orang meninggal di aidilfitri maka itulah Ramadan terakhir mereka. Sudah tiada Ramadan berikutnya. Sungguh, Ramadan sekarang sekalipun belum tentu untuk kita apatah lagi Ramadan berikutnya.

Di muka bumi yang luas ini, takdir seseorang itu tersendiri. Nikmat sihat, nikmat lapang sekalipun belum tentu berpanjangan. Tiba tiba diuji dengan penyakit, diuji dengan kesibukan, membataskan ibadah. Segalanya mendatang tiba tiba. Sepertimana ajal maut, tiba tiba. Keadaan saat yang sedang berdetik sekarang belum tentu keadaan yang sama untuk saat mendatang.

Hargailah Ramadan yang sedang dianugerahkan wahai jiwa hamba, sedari bahawa bulan Ramadan ini benar benar satu rahmat kasih sayang Allah swt, panjatkan kesyukuran kepada Allah, alhamdulillah. Dan, teruskan menjalani ibadah di sepanjang Ramadan. Usah gusar untuk mulakan satu langkah walau rasa usaha itu tidak berpanjangan, siapa tahu di penghujung kelak, hidayahnya menyapa lalu menjadi titik perubahan hidup kita..? Allahurabbi..

Semoga anugerah Ramadan kali ini membawa suatu erti yang bermakna dalam hidup yang semakin bersisa ini, sungguh hidup kita tidak la lama mana, begitu juga Ramadan, tidak la lama mana, 30 hari sahaja pejam celik berlalunya Ramadan mengikut detik waktu yang ditentukan Allah penguasa alam. Allah swt itu Maha Ar Rahman dan Ar Rahim, Allah anugerahkan kita bulan Ramadan ini agar jiwa kita kembali kepada fitrah, kembali kepadaNya sebelum kita benar benar kembali pulang kepadaNya bila tiba masa yang pasti itu.

Semoga Ramadan ini lebih baik dari Ramadan sebelumnya, usah sesali Ramadan yang berlalu, tetapi hargai la Ramadan yang sedang dianugerahkan, sedari untuk – i’m going to make the rest of my Ramadan, the best of my Ramadan, insyaaAllah.

Berlalunya detik Ramadan ini, isikan dengan ibadah, semoga ia mendekatkan kita kepada Allah swt, mendidik taqwa seorang hamba kepada pencipta. Jangan jadi hamba Ramadan, tetapi jadi la hamba Allah swt. Semoga membentuk kita menjadi seorang islam yang lebih baik dari sebelumnya, memupuk akhlak mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah, semakin bertambah bekalan amal dan semakin meningkat ketaqwaan seorang hamba supaya di penghujungnya dapat meraih keampunan dan rahmat Allah swt, dunia akhirat, masyaAllah tabarakAllah.

Salam Ramadan al Mubarak, maaf dipinta atas segala khilaf diri, selamat menjalani ibadah, barakallahu fiikum fiddunya wal akhirah.

– Perindu Ramadan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *