Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku. Ni pertama kali aku menulis dan kongsi kisah hidup aku kat sini. Aku mintak maaf kalau membosankan dan terlalu panjang.
Aku Siti Saleha (bukan nama sebenar). Tahun ni lepas raya nanti Inshaa Allah aku akan melangkah ke umur 27 tahun. Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi ni. Btw, Ramadhan dah nak dekat. Aku doakan semoga kita semua sempat dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan ni. Aamiin.
Aku berasal dari kampung. Lepas habis STPM Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA jauh di Utagha. Tapi aku enjoy je life aku kat sana. Kisah ni bermula setahun sebelum tamatnya pengajian, Allah jemput mak aku kembali kepadaNya.
Maka bermula lah episod aku yang hidup sebatang kara, yela arwah abah aku pun dah meninggal masa aku tingkatan 4 dulu. Aku masih ada adik beradik dan aku ni bongsu. Mak aku meninggal tahun 2015, dua hari sebelum tarikh lahir aku, masa tu dalam dua minggu lagi nak Ramadhan.
So mak aku tak sempat nak jumpa Ramadhan tahun tu. Dan itulah Ramadhan pertama aku tanpa parents. Nak kata tak sedih tipulah, tapi aku still boleh menahan kesedihan tu. Aku habiskan sebulan puasa di kampus dengan kawan2. Dan raya di kampung macam biasa.
Tahun lepas, genaplah tiga tahun mak aku meninggal dan tu Ramadhan yang keempat aku jalani ibadah puasa tanpa parents dan merantau di tempat orang. So sebulan puasa tu, setiap hari lepas habis keje aku akan stayback sampai pukul 6 setengah baru aku gerak balik tapi bukan balik rumah sewa. Aku buka puasa dekat masjid. Yela hari2 ada makan free, malu apa bossku.
Lepas buka puasa boleh sambung tarawih, then baru balik rumah. Begitulah Ramadhan aku setiap hari, even weekend pun aku tetap gigih ke masjid buka puasa dekat sana then sambung tarawih. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu ada makcik sebelah aku tegur. “Makcik selalu tengok kamu buka puasa dekat masjid ni, kamu tinggal area sini ke keje area sini?”
Aku tergamam tak tahu nak jawab apa. Aku tak terkejut kalau makcik ni aimed muka aku sebab mana2 pon memang macam tu laa kejadiannya, muka aku ni senang orang nak aimed. Tapi aku tak sangka dia tanya aku soalan macam tu.
Hahaa.. Yela kalau hari kerja boleh laa kata lepas kerja jammed, singgah buka puasa dulu dekat masjid. Ini weekend pon ada buka puasa, sorang2 pulak tu. Sendunya life aku. Hahaha.. Tapi aku senyum je, aku jawab, a’ah. Tu je, tak tahu nak jawab apa lagi. Dalam hati aku macam biasalah, “dia tak tahu kau siapa, maafkan laa dia”.
Aku tak salahkan makcik tu pun tanya aku macam tu, dah memang betol apa yang dia cakap asyik-asyik muka aku je buka puasa dekat masjid. Aku cuma nak hilangkan rasa sunyi je, yela buka puasa dekat masjid ramai2, takde laa aku rasa sunyi sangat. Tu je niat aku buka puasa dekat masjid, lepas tu alang2 dah dekat masjid sah2 kau terus sembahyang sama2 sekali. Kalau buka puasa kat rumah nanti dah kenyang mula lah rasa malas nak siap2 pergi masjid tarawih.
Tahun ni pun macam tu laa life aku. Dalam tak sabar nak tunggu Ramadhan tiba, aku dah terbayang hari2 stayback dekat office sampai pukul 6 setengah dan dengar coleteh cina2 tu membahan aku “eh u tak balik lagi meh, tak ada masak dulu ke mau buka puasa”. Lepas tu hari2 muka aku je dekat masjid yang sama, waktu yang sama, tarawih saf yang sama kalau tak saf pertama, saf kedua tengah2 atau hujung paling kiri sebab ada aircond. Allahu… Hahaha..
Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, sebenarnya adalah “apa yang kita impikan tak selalunya kita dapat, even aku selalu cakap dekat kawan2 aku, kita sentiasa ada pilihan”. Takde siapa pun yang nak jalani kehidupan sendu macam aku ni. Bangun pagi pergi kerja, petang balik rumah sewa. Weekend biasanya duduk dalam bilik je baca buku. Kalau kawan ajak lepak baru laa keluar.
Bulan puasa je muncul muka sama ni buka puasa dekat masjid hari-hari. Raya2 atau kalau ada kenduri baru nampak batang hidung dekat kampung, lupa asal usul sangat nampak dari segi luaran. Kawan2 kebanyakannya dah kahwin, kau masih berhuhuhu di kota raya enjoy hidup single laa konon.
Aku tak nak cakap “kalau” ni sebab benda yang memang kalau ni takkan habis sampai kiamat pun. Cumanya aku pun manusia biasa. Manusia yang berharap suatu hari nanti aku akan kahwin, ada keluarga sendiri. Aku pun kalau boleh taknak pun hidup sendu macam apa yang aku jalani sekarang.
Aku pun nak rasa balik ada parents, even mereka nanti merangkap mertua pun takpelah. Mertua pun macam mak ayah kita jugak. Aku pun nak jugak rasa sahur, buka puasa sama2 dengan keluarga macam dulu2. Pergi masjid tarawih sama2. Hari raya pergi sembahyang raya sama2. Makan besar dengan keluarga di pagi raya sama2, mohon maaf bersalaman dengan Mak Ayah mintak restu mereka. Pagi-pagi pergi kerja, balik kerja penat2 boleh bercerita hows the day. Macam mana aku bersembang dengan mak dulu2 sesekali balik kampung cuti semester.
Kalau ada kelapangan balik kampung jenguk saudara mara yang masih ada bukan setakat nampak batang hidung masa hari raya atau hari kenduri je sampai orang ingat aku lupa asal usul seronok sangat duduk kat KL ni. Balik pulak dah tak balik rumah usang arwah mak, tapi balik rumah agam kakak je. Padahal yang sebenarnya aku tak boleh tahan sedih, setiap kali aku balik rumah mak aku terasa dia masih lagi ada.
Cumanya mak pergi jalan2 je, nanti balik laa tu. Baju2 yang dia pakai buat sembahyang pun masih tergantung disebalik pintu bilik mak, even dah empat tahun dia dah pergi. Sengaja aku biarkan macam tu, takpe lah kalau kau rasa aku tak boleh nak move on. Macam aku cakap dekat makcik yang tegur aku dekat masjid tu lah, you are not in my shoes.
Kalau kau dengar kawan kau cakap dia nak kahwin, tolonglah jangan jumped into conclusion yang dia ni tak boleh tahan nafsu sangat ke apa. Ada banyak lagi benda yang tak semua boleh cerita, atau sebenarnya tak terluah dek kata-kata. Kalau aku cakap aku nak kahwin, harapan aku bukan sebab nak ada partner life je. Tapi lebih kepada get a life yang dah lama aku tak rasa, yang aku pernah rasa suatu masa dahulu, yang aku rindu sangat nak rasa lagi selagi aku masih bernafas ni, iaitu hidup berkeluarga, ada mak ayah, ada adik beradik, ada gelak ketawa.
Itu beza antara perasaan excited nak kahwin kau dan aku. “Excited” kau sebab lebih kepada ada partner life, yang kau tak pernah rasa sebelum ni, macam lagu Hael Husaini “ di hari ini aku lelaki di samping wanita yang ku gelar isteri”. Takpe lah, takde yang salah pun. Semua tu ke arah kebaikan belaka.
Aku pun nak jugak rasa balik time2 demam, mak picit2 kepala memanglah takde baik terus demam, at least kau rasa ada orang di samping kau masa kau tak sihat. Daripada menempel dekat dinding, nak makan ubat ke nak pergi toilet ke pandai2 laa kau bangun sendiri. Sedih.. serius sedih aku tak tipu. Tapi nak buat macam mana, takkan selamanya awan berarak mendung kan?
Tuhan tu tak pernah kejam terhadap hamba-hambaNya. Aku harap tahun depan aku kahwin, supaya aku dapat rasa hidup berkeluarga balik. Aku cuma nak menumpang kasih sayang keluarga mertua, sementara hidup masih berbaki ni. Aku pun tak larat nak jalani hidup sendu macam ni. Memanglah hari2 aku korang tengok seronok je, tapi bila aku sendirian air mata je menemani aku setiap masa.
Akhir kata, semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna untuk kita semua dan aku doakan korang sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang.
Salam ambang Ramadhan.
– Siti Saleha Si Perantau Piatu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit