Assamualaikum admin & readers iium confession. Aku sebenarnya, nak mintak pendapat dan cadangan bernas korang sikit. Harap admin sudi siarkan confession aku ni. Huhu
Macam ni, aku ada sorang kawan mualaf. Boleh dianggap macam BFF la, tapi di junior aku. Dah 4 tahun dia mualaf, dia Chinese. Anak tunggal dalam family. Dia tinggal dengan mak je berdua. Ayah dia dah meninggal. Dia mula masuk islam masa time asasi dulu.
Dia cukup berahsia tentang agama baru dia ni sebab nak jaga hati mak dia. Masa mula2 aku kenal dia pun tak nampak dia ni islam. Sama je macam Chinese yang lain. Cuma aku perasan yang dia ni selalu pakai cap. Macam nak tutup rambut dia. Baju pulak selalu lengan panjang,seluar pun straight cut je. Selalu jugak terdetik dalam hati. Sopan betul dia ni.
Dekat kolej kediaman aku tinggal ni, ada surau dekat setiap blok. Jadi aku dengan blok dia dihubungkan dengan satu surau. Aku memang selalu solat subuh berjemaah dekat surau,orang pun tak ramai. Cuma aku perasan bila aku sampai tu,mesti dah ada orang yang sampai. Tapi orang tu solat dalam gelap. Dan cepat2 akan pergi bila nampak kelibat aku. Masa tu aku tak perasan pun dia. Cuma satu hari tu aku tergerak hati,nak pergi awal ke surau. Dan aku sorokkan selipar aku. Bila dia bukak pintu tu memang terkejut muka dia nampak aku.
Aku pun apa lagi,terus peluk dia. Terkedu aku,rupanya junior aku ni mualaf. Pagi tu,kami solat subuh berjemaah,dan memang ad kami berdua je. Banyak benda yang dikongsikan bersama. Dia pun ajak aku ke bilik dia. Mashaallah,penuh tentang buku tauhid, perbezaan agama, dan macam2 lagi. Aku kagum sangat sampaikan aku tak sedar dah tengahari masa tu,aku ralit tengok buku2 dia.
Dekat universiti mula2 tahun 1, adalah ramadan kedua dia. Walaupun begitu, dia seolah-olah islam lebih lama dari aku. Dia kejutkan aku sahur, buatkan makanan sahur *buat sandwich,bancuhkan aku vico, dan paling aku ingat dia sejukkan aku air panas sebab masa tu air masak habis. Lagi 5 mnt nk habis wktu sahur. Dia sangat perihatin pasal diri aku.
Kadang2, aku malu dengan sikap dia. Dia banyak belajar tentang agama, banyak jugak soalan tentang agama ditanyakan pada aku, dan banyak jugak aku tak mampu jawab. Sejak aku kenal dia,dia selalu bawak aku ke majlis ilmu. Sepatutnya aku yang bawak dia. Allah!
Masuk tahun kedua belajar, satu bulan tu aku kena denggi . Aku belajar jauh dari family. Saudara mara aku pun jauh. Jadi dialah yang jaga aku. Bayangkan macam mana dia jaga aku masa tu,dengan esoknya nak kena masuk hospital*dia belajar pharmacy,ada clinical. Malam tu jaga aku pulak. Habis kelas petang,datang hospital jaga aku. Bab duit pun dia tak berkira sangat, kalau aku kesempitan wang dialah orang first sekali akan bantu aku.
Masa aku nak balik kampung bila akhir sem pun, dia yang tolong temankan aku sampai ke bus station. Angkut semua beg2 aku. Sebab dia tahu aku tak boleh angkat berat. Hari ke hari,hubungan kami makin rapat. Kalau orang jumpa dia mesti ada aku. Kalau jumpa aku mesti ada dia. Sampaikan orang2 lain ingatkan kami ni roomate. Macam tu sekali erat hubungan seorang muslim dan “non-muslim” bak kata kawan2 aku.
Susah sebenarnya aku nak sembunyikan bahawa dia ni adalah mualaf. Pernah sekali aku bawak dia ke program agama diluar universiti, tak sangka junior yang lain pun ada. Masa tu dia bertudung,apa lagi semua orang terkejut. Terpaksa aku jelaskan satu persatu pada mereka dan harap mereka jaga rahsia ni sampai tiba masa yang sesuai.
Setiap kali aku rindu dia aku mesti akan ingat ayat ni “akak,Allah marah tak saya tak bertudung lengkap?. Tapi saya cuba jaga aurat,dan pakai cap ni selalu. “- dah berapa kali dia tanyakan soalan yang sama. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Sekarang aku dah habis belajar, dan dia di tahun akhir pengajian. Namun,ramadan kali ni aku tak dapat berpuasa dengan dia macam sebelum2 ni. Hanya bertanya khabar,makan apa,sahur apa. Tapi dia tetap jalankan rutin dia call aku bangun sahur. Sebenarnya aku dah set kan alarm. Tapi bila bff kejutkan lagi semangat aku nak sahur.
Dia pun pernah cerita dekat aku,kalau boleh dia nak sangat ABC time puasa ni waktu dia dekat rumah. Sebabnya, bila dah dekat rumah mak dia akan masak macam2 nak tak nak dia kena makan dan tak berpuasa. Tapi sebelum2 ni, dia memang qada balik semua puasa tu. Nak solat dekat rumah pun, curi-curi.
Berbalik pada ayat aku atas sekali tu, korang rasa ok tak kalau tahun ni aku ajak dia beraya dengan family aku dekat kampung? Selama empat tahun dia jadi muslim dia tak pernah beraya macam kita semua. Maksud aku, pagi2 pergi masjid sembahyang raya,ziarah kubur,mintak maaf dengan sanak saudara. Jadi untuk tahun ni aku teringin sgt nak bagi dia rasa suasana raya. Masalah sekarang, rumah nenek aku kecik je. Kalau balik semua sepupu sepapa aku memang tidur sampai ke luar la. Dan lagi satu aku family ada 6 orang. Dan kita orang cuma ada satu kereta je. Yang muat pun cukup2 je. Jadi kalau nak pergi beraya tu,bff aku ni nak naik apa? Umm…
Kalau korang ada cadangan ke pendapat ke macam mana aku nak raikan bff aku ni nanti,korang komen neh kat bawah.
Walau aku bukan orang pertama yang bawak dia kenal islam, tapi aku bersyukur aku ada bersamanya walau hanya seketika. Banyak yang aku belajar.
– Fazira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit