Untuk part I, (https://iiumc.com/ramadan-pertama/).
Assalamualaikum rakan-rakan pembaca. ألحمدلله telah masuk kita ke bulan ramadan.
Kali ni saya, Papadom ada nak berkongsi kisah ramadan tahun kedua saya. Seperti biasa, rakan melayu saya yang taipkan. Saya cakapkan saja.
Saya percaya dengan kuasa sadaqah. Bukan superpower. Tapi kebaikan yang الله kembalikan pada kita bila kita sadaqah.
Ada orang yang dah mati, minta dihidupkan kembal bukan untuk solat tapi untuk sadaqah. MasyaAllah.
Ok takpe saya percaya kisah begini begitu rakan pembaca semua tahu. Saya tak berapa berilmu bab ni tapi saya yakin.
Jadi pada ramadan ke 23, ganjil yang pada masa tu orang kata malam laylatulqadar (saya pun percaya masa tu hihihi) saya ke bazar. Untuk apa?
Bukan untuk membeli makanan tapi untuk mencari peminta sadaqah. Tak pelik. Ni apa yang guru saya selalu sarankan. Ok takpe hal itu.
Saya masa tu bawa RM10 sahaja. Setiap hari ke bazar memang bawa antara RM10-20. Bahaya bawa banyak banyak. Bukan syaitan je kena ikat ye bulan puasa ni. Nafsu tu pun kena ikat. Ikat perut sekali, hahaha.
Ok saya berjalan di bazar, nampak seorang pakcik yang ketiadaan kaki. Minta sadaqah. Saya rasa kesian. Saya ingat lagi muka pakcik tu.
Memang takde iras bapa saya hahaha gurau. Ok saya tak fikir panjang, saya bagi terus RM10 tu pada pakcik tersebut. Bulan puasa pun berlalu dengan jayanya.
Satu hari, saya dalam perjalanan nak ke bank. Sesampai di bank, saya selesaikan urusan yang sepatutnya. Selesai je semua saya pergi ke kereta.
MasyaAllah memang ujian betul. Kereta tak hidup. Saya dah mati akal dah masa tu. Tak ingat sebab apa saya tak telefon minta bantuan.
Rasanya sebab saya takde bateri masa tu. Zaman takde powebank hahaha.
Ok saya sambung. Tengah duduk gusar apa semua tu, datang seorang lelaki. Ya, saya ingat muka lelaki tu sampai harini. Nak tahu sebab apa?
Sebab tu lah pakcik yang minta sadaqah di bazar ramadan lalu. Saya tengok kaki dia cukup. Ada 2.
Saya macam, “aik pakcik? Banyak betul dapat sampai boleh buat kaki ye?” Tapi dalam hati aje. Kalau monolog luaran, saya pula yang hilang kaki.
Ya rakan rakan. Kuasa sadaqah ni hebat kan? Saya tak tau nak habiskan cerita ni macam mana. ألحمدلله kereta saya selamat dah. Pakcik tu pulak saya tanya, “pakcik, sihat?
Mesti pakcik tak ingat saya. Saya kenal pakcik. Jumpa kat bazar ramadan baru ni hihihi”. Pakcik tu muka merah padam malu mungkin.
Terus berlalu pergi meninggalkanku sendiri.
Jadi kawan kawan, sadaqah lah. Sebab dengan sadaqah ni, الله panjangkan umur kita, murahkan rezeki kita dan banyak lagi manfaat.
Namun, sebelum nak sadaqah, utamakan bayar hutang dulu. Itu lebih afdhal. Wallahualam..
– Papadom (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit