Ramai Lelaki Takut Bercerai

Assalamualaikum admin & pembaca semua.

Saya seorang suami berumur 40an. Sudah berumah tangga hampir 10 tahun. Anak dua orang.

Kita sedia maklum di Malaysia ni sentiasa hangat dengan isu viral kahwin-cerai & juga poligami.

Saya yang tak minat ambil tahu pun tanpa tak sengaja boleh jadi tahu sebab orang sekeliling asyik bercerita termasuk isteri saya.

Ramai orang kata kaum isteri paling tersentuh emosi dengan isu-isu begitu. Terutamanya isu poligami.

Sebenarnya ada juga para suami yang tersentak tapi tak nak tunjuk.

Lagi-lagi kalau tiba-tiba isteri naik angin merajuk walaupun kita tak buat salah apa-apa hanya sebab isteri takut kita ceraikan dia atau memadukan dia.

Yang isteri tak tahu, kebanyakan suami ni takut juga bercerai, dan tak nak madukan isteri pun.

Saya boleh kata, lelakilah yang paling lemah mentalnya berbanding isteri bila melibatkan hal cerai berai ni.

Jika nak tahu kenapa dalam dunia ni hukum-hukum agama lebih memenangkan lelaki, itu adalah bukan kerana lelaki kuat.

Tetapi lelaki lebih lemah berbanding perempuan. Lelaki ni fizikal je kuat. Mental lelaki sangat-sangat lemah.

Kenapa talak di tangan lelaki?

Sebab lelaki terlalu takut untuk bercerai. Lelaki takkan sesuka hati lafazkan cerai sebab sakitnya bercerai memang tak tertanggung.

Lelaki lebih suka tambah isteri daripada ceraikan isteri pertama walaupun dah tak ada perasaan sayang pada yang pertama.

Perempuan kena faham betul, tak ada lelaki mampu sayang lebih dari seorang perempuan. Mustahil. Lelaki tak akan adil bab perasaan sayang.

Hanya seorang perempuan saja yang akan jadi permaisuri dalam hati. Tapi lelaki tak akan berani ceraikan isteri lain.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Selalu dah saya berbual hati ke hati dengan ramai lelaki. Memang ternyata mereka seperti saya, sangat takut untuk bercerai.

Isteri saya sendiri selalu sangat minta cerai bila bergaduh masa mula-mula kahwin dulu.

Mula-mula dulu, saya pun tak sanggup hadap. Memang sakit hati, murung berminggu bila isteri asyik minta cerai. Didesak-desak tapi saya takut lafaz cerai. Memang tak terluah.

Akhirnya kami berbaik. Makin lama makin kurang isteri minta cerai bila bergaduh. Isteri pun dah faham agaknya yang saya tak akan lafazkan cerai.

Itulah bezanya lelaki dan perempuan. Perempuan ni fizikalnya saja lemah. Tapi mental mereka kuat.

Selalu kita saksikan perempuan boleh tahan sakit melahirkan anak berjam-jam.

Perempuan juga mampu kekal single tidak pernah berkahwin setelah bercerai atau kematian suami.

Ramai perempuan begitu berbanding lelaki. Menunjukkan mereka memang boleh survive jika bercerai dan boleh hidup tanpa lelaki.

Lelaki pula kalau bercerai atau kematian isteri, sekejap saja dah cari pengganti lain. Orang kata tanah kubur isteri masih merah, suami dah bernikah.

Bab poligami ni, saya boleh katakan kebanyakan lelaki dah tak sayang lagi isteri pertama. Sebab itu mereka tambah yang kedua.

Yang pertama tu disimpan sebab nak melindungi hati lelaki yang rapuh dan lemah.

Walaupun dah tak sayang, lelaki tak sanggup nak ceraikan. Saya pun tak faham kenapa.

Tapi melalui pengalaman dari kenalan lelaki-lelaki yang berpoligami ni, mereka sendiri akui rasa susah hati kalau ceraikan yang pertama.

Mereka akan rasa kehilangan sesuatu, tapi dalam masa yang sama mereka tak peduli pada isteri yang pertama. Pelikkan? Tapi begitulah lelaki.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, jikalau perempuan atau isteri pertama terlalu sakit hati dengan suami contohnya sakit hati dengan perangai buruknya dan tak boleh terima poligami.

Saya cadangkan puan-puan minta cerai saja. Dengan meminta cerai saja boleh menyakitkan hati suami. Boleh merosakkan jiwanya.

Ramai akan kata dosa minta cerai, tak bau syurga, isteri derhaka, dan lain-lain. Itu semua macam yang saya cakap awal tadi, kata-kata tersebut bertujuan untuk melindungi hati lelaki yang lemah saja.

Orang yang terlalu penakut akan guna pakai dan keluarkan segala macam hukum hakam untuk menakutkan dan mengawal orang lain.

Sedangkan perceraian itu hak setiap individu yang mahu hidup bahagia dengan jalannya sendiri.

Cuba tengok contoh A*ang T*sla berhadapan dengan isteri Caprice, Farra Innalis.

Bila Farra Innalis cuba mempengaruhi isteri pertama A*ang T*sla supaya pilih jalan selain bermadu, A*ang T*sla nampak resah tak senang duduk, tak boleh terima cadangan pilihan untuk berpisah. Beliau nampak takut.

Contoh lain seperti S*amsul Y*sof. Terlalu susah untuk beliau menceraikan P*teri S*rah walaupun telah mengabaikan isteri. Sehingga P*teri S*rah terpaksa merayu-rayu, memalukan diri sendiri. Akhirnya bercerai juga.

Saya pun tak sanggup kehilangan isteri walaupun kadang-kadang perangainya boleh buat saya rasa nak hantar saja beliau ke Zoo Negara bagi harimau baham.

Itulah macam saya kata, lelaki terlalu takut dengan perceraian. Bukan sebab sayang isteri tak nak bercerai. Lelaki memang TAKUT CERAI.

Yang masih sayang tu baguslah, seperti saya ni. Yang tak sayang tapi masih simpan isteri pun ada juga.

Kesimpulannya kepada puan-puan di luar sana yang hidup dalam kesedihan dan terseksa jiwa, mintalah cerai dengan suami. Itu saja cara mahu mengajar mereka supaya hormat puan-puan.

Semoga bila puan-puan berani bersuara untuk tinggalkan mereka, barulah mereka akan buka mata, sedar diri serta berusaha berubah. Jangan taat membuta tuli. Taat dengan membuta tuli juga adalah suatu dosa.

Sekian dari saya, seorang suami yang takut bercerai.

– Arif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ada je lelaki yang boleh adil bab kasih sayang. Kalau kau tak pernah jumpa, tak semestinya ia tak wujud.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *