Rambut

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca-pembaca IIUM Confession. Nama aku Mar. Umur aku 18 tahun. Aku bukan nak cerita pasal tips jaga rambut ke apa. Confession aku kali ini hanya untuk meminta pendapat dan berkongsi masalah yang aku hadapi selama ni.

Masa umur aku 15 tahun, aku ada satu habit yang pelik. Aku suka tarik rambut aku satu persatu sampai tercabut dari kulit kepala. Masa tu rambut aku pendek separas bahu. Aku sendiri tak tahu kenapa aku buat camtu. Yang aku tahu masa umur aku 15, aku ada masalah stress tapi tak lah terlalu teruk. Bila stress je aku akan tarik rambut aku. Aku boleh habiskan masa berjam-jam untuk tarik rambut aku sampai putus.

Sampai lah rambut aku nipis dan hampir botak. Kadang-kadang mak aku akan bising bila ada rambut pendek bersepah-sepah dalam rumah dalam kuantiti yg banyak. Aku cuba untuk stop daripada tarik rambut aku tapi tak boleh. Akhirnya, aku terpaksa cover satu kepala aku dengan towel 24 jam even aku dalam rumah sebab aku dah totally botak. Bukan botak macam lelaki. Tapi botak macam rambut bayi baru lahir yg halus-halus dan pendek camtu.

Aku malu jugak lah bila kena ejek dengan family sendiri. Aku jadi bahan gelak. Dan aku amat sensitif bila ada yang bukak topik pasal rambut. Berbulan-bulan aku cover kepala aku dengan towel. Masa tido je aku boleh bukak towel. Tapi aku pakai scarf nak elak orang tengok rambut aku masa aku tido. Sebab family aku memang berkeras nak tengok apa jadi kat rambut aku. Tapi aku segan. Sangat segan.

Setahun kemudian, aku rasa nak keluar dari rumah tu sebab aku tak tahan dengan family sendiri yang gelakkan aku. Dengan result PT3, aku apply sekolah jauh-jauh. Finally aku dapat. Tapi mak aku tak izinkan aku pergi sebab jauh. Dari selatan ke utara. Aku berkeras nak pergi. Aku dah tekad.

So aku stay asrama untuk dua tahun ( tingkatan 4 & tingkatan 5 ) Aku mula-mula takut jugak sebab aku terfikir macam mana aku nak survive dengan diri aku macam ni? ( botak ) Waktu di asrama aku tetap tak boleh buang habit aku. Makin kerap aku tarik rambut aku. Rasa macam ada satu kepuasan. Sampai kawan aku pernah tegur kenapa banyak rambut pendek kat katil aku. Mulalah budak dorm aku mengumpat pasal aku yang tak pernah bukak towel atas kepala even waktu tido.

Waktu study di bilik bacaan pun aku memang akan pakai tudung sarung. Semua memang pelik dengan aku. Masa tu lah aku nampak mana kawan dan mana lawan. Tapi aku ignore semua tu pasal niat aku nak belajar sungguh-sungguh. Ada jugak yang suruh aku bukak towel aku. Katanya dia tak pernah tengok aku free hair. Macam-macam dalih aku kasi.

Memandangkan aku duduk jauh dari rumah, cuti weekend aku akan tumpang rumah kawan. Aku control untuk tak tarik rambut tapi aku tak boleh :( Masa tu kawan aku syak aku ada sakit. Dia push aku suruh bagitau perkara sebenar. Malu punya pasal, aku terpaksa cakap aku ada sakit. Seksa nya aku selama 2 tahun di sekolah baru tu. Naik tingkatan 5 lagi merana hidup aku. Classmates yang palau aku sebab aku pendiam ( rambut adalah keyakinan untuk perempuan. So, aku rasa down dan nak jauhkan diri dari semua orang untuk elakkan aku disoal pasal rambut ) dormmates yang pandang aku sinis dan bahan aku depan member lain. Aku betul- betul malu.

Sejak pada tu aku cuba elakkan diri dari bertembung dengan dormmates sebab dorg treat aku macam aku ni tak wujud dalam dorm. Masa aku habiskan di surau. Surau tempat yang paling sesuai bagi aku sebab surau atas ada meja untuk yang tak boleh solat. So jarang orang ke situ. 70% masa aku habiskan di surau, 25% bilik bacaan dan 5% di dorm. Dorm tu macam tempat persinggahan je. Selebihnya aku mandi, tido semua di surau. Sebulan sebelum exam SPM, aku tekad aku akan ignore semua. Aku tak nak tahu pasal mereka yang umpat aku. Aku nak perform SPM je.

Dan sekarang aku dah 18 tahun. Sejujurnya aku takut nak further study. Aku terfikir macam mana aku nak survive di U kalau aku masih macam ni? Jadi, dengan rendah dirinya aku minta tolong sangat kepada siapa-siapa yang tahu macam mana nak lebatkan balik rambut aku dalam masa beberapa bulan ni sebelum aku sambung belajar. Aku tak kesah rambut panjang ke pendek. Aku nak rambut aku lebat macam orang lain diluar sana.

Maaf sekiranya penulisan aku mengguris hati mana- mana pihak. Sekiranya aku tak mampu nak dapatkan rambut asal aku, cukuplah sekadar doa daripada pembaca semua supaya aku tabah di zaman universiti nanti. Amiin. Terima kasih.

– Mar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *