Hai assalamualaikum. Nama aku Nana, 25 tahun, suri rumah selepas berkahwin. Cerita ni mungkin sekadar pengalaman lama aku semasa abah kena buatan orang. Meh la aku cerita sikit sifat atau perangai abah aku ni. Abah seorang yang peramah, mudah bergaul dan rajin ya.
Semasa kerja abah selalu dapat pekerja cemerlang atas prestasinya bekerja di tempat terakhir abah bekerja dan mungkin sebab tu ada rakan sekerja yang cemburu dengan abah. Abah jarang ya ponteng kerja, abah memang komited dengan kerja dia. Di rumah atau taman perumahan kami abah dengan mak mmg tak berengang, mana mana ja berdua, pakai baju sedondon ke mana mana, sangat sweet. Sampai hingga…
Pada hujung tahun 2010 abah mula tunjuk perangai yang pelik, abah tak nak pergi kerja, abah selalu mengelamun, suka duduk dalam bilik gelap seorang. Kalau abah datang kerja mesti abah akan balik half day atau lari balik rumah. Memandangkan tempat sekolah dengan tempat kerja mak abah satu haluan dan agak jauh dari rumah jadi sukar la adik beradik dan mak nak ke sekolah dan tempat kerja jika abah tak nak datang kerja.
Terpaksa la kami tumpang kereta orang ke sekolah dan boleh dikatakan setiap hari kami menumpang. Mak pun terpaksa cari orang tumpang ke tempat kerja. Malu memang malu tapi tiada pilihan lain sebab jauh. Oh ya abah tak mau jumpa orang langsung kalau mak ke kerja abah sanggup tak makan seharian sebab buatan orang. Waktu tu abah sangat kurus, makan tak ikut waktu.
Tahun berikutnya, 2011 aku ambil SPM dengan keadaan macam ni agak mengangu emosi aku dan pembelajaran aku. Sampai satu hari aku ke sekolah dengan fikiran celaru dan menangis even dalam kelas pun. Abah masih tak berubah, dah macam2 cara mak buat untuk pulihkan abah tapi abah masih sama. Abah cakap dia takut ke kerja sebab nampak lembaga hitam besar depan pintu pejabat setiap kali datang kerja.
Dari berubat cara islam smpai ke moden kami cuba ubat abah sampai la satu hari mak bawak abah ke bomoh. Kami kurang percaya bab2 bomoh ni tapi kita cuba, kami nak tau apa puncanya. Bomoh cakap abah kena buatan orang, orang tu calit dekat pagar dan melalui bangkai binatang yang letak dekat rumah kami dan orang tu rakan sekerja abah jugak kerana cemburu dengan abah. Oleh kerana abah selalu tak datang kerja boss abah agak marah dengan abah, mak buat keputusan supaya abah ambil pencen.
Akhirnya abah pencen jugak disebabkan entah la mungkin buatan orang. Kita mungkin nampak orang senyum dekat kita tapi kita tak tahu sebaliknya. Selepas pencen abah makin sihat, sikit sebanyak abah dah berubah jadi seperti sedia kala. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain lain ni sangat betul. Hati orang tak sama dan tak terduga. Buat baik berpada pada jahat jangan sekali.
Oh ya mungkin ada yang nak tertanya dengan result SPM aku, result aku biasa biasa saja tapi اَلْحَمْدُلِلّهِ aku melanjutkan pelajaran ke diploma, dah berkahwin dan sedang mengandung zuriat pertama. Oleh dugaan sebelum ini ajar aku jadi seorang yang kuat dan redha dengan dugaan. اللّهُ bagi aku seorang suami yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Alhamdulillah..
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit