Ramping Berjemaah Impian Ummah

Salam admin. Terima kasih sekiranya sudi siarkan cerita aku yang tak seberapa ni.

Tenkiu jugak netizen sebab sudi klik untuk baca cerita ni.

Intro ringkas. Aku seorang pegawai perubatan, bertugas di kota metropolitan, di sebuah klinik kesihatan.

Adakah sedang buat pantun 3 kerat.

So bila kerja kat klinik kesihatan, selalunya memang akan handle pesakit yang ada penyakit 3 serangkai. Kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Dah 6 tahun aku mengadap pesakit macam ni, dan aku boleh capai ke satu konklusi.

Kau bukan setakat merawat penyakit patient, tapi kau juga perlu merawat sikap mereka terhadap penyakit.

Kau kene ingat, penyakit 3 serangkai ni terjadi hasil penuaian dari lifestyle. I mean like, tak mungkin kau minum air sirap 800 gelas hari, terus keesokannya kau kene kencing manis. No, no, no.

Lifestyle yang kau prektiskan bertahun-tahun seperti makan kek + minum air boba + nasi lemak hari-hari secara istiqomah, ditambah pule risk factor dari keturunan, usually akan dapatla penyakit macam ni.

So, kau rasa senang tak nak ubah lifestyle patient yang dah established selama berpuluh tahun tu hanya dengan melalui temujanji doktor 2-3x setahun?

Nyehhhhh dengar mak ko bebel hari-hari pon belum tentu ko nak ikot, apatah lagi bebelan doktor yang takat 3x setahun.

Paling mencabar adalah nak educate patient untuk kawal pemakanan.

Eh kamon la kita sebagai rakyat malaysia berbilang kaum dan bangsa, variety makanan ada di mana-mana, kedai makan terbuka sepanjang masa.

Hurm adakah pantun 3 kerat lagi.

Ok kita sambung.

Selalunya kalau aku tanya patient, pakcik, makan macam mana? Ada kontrol tak?

Pakcik pon sambil senyum kambing: alah, makan macam biasa je doktor.

Aku: boleh pakcik explain macam biasa tu macam mana?

Pakcik: pagi selalu makan roti canai dengan teh tarik, kuih donat. Tengah hari plak pekene nasi putih sepinggan penuh dengan kari kepala ikan, air sirap limau. Malam makan biskut kering. Kalau mamak bukak, pakcik makan la goreng-gorengan kat situ.

Aku cam wow, itu level biasa2 pakcik. Level makan luar biasa aku x boleh bayang plak macam mana.

Bila dikorek2 kenapa pemakanan dia macam tu, dia cakap dia susah nak cari makanan yang sihat. Kedai makan banyak tapi of courselah tukang masak lebih mementingkan rasa dari khasiat. Last-last dia bedal je la apa yang ada.

Dan tekak pakcik pon lagi selera telan roti canai dari oat pagi-pagi. Alah bukan pakcik tu je, kita pon lebih kurang sama je agaknya.

So ni bukan cerita sorang je, banyak pesakit ada masalah yang sama. Kalau nak makan masakan rumah, boleh je isteri masak.

Tapi kadang2 isteri pon clueless macam mana nak preparekan hidangan yang sihat untuk suami yang tercinta.

So, aku terpikir sesuatu. Boleh ke aku nak request KKM (kemainlah harapan kau sampai nak level kementerian), untuk wujudkan kedai makan ‘suku-suku separuh’.

Recruit chef dan nutritionist/dietician untuk bukak restoran ni. Cipta beberapa menu yang sesuai untuk penyakit 3 serangkai.

Aku dah siap pikir flowchart lagi wei untuk idea ni. Apakah begitu gigih sekali.

Customer datang, bagi informasi tentang penyakit diorang, bagitau tinggi berat (untuk tengok BMI – haluih ka, normal ka, kembang ka).

Pastu nutritionist/dietician akan assess jenis makanan apa yang sesuai, berapa kalori yang diperlukan. Lepas tu, diorang tick la menu mana yang bersesuaian untuk customer.

Then, customer pilihla mana menu yang diorng nak makan. Submit order kat dapur. Chef pon boleh start bersilat bersudip ikot request yang di beri.

Yang penting, dapatla 3 manfaat. Sihat, sedap dan murah. Apsal aku kata murah? Sebab kedai ni under KKM. Macam lebih kurang level kedai 1 malaysia la kan.

Aku rasa macam bernas je kan idea ni (angkat bakul naik lif). Sebab kalau aku ada kencing manis, maybe aku pon malas nak perah otak hari-hari apabendala yang sesuai untuk aku makan.

Kalau ada kedai depan mata camtu, hah kan senang. Cuma tulah, takde bajet la kot. Yelah barang basah pon mahal, pastu nak hire dietician and chef lagi.

Unless kalau caj bayaran RM1 klinik kesihatan tu dinaikkan kepada 3 ringgit ke hihihi. Boleh la kot realisasikan hasrat sebegini.

Takpon helo ada tak owner restaurant yang tengah cari idea nak start bisnes? Kamon try buat ni. Tengok, ada tak sambutan. Kalau takde sambutan, maafla, harap jangam kecam sis.

Hurm mungkin aku patot calonkan diri sendiri jadi wakil rakyat, PRU pon dah nak dekat, boleh dah tu undi aku cepat-cepat! *pantun 3 kerat lagi*

Ok sekian sahaja bebelan. Semoga rakyat jelata semua kekal sihat. Aamiin!

– Metformin XR 500 mg OD (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *