Rancangan Allah Itu Lebih Baik

Hello semua. Tengah makan bekal waktu rehat ni, tiba2 rasa nak share pengalaman kerja aku di sebuah kilang kecil swasta. Kome jangan le maroh dan condemn sis pulak ya. Sekadar berkongsi cerita.

Aku sekarang bekerja as kerani am di sebuah kilang swasta dan sudah bekerja di sini hampir 4 tahun. Dan tujuan aku bercerita ni bukan sebab nak mengeluh atau mengomel tapi lebih kepada nak berkongsi pengalaman yang best2.

Sebelum kerja sini, aku pernah kerja di syarikat swasta lain di KL dan jawatan dipegang juga agak tinggi (aku dulu graduate bidang tech, study full scholarship).

Tapi lepas kerja setahun lebih, resign atas sebab tekanan dll. Aku balik kg ke rumah mak ayah. Tak sampai sebulan balik kg, kerja kilang sekejap jadi operator untuk sementara.

Tak kisah lah orang nak mengata sebab dulu aku belajar tinggi. Janji aku tetap bekerja mencari duit mengikut kemampuan mental dan fizikal aku, dan tidak duduk di rumah sahaja mengharapkan ibu bapa.

Tak sampai sebulan kerja operator, dapat offer jadi kerani am kilang lain dekat2 kawasan yang sama.

Ingat masa aku first day nak lapor diri dekat kilang ni. Tunggu depan pagar, guard pun tak ada. Tengok dari luar nampak macam bangunan terbiar berbanding kilang yang sedang operasi, lusuh sungguh.

Dup dap dup dap jantung aku nak menjejak kaki ke dalam bangunan, dah macam cerita hantu. Tunggu depan pintu ofis lama sikit, tiba2 ada Pak cik ni jenguk dari dalam suruh aku masuk.

Nak dijadikan cerita, dekat kilang ni aku seorang sahaja perempuan, yang lain semua lelaki. Masa first dapat offer, mak aku pun macam takut2 nak bagi kerja sebab tak ada pekerja perempuan lain.

Actually, ini lah sebab utama aku dapat kerja sini, sebab dah ada orang lain yang dipanggil lapor diri as kerani di sini tapi dia cabut last minit sebab dia takut seorang perempuan.

So, aku pun diambil bekerja walaupun tak ada pengalaman langsung jadi kerani sebab memang diorang tengah terdesak.

Kilang kecil sangat, bahagian pengeluaran total pekerja semua 13 orang sahaja termasuk aku, operator dan sv, dan semua pekerja orang melayu.

Masa aku mula masuk kerja tu, kerani before aku memang dah lama berhenti.

Another thing is, dekat kilang ni (bahagian production) aku seorang ja yang buat kerja ofis sebab bahagian management kilang ni dekat negeri lain, so yang buat kerja hr dan management semua dekat negeri lain.

So aku ni macam bidan terjun lah dengan training apa tak ada, pengalaman jadi kerani pun tak ada sebelum ni, tapi aku cuba buat kerja aku sebaik mungkin. Gaji aku pun kecil je, tak sampai 2k.

TAPI… Mungkin juga ini cara Allah nak tolong aku. Walaupun kilang ni kecil dan kadang rasa macam nak lingkup pun ada, tapi environment kerja dekat sini sangat menyenangkan.

Mungkin juga sebab sini kami semua melayu dan jumlah kami kecil, kami semua anggap masing2 macam adik beradik sendiri.

Especially sebab aku sorang ja perempuan, terasa macam sangatlah ditatang bagai minyak yang penuh oleh semua abang2 dan adik2 operator dan supervisor dekat sini. Semua orang sini panggil aku “akak kerani” walaupun yang panggil tu umur dia dah macam atok2. Lol.

Also, pekerja sini walaupun sikit, yang sikit tu mostly semua pekerja yang dah lama kerja sini, so memang semua rapat2. Jarang dapat pekerja yang jenis keluar masuk berhenti kerja, setia2 semuanya. Mungkin sebab diorang pun feeling macam aku jugak, rasa tenang kerja dekat sini.

Bab melawak kau jangan cakap. Aku kerja sini hari2 gelak ketawa, semua pekerjanya kelakor2. Kalau diorang ada buat makan-makan kecil (bukan sebab ada event pun, saja2), tak pernah diorang lupa kat aku walaupun aku kerja dekat bahagian ofis depan ni sorang2.

Lepas tu, selalu diorang akan minta tolong aku bila melibatkan hal2 aplikasi telefon, tolong buat surat dan lain2. Tiap2 kali mesti diorang puji aku pandai lah, itu lah, ini lah. Walaupun benda aku buat tu simple ja.

Then, aku ni jenis cepat tertekan dan cepat down bila ada problem. Tiap kali diorang nampak aku down, mesti diorang tanya situasi aku, etc. Kadang diorang ni la tempat aku membebel luah perasaan. Tempat bergosip isu semasa, hal2 selebriti semasa.

Dulu aku ingat orang laki jenis tak suka gosip, tapi pekerja laki dekat kilang aku ni semua kaki gosip rupanya hahaha. Bunyi macam kecil, tapi sikap baik diorang ni la yang buat aku bersemangat nak datang kerja hari2.

Dah berapa kali kilang ni hadapi cabaran hampir melingkup especially masa pkp dulu, tapi last2 mesti akan bangkit semula. Rasa macam tuhan memang nak lindungi company ni.

And even though masa tengah susah, tak pernah ada bulan yang tak dibayar gaji atau gaji lambat. Sebelum hujung bulan mesti gaji masuk. Cuma kenaikan tahunan kadang2 naik sikit sahaja tapi tak pernah dia potong gaji jadi lebih sedikit. Kwsp pun tak pernah culas, alhamdulillah.

Distance dari kilang ke rumah aku pun dekat sangat, tak sampai 15 min perjalanan. Jem pun tak ada sebab kawasan pedalaman.

Dulu aku rasa sedih sangat sebab tak mampu kerja dalam bidang yang aku pelajari. Rasa macam penat ja belajar 4 tahun tapi tak ke mana. Sekarang aku nampak hikmah Allah nak tolong aku.

Walaupun kerja aku sekarang gaji tak setanding kerja dulu, at least aku seronok kerja sini. Gaji sikit pun, tak pernah rasa tak cukup makan pakai aku. Siap boleh bagi duit dekat mak ayah tiap bulan, walaupun tak banyak sangat. Dapat duduk dekat dengan family lagi.

Pekerja tempat aku kerja ni pun semua baik2, caring, kelakor2. Boss pun baik, tak pernah tengking2. Kadang aku yang tegur boss bila ada something, tapi boss jenis sporting, jenis bersedia terima pandangan, baiknya boss aku. Comel pulak tu, badan besau macam doraemon.

Itu je la nak share. Kepada semua kakitangan kilang tempat kerja aku, terima kasih kerana menjadi penghibur hati aku di masa suka dan duka. Aku harap kilang kita akan terus maju ke hadapan dan terus bertahan sampai aku pencen. Aamiinn..

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *