Assalamualaikum IIUM Confession readers. Thank u kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan Timah. Kembali lagi bersama Timah dengan isu2 hangat dan merancakkan lagi reader2 untuk melahar Timah.
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada semua yang terasa hati, marah, annoying dengan isu yang aku utarakan baru2 ni. Pasal Dr Cha tapi takde kena mengena langsung dengan cerita Dr Cha. Kalau aku tak link dengan Dr Cha, tak meletop la confession aku.
Untuk part I, (https://iiumc.com/dr-cha-in-reality/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/dr-cha-in-reality-ii/).
Lepas aku post bahagian kedua, aku bersyukur sebab aku percaya dalam 10 orang tu, 8 orang faham apa yang aku cuba sampaikan. Point aku sampai.
Aku puas hati jugak la bila ada komen dari puak2 laki siap bergaduh lagi sebab biasanya laki tak suka pompuan bebel. Lantak la korang nak gaduh apa pun.
Aku setuju dengan 1 komen ni yang mengatakan kalau jantan tu nak selamatkan rumahtangga dia, mesti dia sanggup buat apa saja..
Tapi kalau yang berjenis suka nak makan luar, takda tanggungjawab, tak ingat nak mati dan pembalasan di akhirat kelak, kau bagitau la apa pun tetap takkan jadi apa.
Setuju! Tepat sekali!
Aku doakan yang bermasalah dengan pasangan moga jumpa jalan dan dipermudah urusan.
Kalini aku takkan sambung episod yang ke 3. Tapi aku nak ulas 1 isu baru. Isu ni pun panas dan boleh mendatangkan laharan kemarahan warga IIUM Confession jugak.
Sebab tu awal2 aku minta maaf. Minta maaf sebab aku terlalu straight to the point! Terlalu kasar! Terlalu berterus terang membicarakan isu2 yang dianggap taboo, tertutup, malu, dalam kain oleh budaya kita. Aku faham kalau orang marah dan cakap otak aku kotor.
Kau boleh anggap aku apa saja! Terpulang! Tapi aku rasa ini sajalah tempat aku boleh meluahkan. Kat sini takde sapa kenal aku. Even aku takkan komen dan like pun sapa yang je yang komen kat confession aku. Aku pun reti malu.
Demi melahirkan masyarakat yang berkualiti, aku sampaikan semoga boleh mengubah mentaliti sesetengah orang.
Walaupun yang baca confession aku mungkin seorang dua tapi manalah tau yang seorang dua tu ada kena mengena dengan apa yang aku cakap dan boleh terbuka minda dia.
Pada aku senang je kalau kau tak suka confession aku, atau mana2 yang lain kau boleh skip! Jangan baca. Nanti kau stress kau sakit kepala.
Aku percaya admin seorang yang sangat terbuka dan memberi peluang semua orang meluahkan apa yang terbuku dihati.
Oklah, panjang sangat mukadimah tapi aku pesan siap2, luahan aku ni tak terpakai kat orang yang anak tak ramai, pandai menjarakkan anak, dapat pasangan sama-sama bertanggungjawab, terlalu kaya macam Syed Muzafar.
Anak ramai boleh hire helper. Boleh bagi kasih sayang sama rata kat semua anak so kalau kau nak tambah anak 1 team pemain bola pun terpulang! Malah digalakkan lagi sebab baka orang bijak ni kena ramai.
Pesanan aku ni terpakai untuk mereka yang berkahwin halal tapi tak reti nak control pengeluaran anak kau. Tau2 anak kau dah 16 orang sebab sepanjang hidup kau cuma mengandung dan beranak.
Dah tu pulak gaji laki bini dibawah paras kemiskinan. Sampai jkm terpaksa support kau. Rumah kau hampir nak roboh atau kau pun takde rumah hidup merempat dan mengharapkan simpati ehsan dari orang ramai.
Jangan cakap diorang ni miskin takde handphone. Sebab ramai je yang buat live merayu kat tiktok mintak gift nak beli susu anak. Lepastu boleh cerita kisah hidup Ada anak yang tercicir persekolahan, ada anak yang umo 10 tahun kena kerja sebab nak support adik-adik.
Bila ada orang mempersoalkan suruh control pengeluaran anak dia marah2. Cakap kena percaya pada rezeki yang Allah swt dah bagi.
Nasihat aku ni juga terpakai untuk mereka yang awal-awal perkahwinan dah nampak redflag kat pasangan.
Sebenarnya banyak benda kau akan nampak pada pasangan start dari mula kahwin lagi.
Kalau pasangan kau tu berperangai narsistik, kaki ketum, pandai naik tangan, baran, atau pemalas kerja cari nafkah kau pulak terlalu sayang kat jantan tu macam boleh meninggal kalau kau meninggalkan jantan tersebut!
Nasihat aku tolonglah jangan beranak ramai dengan pasangan macam ni.
Untuk orang2 macam ni, nak main sila la pakai kond*m. At least jarak la anak 2, 3 tahun sebelum plan nak anak baru.
Memang lah setiap anak yang lahir tu akan ada rezeki dia. Allah swt bantu. Tapi dari spiritual dan mental emosi dia, kalau budak tu membesar tanpa kasih sayang yang cukup maka kau akan lahirkan generasi yang recycle kisah hidup kau yang tertekan tu.
Fikirkan kalau kau tak sempat nak didik anak kau, tak mampu nak bagi kasih sayang yang cukup, pasangan kau pulak tak function, sangatlah tidak adil untuk pembesaran anak2 dan emosi anak2.
Tolonglah bertanggungjawab dengan setiap kelahiran anak anda. Untuk suami terutamanya. Kau jangan nak bangga sangat boleh ada anak ramai kononnya meramaikan umat Nabi Muhammad kalau anak kau pun bersepah sini sana join budak2 bermasalah merempit tengah jalan.
Kononnya anak ramai nanti dah tua boleh pakat jaga. Padahal anak dia menyumpah seranah mak bapak dia sebab membesar dalam keadaan yang emosi damage. Stress berpanjangan asyik kena dera. Bersyukur bila dah dewasa boleh lari keluar rumah.
Nanti mesti kau akan cakap, kak, biasanya orang-orang macam dia takkan beli kond*m punya. Dia makan pun harapkan ehsan orang inikan pulak nak bazir duit beli kond*m.
Tulah, kalau tak diubah mentaliti pemikiran macam tu cakap la berbuih air liur takkan jalan punya. Kau anak ramai, rumah sempit, duit takda.
Lepastu anak gaduh kau emosi. Kau lempang sorang-sorang budak2 tak berdosa tu. Lepastu kau keluar lari. Sampai bila nak lari dari masalah?
Jangan cakap ilmu merancang keluarga ni tak sampai kat golongan macam ni. Aku gi check up kat klinik bayar singgit pun kandungan 2 bulan nurse dah pesan siap cara-cara merancang.
Siap tanya nak guna kaedah apa. Dekat nak bersalin nurse remind banyak kali. Dah lepas beranak doktor remind lagi suruh jarakkan anak.
Pegi check up anak kuning pun nurse remind banyak kali. Bukan nurse tu nak menyibuk hal korang. Memang la anak tu korang yang jaga.
Korang yang besarkan, guna duit korang. Tapi nurse risaukan nyawa korang, mental emosi kau, kesihatan kau, tumbesaran anak2 kau, emosi anak2 kau!
Asyik dok kompelen nurse bising. Memang la bising kau dah la tak reti nak merancang lepastu kau menyusahkan orang dan masyarakat pada akhirnya.
Untuk golongan yang biasanya anak ramai ni mentaliti diorang masih lagi berpegang dengan rezeki tu Allah swt yang aturkan. Terima qada dan qadar. Padahal diri sendiri dah dapat macam-macam penyakit depressi asbab beranak ramai.
Please gunakah kond*m! tu lah kaedah paling murah, paling mudah nak dapat. Tak bagi kesan kepada jangkamasa pendek dan panjang. Nak free pegi klinik kesihatan. Biasanya ada peruntukan untuk orang yang kerap beranak.
Kau ada kederat kerja dapat duit belilah buat stok. Kat shopee banyak jual kalau malu nak beli kat 7e.
Jangan lupa uruskan dengan baik. Jangan main pakai buang merata-rata. Sebelum buang, cari plastik kecik masukan ikat elok-elok. Malulah dekat anak-anak generasi muda kita yang membesar dan belajar dengan tengok perbuatan dan perilaku kita.
Aku terpaksa pesan ni detail sebab ada orang yang memang bendul. Bersepah-sepah lepas main. Kadang kat flat tu main campak luar tingkap. Tak tau malu ke? Tak reti jaga kebersihan ke?
Kalau kau seorang isteri, anak kau dah ramai tapi dapat laki yang sejenis tak nak bekerjasama dalam merancang, cuba kau bincang dengan doktor yang bantu melahirkan anak kau.
Sebab ada kawan aku yang dia minta doktor ikat terus saluran peranakan lepas melahirkan anak. Sebab anak dia dah 4 orang dan dia ceaser 2 kali.
Hal tu tak perlulah kau hebohkan. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri sendiri adalah wajib dalam islam!
Kau diam-diam jelah sebab kau sorang je yang faham erti merancang keluarga ni.
Demi kesihatan kau, mental kau dan mental anak-anak kau.
Untuk yang belum berkahwin korang boleh ambik ni sebagai ilmu persediaan mendirikan rumahtangga.
Zaman-zaman sekarang ni nak besarkan anak2 terlalu mencabar. Jadi nak beranak ramai dalam keadaan ekonomi yang tak stabil tu sangat-sangat tak digalakkan.
Akhir kata aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan ni. Mohon maaf juga kalau yang tak habis2 annoying dengan confession aku ni.
Haritu suruh laki bini wajib berjimak. Sekarang suruh main pakai protection pulak! Lantaklah janji apa point yang aku nak sampaikan tu sampai! Sekian terima kasih!
– Timah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit