Assalamualaikum. Nama diberi Milah. Kat sini aku nak luahkan rasa tak puas hati yang dah lama aku pendam tapi aku tak tau nak luahkan kat siapa.
Luahan aku mengenai pengalaman dating aku setakat ini. Aku tak tahu lah aku ni bad luck ke ape. Tapi lelaki yang aku date ni perangai macam nak carut je.
Sedikit tentang latar belakang aku, aku berumur lingkungan 20-an tetapi sudah mempunyai kerja yang stabil, kereta dan tempat tinggal hasil usaha aku sendiri. Ya memang hasil usaha aku sendiri. Sebab time belajar degree aku sudah pun bekerja.
Dulu masa aku study, aku hanya hadir exam, project discussion/presentation dan lab sahaja sebab aku kerja full time. Alhamdulillah fakulti aku tak kisah kedatangan kelas tak cantik pun. Asalkan prestasi perform. Dan rezeki aku juga dapat kerja yang time flexible bergantung kepada project.
Reason aku bekerja time study sebab aku betul2 desperate nak hidup. Aku perlukan duit untuk hidup. Aku dari keluarga yang senang dan
Mama aku bergaji 5 angka. Tapi aku tidak mempunyai Bapa. Aku faham nafkah yang patut aku terima bukan dari Mama aku. Wali aku adalah pakcik aku di kampung dan hidup dia pun susah anak2 dia ramai.
Walaupun mata orang luar nampak hidup aku senang sebab aku anak orang kaya tapi hakikatnya aku susah sebab tiada siapa yang tanggung aku.
Aku tak rapat dengan Mama aku dan aku malu mengemis duit. Kalau aku apply mana2 tajaan belajar pun tak layak sebab gaji Mama aku tinggi.
Jadi, nak tak nak aku kena usaha sendiri. Kalau nak dikenang masa aku diuniversiti dulu. Nak pergi kerja naik bas, nak pergi client site aku kena pinjam kereta orang dan bayar harga sewa kereta orang tu.
Yela takkan nak pinjam free je.. Atleast bayar RM50 sekali pinjam. Nak kemana mana naik public transport dan jalan kaki je. Biasa dah baju basah lencun pergi mana2
Belum cerita bab makan. Aku memang underweight time ni. Makan pun bercatu. Aku makan sehari sekali je time petang. Selalunya aku akan puasa.
Lauk aku pun sayur sahaja. Time tu aku tipu kawan aku kata aku vegetarian padahal aku malu dan tak mampu nak makan mewah ade ayam semua.
Makan bagi aku the last thing aku akan fikir sebab gaji aku bukanlah banyak mana. Cukup untuk tanggung aku seorang di tengah bandar.
Waktu ni memang penampilan aku buruk sangat. Yelah baju lawa2 produk muka make up semua aku tak mampu nak afford.
Jujur aku jealous tengok kawan2 university aku yang pakai duit JPA untuk beli latest iphone. Handphone aku time tu aku guna handphone arwah Bapa aku je.
Kalau aku dapat duit tajaan time tu mungkin hidup aku senang sedikit. Mungkin aku boleh bersocial lebih and enjoy life aku as a uni student.
Pendek cerita zaman ni memang zaman yang aku tak boleh lupa. Tapi aku bangga lah jugak sebab aku tak pernah mengemis, meminta minta pertolongan orang. Semuanya datang dari apa yang aku usaha dan apa yang Allah bagi untuk aku. Alhamdulillah.
Jadi, lepas graduate aku apply kerja yang sesuai dengan kelayakan aku. Alhamdulillah sekarang aku mampu untuk ada aset sendiri.
Walaupun tidak mewah tapi cukup untuk aku. Panjang pulak pengenalan. Belum masuk main topic.
Time tengah sengkek dulu aku takde langsung terfikir untuk bercinta ni. Masa bekerja sekarang mungkin banyak masa terluang jadi aku mula mencari pasangan.
Aku kenalkan Abu, pasangan taaruf aku yang first. Abu ni baik sangat. Bab agama memang tiptop. Dia tahu agama dan mengamalkan agama dia which is jarang ade dekat orang sekarang. Dia memang tak bagi aku keluar berdua duaan dengan dia dan tak pernah message bukan2.
In fact Abu ni memang bagus tau terus pegi jumpa Mama dan wali aku. Ni bukan aku yang ajak dia jumpa okay. Dia sendiri datang suprise jumpa orang tua aku.
Oh ya, Abu ni jiran kampung aku je. Mama aku pun sangat berkenan la dengan dia. Rajin orangnya dan kerja dia pun bagus. Pendek kata Abu ni memang lelaki yang proper gentleman idaman mak2 gituh.
Tapi ada part yang aku tak selesa dengan Abu. Abu seorang yang chauvinist. Dia ada mindset yang perempuan ni low status dalam semua aspect termasuk agama.
Which is the biggest red flag. Jadi setiap kali aku sembang dengan Abu, aku jadi down sebab dia suka merendah rendahkan aku. Aku percaya Allah maha adil. Yang membezakan dia dan aku adalah amalan kami sahaja bukan jantina.
Tapi aku tak pernah luah pada sesiapa pun sebab nak jaga aib Abu. Takkan aku nak cerita kat Mama aku yang aku tolak dia sebab tu. Aku cakap kat Mama aku taknak kat Abu sebab dia tak hensem je. Padahal bagi aku rupa dia biasa2 sahaja. Ada manisnya.
Aku kenalkan Ali. The current man aku dating. Time ni first time aku ada date. Memang kekok la aku tak tau ape nak buat sebab takde pengalaman bercinta.
Ali ni sangat gentle, ada banyak persamaan dengan aku dari segi mentally lah. Dia sangat memahami perempuan dan boleh bertolak ansur. Boleh kata Ali ni melengkapi missing points Abu tadi.
Tapi malang bagi aku, Ali tak ada apa yang Abu ada. Especially bab agama. Ali ada pengalaman bercinta dan bagi aku tu red flag.
Pengalaman bercinta itself bukan lah redflag tapi cara dia bercinta agak.. err.. pergaulan bebas macam tu la. Dia dengan ex dia jenis bersentuh sentuhan, pegang dan peluk.
Dan dia expect aku pun akan layan dia sama macam ex dia which is aku TAK NAK. FULL STOP. Dan bila aku taknak dia akan terasa hati dan bergaduh.
Ali juga jaga agama dia, dia tahu halal dan haram. Dia solat, puasa jaga hubungan dengan mak ayah. Hanya minus point dia pergaulan bebas tu aku tak berkenan betul.
Lagi satu, Ali ni student degree tau. Aku kenal Ali sebab kami dulu satu sekolah. Dia sambung study lambat sebab dia bekerja dulu nak tolong family. Ali ni keluarga susah tak macam Abu
Sekarang ni pun dia banyak kali luahkan dekat aku yang dia tak sepatutnya sambung study dan patut terus bekerja tolong sara family dia.
Waktu dia study sekarang sama macam aku dulu. Makan kena bercatu. Tapi atleast dia ada dapat tajaan dan tak perlu bekerja.
Mungkin kami rapat sebab kami mengalami dugaan yang sama. Jadi, sebab aku faham apa yang dia lalui, aku memang berniat untuk bantu dia apa yang termampu. Kalau nak makan ke ape aku akan belanja makan yang dia suka.
Nak buat kerja university dia pun aku datang tolong uruskan semua. Kalau hujung minggu aku free, aku akan bawak dia explore tempat yang dia tak pernah pergi untuk healing dari masalah family/kewangan dia.
Aku tak nafikan Ali memang appreciate semua yang aku usaha kan untuk dia. Tapi lama2 dia pun naik minyak. Setakat ni, mana2 kenalan aku kalau aku buat baik macam ni mesti ended up aku dipergunakan. Sama seperti Ali mempergunakan aku sekarang.
Sekarang kalau aku keluar dengan dia. Sehari je boleh habis RM400-500. Bagi rakyat marhaen macam aku, amount tu boleh belanja sebulan tau.
Bila aku ajak dia keluar shopping pun, Ali dengan shamelessly ambil barang dia letak dalam cart dan expect aku akan bayar. Lepas aku bayar dia boleh buat tak tau pulak. Aku segan lah jugak nak minta claim dengan student kan.
Mungkin aku boleh letgo kalau dia ambil barang2 makanan macam maggi ke, sabun basuh baju ke. Yang penting2 jelah. Keperluan je.
Kalau dia ambil barang macam tu aku boleh anggap sedekah je untuk student. Tapi apa yang dia ambil tu semua kehendak bukan keperluan. Mahal weh. Aku nak beli barang macam tu pun fikir banyak kali.
Aku ade gak tegur. Tapi dia kata kempunan. Sebab kesian aku bagi je. Nak keluar makan sama pun dia tak ajak dah pegi mamak. Yang sekali makan beratus weh.
Tak cukup dengan tu, aku selalu bagi dia hadiah barang macam2. Aku memang ade habit suka bagi hadiah mahal2 kat orang yg worth ratus2 jugak.
Aku tak la expect student macam Ali ni bagi hadiah kat aku. Dahla aku ni dah bekerja dia pulak student.
Aku harapkan pemberian sedikit dari dia. Contoh choki2 pun aku dah syukur dah. Sebab dia langsung tak pernah keluarkan satu sen pun untuk aku. Sedih kan. Macam aku yang beria.
Kadang2 aku terfikir siapa yang boyfriend siapa yang girlfriend. Takde la aku nak rasa duit dia sangat. Just sekarang aku rasa macam aku ni main provider/banker dia pulak. Apa yang dia mintak kadang2 tu aku pun tak pernah mintak barang2 tu kat parents aku.
And seriously aku rasa macam.. Ali ni tak malu ke guna duit perempuan. Dia tak pernah pun minta pinjam duit. Dia minta belanja je. Sebab taknak bayar balik la kan.
Serious aku rasa turn off lelaki guna duit perempuan berlebih lebihan. Atleast ada rasa segan dan sekali sekala tolakla pemberian aku. Ni tolak sikit pun tak mintak lagi adelah.
Pun satu lagi hal Ali ni suka pinjam kereta aku sesuka hati dia sebab dia takde transport. Kalau nak pinjam sebab memang betul2 perlu takpe. Ni pinjam kereta sebab nak lepak dengan kawan. Macam.. shh kalau aku tak bagi pun boleh jadi isu bergaduh lagi.
Mungkin sebab Ali nampak aku hidup senang so that dia pun nak tumpang sama. Tapi dia tak aware ke yang aku dan dia takde pertalian yang sah?
Kenapa dia treat aku macam aku makbapak dia? Ke dia anggap aku ni sugar mummy dia? Jujur aku cakap aku memang plan for break up dah. Aku taknak bela biawak hidup nauzubillahminzalik.
Tapi satu trait aku perasan dkt kebanyakan manusia ni. Kalau nak sesuatu memang kena meminta dan tak payah usaha eh? Aku banyak dah jumpa orang macam ni.
Diberi betis nak peha. Lepas tu bila tak bagi terus mengamuk. What the.. aku dulu punya lah susah nak cari duit untuk hidup sampai hari2 berlapar. Orang macam ni memang eh. Nak kena maki. Kau ingat world revolves around you ke ahh. Usaha lah sendiri hamlau.
Berbeza dengan Abu tadi. Abu pulak suka bagi hadiah macam2 kat aku padahal dia bukan boyfriend aku. Bila aku nak balas balik dia tak terima. Dia kata jangan keluarkan duit untuk lelaki. Memanglah dua makhluk ni sangat berbeza.
Ada satu la persamaan dua lelaki ni. Both memang suka kutuk fizikal aku. Kata muka aku buruk la. Padahal muka dedua ni pun berpasir berlubang hitam berdaki.
Tolong la guys out there, korang nak perempuan cantik macam retis tapi cuba cermin muka tu sikit. Eh geram aku.
Aku ade je cakap lepaskan aku jangan contact dah kalau tak attracted dengan aku. Ha taknak pulak. Kau nak ape sebenarnye dedua ni?
Orang selalu kata perempuan complicated huh i beg to differ. Serious aku tak faham dah kalau tak minat orang muka macam aku jangan try pursue. Atleast muka aku licin. Dah Allah cipta muka aku pelik nak buat macam mana.
Tapi aku nampak effort nak menghalalkan aku dari both side. Ali pun banyak kali dah pressure aku untuk jumpa parents. Aku mestila tak bagi sebab aku tak nak bela biawak hidup wei. Naya mental physical nanti.
Kalau Ali ni biawak tapi nak buat kerja rumah ok lagi la kot. Ni aku tak nampak ciri2 rajin pun dari dia. Keje game je siang malam.
Kalau aku jadi Ali, aku dah lama cari part time instead of gaming je. Lepas tu, dah la tak nak usaha cari duit, boleh pulak complain susah takde duit.
Aku tak faham.
Nak tinggal tak sampai hati sekarang sebab Ali ni selalu depressed banyak masalah. Aku minta break time dia tengah down ni macam mengeruhkan lagi keadaan and mental state dia.
Tapi lagi lama aku in relationship dengan dia, mental aku pulak terkesan sampai buang tebiat tulis kat IIUM Confession ni.
Aku taktau lah. Umur pun dah banyak. Tapi calon yang aku jumpa.. macam.. mmm alahai. Aku tak mintak pun laki kaya or muka handsome macam Aaron Aziz.
Muka pecah miskin pun takpe asalkan agama ada, rajin dan mindset sekufu tu je aku minta. Nak cari inner side yang bagus ni lagi susah daripada cari yg kaya dan ada rupa ye.
Sekarangkan, aku dah macam tahap redha tau. Kalau ditakdikan single pun redha lah asalkan mental dan iman aku terjaga. Lagi pun aku memang dah independent sejak kecil.
Kadang aku terfikir, macam mana orang2 yang single out there? Are you guys happy with your life now? How do you cope with loneliness?
Kan kebanyakan makhluk dicipta untuk hidup dalam group. Takleh survive sorang2. So macam mana aku nak hidup sorang? Kalau bosan cakap dengan dinding ke?
Aku tak kisah kalau keluar makan sorang uruskan benda semua sorang2. Memang dah biasa. Tapi cakap sorang2 tu abit too much.
Kadang aku fikir mungkin boleh move in sama dengan Mama aku dan spend life dengan dia. Tapi.. Aku nak sembang dengan Mama aku?
Hmm setahun sekali kami contact. Aku dah usaha macam2 nak dekat dengan dia tapi Mama aku jual mahal.
Mama aku selalu spend time travel overseas dengan geng datin dia. Kalau balik sini pun takkan duduk kat rumah. Selalu keluar sana sini.
Kami memang tak rapat. Kira aku ni membesar without parents aku punya attention. Sendiri besar dan emotionally neglected. Dulu time sekolah pun jarang nampak kat rumah. Semua aku urus sendiri.
Tapi parenting style dia la buat aku cepat survive sendiri. Serious aku tak pernah peluk orang tua aku. Tiba2 nak cari pasangan and have my own family. Mungkin orang macam aku fit jadi loner je. Membesar pun boleh sendiri. Maybe tua nanti pun survive sendiri? Entah lah.
Ini sekadar luahan. Aku takde orang yang rapat aku nak luah sekarang. Biasa lah kawan2 ramai dah kahwin. Lagi2 aku tengah tension dengan perangai Ali ni. Sebelum aku manjakan dia dengan duit, Ali ni okay je.
Rajin tolong family dia semua. Taktau lah sebab aku layan dia macam ni buatkan dia berubah. Time sekolah dulu pun okay malu2 kucing dengan perempuan takde nye nak tepuk tampar dengan opposite jantina
Hopefully Ali jumpa orang dia sayang cepat dan tinggal kan aku. Aku halalkan semua yang aku bagi asalkan dia boleh pergi dari hidup aku.
Aku dah tawar hati sangat ni.
Doakan aku berjodoh dengan lelaki yang terbaik untuk aku.
Terima kasih sudi membaca aku me-’ranting’ hehehe.
– Milah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit