Rasa Benci Sampai Nak Membunuh

Warning (confession ni amat keras bagi sesiapa yang rasa tak biasa hadapi). Aku terpaksa luahkan juga sebab dah tak tahan sangat.

Aku seorang anak tunggal perempuan berumur 20an. Ayah aku 60an dan mak aku 50an. Aku mempunyai STRESS, ANXIETY dan DEPRESSION yang teramat teruk mengikut ujian dass online tetapi sampai kini masih belum pergi berjumpa mana2 doktor kesihatan mental.

Sepanjang hidup aku, aku rasa benci terhadap mak ayah aku. Benci yang meluat2 sehingga betul2 rasa nak membunuh. Setiap kali aku benci, aku rasa nak siat, cekik, kelar atau tikam mak ayah aku.

Aku sedar yang apa yang aku buat dan fikir ni salah dan aku juga sedar yang sikap aku jadi pun hasil dari perangai mak ayah aku juga sebenarnya.

Benda ni jadi sebab dibiarkan berlarutan dan dipendam agak lama cumanya aku je yang baru tahu kenapa benda ni jadi. Sebelum ni pun aku ingat cuma aku biadab dan tak normal macam yang mak ayah aku cakap dkt aku.

Untuk memudahkan pembaca semua paham. Aku akan cerita ikut kronologi dari dulu sampai sekarang. Mula2 aku akan cerita sejarah mak ayah aku dulu. Mak aku seorang anak sulung. Masa dia kecil2 dulu dia selalu dipukul, didera dam dihina oleh atuk nenek aku.

Mak aku kata atuk nenek aku sebenarnya penyayang tetapi jahil tentang agama dan ilmu parenting ni. Mak aku selalu jadi mangsa pukulan, sepakan, lempang dan di libas oleh tali pinggang.

Mak aku menjadi seorang pendendam tetapi masih menghormati atuk nenek aku. Aku syak yang mak aku dah ada PTSD.

Ayah aku pula anak ke2, seorang yang suka ponteng sekolah dan tak mementingkan pelajaran walaupun hidupnya pada zaman tu mewah.

Atuk aku seorang yang berjaya malangnya ayah aku seorang yang gagal. Salah satu sebab dia gagal berpunca dari sikap dia yang malas, degil dan keras kepala. Sampai sekarang ayah aku ingat yang aku dan mak aku tak tahu sejarah dia. Dia masih rasa diri dia hebat.

Bila mak ayah aku berkahwin dan dapat aku. Sikap mak ayah aku masih tak berubah. Pada zaman tu kereta cuma ada 1. Ayah aku pergi kerja naik kereta. Aku dan mak selalu berjalan kaki, naik bas dan teksi ke mana sahaja. Sepanjang aku kecil sampai berumur 12 tahun.

Mak aku selalunya jalan kaki kemana sahaja dalam 10 km. Ayah aku akan pergi kerja pagi dan balik petang. Aku pula sekolah ada 2 sesi pagi (sk) dan petang (sra). Aku selalu penat mental dan fizikal sama macam mak aku.

Aku disekolah bukanlah seorang pelajar yang baik mahupun rajin. Denda tu dah jadi rutin harian ditambah pula selalu sampai sekolah lambat untuk sesi pagi dan petang. Kawan2 di dua2 sekolah suka pulaukan aku. Benda2 ni antara salah satu punca keyakinan aku menurun.

Ada masanya aku akan balik sekolah dengan kain dan lutut yang terkoyak sebabkan aku terjatuh sebab ditolak secara tak sengaja oleh budak2 yang berlari2 dengan kasar.

Kalau situasi ni jadi, ayah aku tak pernah hiraukan aku walaupun aku berdarah mcm mana sekalipun. Hanya mak aku yang peduli dan letakkan ubat.

Sepanjang aku kecil hingga berumur 12 tahun. Ayah aku tak pernah menyumbang apa2 dalam kehidupan kami. Dah lah biarkan aku dan mak aku jalan kaki. Balik rumah pun macam biawak hidup.

Mak aku kata semasa ayah aku berumur dalam 30an ke 40an dia seorang yang panas baran dan rasa diri hebat. Aku syak yang ayah aku ni NARSISTIK.

Selalunya setiap kali lepas ayah aku balik kerja di waktu petang dia akan baring/ tidur ataupun keluar balik jumpa kawan tanpa pernah membantu sebarang kerja rumah ataupun membantu aku menyiapkan kerja sekolah.

Ayah aku amat rimas dan benci akan kewujudan aku. Mak aku kata, ayah aku cuma sayang aku masa baby je sebab comel. Maknanya ayah aku ni seorang tak guna, patut mati je. Dia cuma nak ada anak tapi tak nak ada tanggungjawab. Binatang pun sayang anak.

Aku antara yang dianugerahkan Tuhan untuk ada ingatan yang kuat sejak berumur 3 tahun lagi. Jadi aku ingat setiap perbuatan yang mak ayah aku buat sampai aku jadi pendendam hingga ke hari ni.

Sepanjang aku berumur 12 tahun, ayah aku tak pernah nak masuk campur urusan persekolahan aku, nak bersembang dan main dengan aku jauh sekali.

Dia selalunya suka baring terdampar depan tv macam biawak hidup sambil tengok wrestling. Itu lagi penting bagi dia dari mak dan aku. Malam pula dia akan keluar jumpa kawan badminton hari2. Kawan dan hobi dia nombor satu bukan keluarga.

Mak aku dah penat2 balik jalan kaki siap dokong aku lagi sebab aku cepat penat, balik2 siap2 masak sampai malam, nak mengajar aku lagi, buatkan kerja sekolah, bersembang dan main dengan aku tapi satu benda pun ayah aku tak buat. Kemas rumah pun malas.

Balik2 terus baring atau tidur, selalunya apa yang mak aku masak pun dia tak makan sebab dia makan luar. Mak aku dengan aku ni cuma keluarga dia atas kertas sahaja.

Aku tak dapat rasa langsung kasih sayang seorang ayah. Bila aku tanya soalan atau ajak main akan dimarahi. Bila aku tunjuk kerja sekolah atau lukisan aku, jangan katakan pandang sekilas pun tak ada. Memang ayah tak guna langsung. Hidup aku lebih bersama dengan mak aku.

Walaupun aku selalu rapat dengan mak aku tak bermakna hubungan kaki baik. Sebabkan ayah aku seorang yang lepas tangan, aku setiap masa akan tanya mak aku soalan, main dengan mak aku, buat kerja sekolah sama2.

Malangnya benda2 yang aku buat dan minta ni menjadikan mak aku teramat sibuk, penat dan rimas. Bila mood mak aku baik, dia akan layan aku tapi bila mood dia tak baik, aku akan jadi tempat dia lepaskan geram. Geram mak aku bukan sekadar marah2 biasa.

Mak aku biasanya akan lempang, pukul, cubit, tendang, pijak, tumbuk, ketuk, rotan dan pulaukan aku. Tak cukup dengan itu dia akan hamburkan sekali kata2 kesat dia seperti bodoh, setan, haramjadah dan bermacam2 lagi.

Mak aku kata apa yang dia buat dkt aku ni pun sebenarnya hasil ikutan dan ‘didikan’ yang atuk dan nenek aku buat dekat dia masa kecil dulu.

Aku sebagai anak dan budak yang berumur 12 tahun ke bawah tak faham langsung kenapa mak aku buat mcm tu. Masa tu aku sendiri pun tak faham bodoh dan haramjadah tu apa tapi aku masih ingat lagi sampai sekarang.

Tapi mcm yang aku kata tadi walaupun hubungan aku dengan mak aku tak berapa baik, aku paling rapat dengan mak aku sebab mak aku yang selalu ada dengan aku dari ayah aku yang macam orang luar tu.

Dulu masa aku kecik aku selalu ingat yang aku anak pungut. Aku selalu tengok album, tanya mak aku betul ke aku anak dia dan betul ke dia sayang aku. Berkali2 aku tanya.

Setiap kali dia jawab aku masih tak percaya sebab perbuatan mak ayah aku tak melambang yang mereka sayang aku sepenuhnya.

Masa aku kecik juga mak aku kadang2 buat kerja tambahan untuk tambah pendapatan. Kadang2 kerja dia tu dari pukul 8 malam sampai 12 malam dan kadang2 hari sabtu ahad.

Ada masanya aku akan ikut dan jadi beban pada mak aku sebabnya dia terpaksa dokong aku dan ada masanya aku akan ditinggalkan di rumah sendirian sejak berumur 3 tahun lagi.

Kalau mak aku kerja part time sabtu ahad dan aku tak ikut, aku akan ditinggalkan sendirian di rumah. Mak aku akan tinggalkan makanan siap2 selalunya roti ataupun nestum.

Sebelum tu mak aku dah nasihatkan supaya aku tak buka pintu walaupun kunci ada dlm rumah dan tak angkat telefon. Ayah aku mana? Seperti biasa ayah tak guna tu tak ada pun dlm rumah sebab dia pergi main badminton dengan kawan2 dia sampai petang baru dia balik.

Aku sebagai seorang anak tunggal dari berumur 3 tahun lagi dah biasa tinggal seorang diri dalam rumah. Biasanya orang nak tinggalkan anak yang umur 10 tahun pun takut lagi apatah budak umur 5 ke 6 tahun tapi aku ditinggalkan lagi muda dari tu. Aku masuk tadika pun umur 3 tahun.

Masa tu aku dah pandai membaca dan menulis sebab tu aku malas pergi tadika tapi aku terpaksa pergi sebab hari biasa mak ayah aku kerja. (Maaf, cerita aku terabur sebab aku tulis ikut ingatan aku.)

Seingat aku, ayah cuma akan masuk campur dalam keluarga bila ada hari yang kena pergi sekolah untuk ambil report card. Masa tu lah dia akan tunjuk bagus dengan pakai tie sambil sembang dan nasihat parents2 dan guru2 untuk tanya perkembangan aku di sekolah.

Macamlah dia ayah paling penyayang, ambil berat dan mithali dalam dunia. Dia siap bagi tahu yang dia check latihan dan mengajar aku di rumah tapi hakikatnya lepas tangan. Balik rumah report card tak tengok, buku tak selak dan terus jadi biawak hidup tengok tv.

Aku ingat lagi sikap ayah aku. Aku baru berumur 6 tahun. Masa lintas jalan besar, dia tak pegang pun tangan aku. Aku ingat lagi masa aku kecil dia suka hasut mak aku dan kata aku penipu.

Sedangkan aku bukannya penipu, aku hanya inginkan perhatian dari mak ayah aku contohnya aku lapar tapi bila tiba masanya aku tak nak makan sebab merajuk,

Dan aku akan ‘menipu’ mak ayah aku dengan kata aku kenyang dengan harapan mak ayah aku akan ambil berat dan pujuk aku malangnya aku dimarahi dan dikatakan penipu.

Dari aku kecil sampai sekarang, ayah aku akan anggap aku penipu cuma mak aku je dah percayakan aku sekarang ni. Aku ingat lagi yang ayah aku suka ajak keluar makan bila dah pukul 9 malam ke atas, bayangkan aku dah penat sekolah 2 sesi dan dah ngantuk tapi dia kata aku mengada2.

Aku ingat lagi setiap kali kalau ayah aku yang kena hantar sekolah pagi, dia suka pergi hantar lambat2. Pukul 7.30 pagi baru keluar rumah. Bila sampai sekolah pukul 7.40 ke 8 pagi.

Dia selalu suruh aku merayu depan cikgu dan pengawas. Dia sendiri dengan muka tak malu cakap dekat cikgu yang “sorry lambat sikit”. Hari2 aku kena denda sampai aku malu.

Bayangkan masa aku kecik2 tak berdaya bila aku sakit dia tak bawak pun aku pergi klinik walaupun mak aku merayu2 (masa tu mak aku tak pandai bawa kereta). Sampai sekarang sikap dia sama mcm tu, bila mak atau aku sakit dia biarkan je.

Aku ingat lagi ayah aku suka perlekehkan kerja sambilan mak aku tu sambil hina2 dia sedangkan dia nafkah tak bagi sangat pun sampai sekarang.

Sekarang ni dia dah pencen, mak aku yang bayar dan support segalanya. Dah pencen pun sikap boros dia tetap sama dari dulu sampai sekarang.

Sepanjang aku kecil, aku dilabel seperti anak derhaka, biadab, penipu, mengada2 dan menyusahkan. Benda2 ni yang buatkan aku hilang hormat dan benci mak ayah aku sampai sekarang ni. Aku rasa part2 sekolah rendah ke bawah dah habis nanti aku confess part sekolah menengah ke atas.

Aku harap confession diterima dan akan ada sambungan. Aku penat dah tulis panjang2.

– ~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *