Rasa Bersalah

Assalamualaikum
Terima kasih kalau sudi siarkan luahan aku yang da lama terbuku dihati.harap ada yang sudi menilai dengan positif.kisahnya mengenai hutang dan persahabatan.

aku berumur lewat 20 an.apa yang aku nak cerita ni sebenarnya adalah salah aku sendiri,cuma apa yang aku nak tekankan di sini,aku tak menipu,jauh sekali nak menganiaya kawan sendiri.kisah bermula waktu aku hire kawan aku ni jadi fotografer untuk majlis nikah dan kenduri.kawan aku ni orangnya baik,walaupun aku hire dia last minute,die tetap tolong aku.maklumlah amik gamba orang kawin ni kn penat,sebab last minute so dia xade backup fotografer,dia la yang kehulu kehilir sorang sorang.

Selepas selesai majlis lebih kurang sebulan kemudian,aku dengan penuh eksaited mesej die tanya pasal gamba.kawan aku ni pun bagitau yang servis dia akan setel lepas 3 bulan,seingat aku dia ni jadi fotografer freelance je,maknanya dia ade keje lain la.masa ni aku masih simpan duit untuk bayar servis dia.but since dia tak mintak bayaran atas dasar kawan,dan aku pun sengal tak bayar deposit ke atau bayar semua,episod hitam pun bermula.aku da terguna duit tu,maklum la baru kawin banyak pakai duit.

Cerita lain plak,aku lepas kawin jadi suri rumah,cuma buat freelance.kalau ada job,masuk la duit,plus husband aku keje biasa je.tapi rezeki aku pregnant awal,segala job yg dtg (xbnyk tp ada la)aku terpaksa tolak.lbh kurang 5 bulan kemudian kawan aku ni contact aku melalui fb,tanye bila nak bayar.aku xbalas sebab untuk pengetahuan korang aku tak ada kemudahan internet.tunggu suami aku bkk fb aku kt ofis,then bgtau ade mesej dari kawan aku mintak bayar duit gamba.aku da stress.mana nak cekau duit.mula mula kawan aku ni boleh terima jawapan aku.tapi lama lama dia bengang sebab dia nak pakai duit jugak.

Untuk pengetahuan semua,aku laki bini gigihkn juga bayar hutang dia sikit sikit,tapi memang sakit sangat sebab kitorang memang kesempitan duit.sampai la aku bersalin,dia masih bertoleransi atas dasar kawan.tapi tetap aku tak dapat nak bayar,banyak juga la nilainya bagi orang yang tak berduit macam aku.nak buat freelance da susah since dah ade anak.

Dipendekkan cerita,satu hari tu,aku mesej dia bgtau nak bayar sikit sikit,sebab aku memang nak sangat gamba kawin ktorang sebab dia memg fotografer yang berbakat,tapi mungkin dia pun da bengang sangat kat aku,dia kata tanak terima dah cara aku baya yang sikit sikit,sebab tak berbaloi dengan kerja dia.dan bagi tempoh sampai hujung bulan tu dia nak clear keje2 dia,xbayar jgk dia buang kot gamba aku,ntah aku dah tak pasti.sebab lepas pada tu aku segan nak mesej dan tanya dia lagi.

Kawan,kalau ko terbaca luahan aku ni,aku mintak maaf sangat sangat.aku cuba jugak kumpul duit sampai sekarang sebab nak bayar hutang gamba tu,aku berharap gamba aku tu wujud lagi.tunggu sikit lagi nak cukup duit aku kumpul ni,walaupun bagi kau xberbaloi sebab da masuk tahun ke 3,tapi apakan daya.aku betul betul ada kekangan kewangan buat masa ni.sebulan aku mampu put only rm20 aside utk save sebagai tabungan hutang aku dengan ko.

Andai kata duit yang aku kumpul ni da cukup,aku akan contact ko semula utk baya hutang ko.aku masih berharap gamba tu wujud lagi walaupun tinggal harapan,dan ko akan maafkan aku,dan kita jd kawan balik.walaupun kita tak rapat mana,tapi aku rasa bersalah dan malu dengan ko.

maafkan aku kawan.

– joyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit