Rasa Bersalah Bila Orang Tak Solat

Assalamualaikum admin. Saya nak minta jasa baik admin untuk hide nama dan profile sy jika tulisan ini dipilih. Tulisan saya ini kesan akibat perasaan rasa bersalah dan berdosa saya selama hampir dua sem saya menetap di hostel kampus.
Saya dah lama perhati dan dengar cerita dari mulut orang lain tapi pada asalnya saya tak mahu dengar dari mulut orang. Tapi bila dah hampir 2 tahun saya bersama dengan roommate saya sedikit sebanyak kami Nampak kelemahan dan kekurangan masing-masing. Saya tulis ni bukan sebab saya rasakan saya cukup baik.. Tidak sama sekali. Malah saya tulis ni sebab saya rasa saya seorang rakan yang sangatlah teruk di sisi Allah.

Saya sendiri tak mampu nak pendam perasaan ni lama-lama Cuma disebabkan kami bukanlah terlalu rapat dan kami juga bukanlah tak rapat sangat. Biasa-biasa je sebagai rakan sekelas. Saya perasan sahabat saya melengah-lengahkan solat dan meninggalkan solat dengan SENGAJA.

Pada awal waktu masuk sem saya kejutkan dia subuh dan kadang-kadang sampai penat setiap masa nak kejut orang lain. Bayangkan kalau subuh saya dah kejut, zohor, asar, magrib isya dia KADANG-KADANG DENGAN SENGAJA melewatkan waktu solatnya. Saya bukan tak mahu tegur, tapi jauh disudut hati saya ni nak tegur. Tapi saya sangat bimbang hati dia terguris. Dia juga memegang jawatan MPP di kampus dan cukup terkenal dengan kepetahan dia bercakap dihadapan. Saya dihurung rasa bersalah dan berdosa yang teramat sangat apatah lagi dia lebih banyak pengalaman dari saya sendiri.

Saya jenis tidur awal. Dalam pukul 10 lebih saya tidur dan saya bangun pada awal pagi bagi menunaikan solat subuh. Saya serba salah nak kejutkan dia awal pagi sebab dia selalu stay up sehingga lewat malam. Risau saya menganggu tidur dia. Banyak kali saya bangun subuh dengan membuat bising seperti tutup pintu dan kunci pintu bilik kuat2 supaya dia sedar. Tapi bila dia sedar dan alarm nya berbunyi dalam pukul 630-645 pagi tu dia Cuma BANGUN MATIKAN ALARM SAHAJA. Bukannya bangun nak kejar solat.

Untuk kepastian waktu saya ragu2 sama ada dia solat atau tidak(kadang2 saya tidur balik lepas subuh), saya bangun pada beberapa pagi awal dan saya tindih selipar dia untuk lihat jika ada orang alihkan posisi selipar. Secara lojiknya jika dia bangun posisi selipar tu mesti berubah dari kedudukan saya letak. Tapi mengecewakan keputusan saya dapat.

Yang lebih memalukan saya bila dia bercerita tentang lelaki2 yang berminat nak berkenalan dengan dia. Konon cakap bukan taste dia. Dia nak yang khatam quran beberapa kali. Solat jaga dan tahu agama dsn banyaklah lagi. Sampai tak sanggup saya nak cerita. Hakikatnya. Dia main telefon bimbit (lepas kelas petang) sampai habis waktu solat asar. Kadang2 dia ‘jamak’ sekali asar dan magrib.(Sarkastik).Kalau ada masa main telefon kenapa solat sekejap takde masa??

Iman saya tersangatlah lemah. Cuma sampai tahap mencegah dengan hati dan menunjukkan akhlak yang baik. Setiap kali masuk waktu solat saya akan keluar ambil wuduk dan solat depan dia untuk menunjukkan pentingnya jaga waktu solat. Tapi tak tahulah. Sikitpun dia tak tersentuh barangkali. Saya tak sampai level menegur lagi. Saya stress duduk dibilik disebabkan saya tak sanggup nak tahan rasa bersalah dan berdosa macamni. Kadang-kadang bila dia habis kelas awal dan asar sudah masuk, dia boleh baring atas katil main phone lepastu siap2 untuk keluar jumpa orang TANPA SOLAT terlebih dahulu. Kadang-kadang saya sengaja pasang ayat quran kuat-kuat dalam bilik supaya segala jin syaitan tu keluar tapi entahlah….

Allahu, dalam hati saya istighfar panjang sebab makin hari makin saya stress simpan masalah ni sendiri. Saya harap dia terbaca tulisan ini. Jika ada yang komen, saya bersalah dan berdosa sebab tak tegur, saya Cuma mampu jawab sesetengah orang tak mampu untuk menegur lagi. Saya Cuma tegur orang yang betul2 rapat dan biasa dengan cara saya. Dan setiap kali saya uzur takkan saya perlu kejutkan dia setiap hari untuk subuh. Kadang-kadang saya sendiri penat dan perlu rehat. Tak mampu nak jaga solat orang lain setiap masa. Nanti dia fikir saya FIKIR BUKAN2 tentang dia.

Upload gambar cantik di Instagram, FB, terkenal di mata manusia, Nampak macam sophisticated person di hadapan orang , tu semua pada saya palsu semata-mata. Makin bertambah umur saya makin banyak ‘penipuan’ dan ‘kepalsuan’ berlaku depan mata saya. Hakikatnya Allah lebih Maha Mengetahui. Saya jadi susah nak percayakan orang lain disebabkan saya dah jumpa ramai yang macamni. Cuma Nampak bagus di mata manusia semata-mata. Saya baca Quran lepas solat kuat2 untuk bagi dia sedar dah masuk waktu untuk solat. Saya selalu solat lama2 depan dia (disebabkan kedudukan katilnya dihadapan saya) supaya dia perasan dah masuk waktu untuk berhenti main handphone dan tunaikan solat. Tapi mungkin di hati dia masih belum tersentuh dengan semua tu.

Dan saya teramatlah rasa berdosa dan bersalah sebab tak mampu untuk menegur secara baik. Pernah suatu hari saya sengaja post di laman sosial tentang solat, tapi berubah sehari jelah. Lepastu kembali pada sikap asal. Roomate lama diapun pernah cerita pada orang lain tentang hal sama. Cuma sebelum ni saya tak percaya. Tapi bila setiap hari dibebani rasa bersalah macamni saya makin rasa bersalah dan tak seronok setiap kali dia ada dibilik. Saya rasa mesti orang lain ada yang alami perkara sama macam saya.. Mungkin dia bukan roommate, tapi adik atau abang atau ayah atau kakak mereka sendiri…. Dan mereka rasa tersangatlah kecil untuk menegur sebab mereka rasa merekapun bukanlah baik sangat nak tegur orang lain…

Saya doa setiap masa supaya dia terbaca tulisan ini sebelum dia jumpa roommate baru nanti…Awak bakal doktor tapi bila awak tunjuk contoh macamni, makin lama perasaan hormat tu makin hilang.. Serriously ni yang saya rasa sekarang.… Segala yang buruk itu juga datang dari saya. Saya minta pembaca sekalian mendoakan yang baik-baik untuk saya agar saya diberi kekuatan untuk menegur nya.

Cuma satu pesan saya,
“Tak rasa bersalahkah kita minum air Allah beri, makan nasi nikmat Allah bagi tapi kita tak menunaikan solat. Setiap titis air kita minum setiap butir beras kita telan tu mendoakan kita “Celakalah kamu tidak solat tapi makan nikmat yang Allah beri.”
Itu yang ustazah disekolah saya pesan pada saya dulu kalau rasa senang hati tak solat ingat balik ayat tu. …. Sekian wassalam.

-Yang ikhlas menegur-

– _Bakal doktor_

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit