Rasa Bersalah Yang Takkan Hilang

Aku adalah pembaca setia IIUM Confession. Selama ini aku hanya lah silent reader.

Tapi kali ini aku terpanggil untuk meluahkan rasa terpendam dan terbuku dihati selama 9 tahun.

Rasa bersalah pada ayahku yang tidak akan hilang.

Aku adalah anak bongsu, sejak kecil segala kemahuan aku ayah turuti walaupun ayahku hanyalah penoreh getah.

Walau tiada duit tapi segala keinginan aku pasti akan dipenuhi dan aku bersaksi di depan Allah di akhirat nanti bahawa ayahku telah menjalankan amanah membesarkan aku dengan cukup baik sekali.

Aku adalah graduan oversea, setelah habis belajar aku pulang ke malaysia, niat untuk mencari kerja dan berbakti kepada ibu bapaku tapi kesihatan ayah makin merosot.

2-3 minggu pulang ke malaysia ayah dimasukkan ke hospital sebab CKD and jangkitan kuman.

2 minggu dihospital ayah disuruh balik, tapi aku tidak tahu it was a sign yang ayah tidak dapat diselamatkan lagi.

Call me stupid or naive or whatever, tapi sumpah tidak terlintas dibenakku akan perkara ini. Doktor juga tidak memaklumkan apa2 berkenaan ini. Mungkin mereka anggap keluarga sudah faham akan keadaan ayahku.

Dalam keadaan ayahku sakit, aku ada menyatakan hasrat untuk pergi ke Kl sekejap kerana aku lulus IV kerja dan majikan memanggilku untuk masuk kerja secepat mungkin.

Ayah nampak seperti terkilan tapi membenarkan aku pergi kerana aku tahu ayah sayangkan aku lebih dari segala galanya walaupun dia sedang sakit tenat.

Ibu memarahi aku, berkata yang tidak perlu pergi lagi sbb ayah sedang sakit..

Ringkaskan aku tidak jadi pergi dan stay dengan ayah aku, tapi aku terkilan dgn sikap aku yang mementingkan diri sendiri.

Beberapa hari atau seminggu selepas itu, ayah pergi selama lamanya, hari pertama bulan ramadhan, ayah menghembuskan nafas terakhir sambil aku, abang dan ibu membacakan yasin dan mengajar syahadah ditelinga ayah.

Tetapi cerita tidak berhenti disini. Seminggu selepas ayah meninggal pihak penaja memanggil untuk perjumpaan selepas graduasi.

Aku kira ini adalah wajib dan akan dikenakan tindakan sekiranya tidak hadir. Padahal bila difikirkan balik, boleh sahaja aku memberitahu mereka bahawa ayahku baru saja meninggal dan tidak boleh hadir,

Aku menyesal kerana mementingkan diri sendiri daripada menemani ibuku yang baru sahaja kehilangan ayah dan seolah olah aku tidak terkesan dengan kematian ayah.

Sepatutnya aku menangguhkan semua urusan kerja dan memberi masa untuk keluarga dan diri sendiri bersedih atas pemergian ayah.

Fast forward, 10 hari selepas kematian ayah, aku pergi ke KL dan memulakan kerja. Aku tidak beritahu sesiapun ayahku baru meninggal sebab ianya terlalu sakit untuk aku lalui dan terima.

Aku bimbang sekiranya aku memberitahu orang lain, aku tidak boleh tahan air mata dan menangis didepan orang lain.

Ketika bekerja aku buat seperti tiada apa2 padahal hati aku sedang menangis terluka. Balik kerja menangis seorang diri dirumah sewa.

Betul kata orang2 tua, lepas ahli keluarga meninggal bagi masa untuk betenang, jangan rushing hal2 dunia..

Tambah2 bila difikirkan balik, majikan aku sudah semestinya faham sekiranya aku memaklumkan yang aku baru sahaja kehilangan ayah. I was too young and too dumb at that time.

Ayah, adik mintak maaf. Bukan adik tidak sayangkan ayah, tetapi kehilangan ayah adalah sesuatu yang sangat sakit untuk diceritakan kepada orang lain. Adik lagi selesa bersedih seorang diri kerana ini adalah hal yang terlalu personal untuk adik.

Buat pembaca semua minta sedekah kan al-fatihah dan doakan ayahku dijauhkan dari siksaab kubur dan ditempatkan disyurga di akhirat kelak.

Jangan menyesal dan jadi macam aku, kerana aku tidak boleh meminta maaf lagi pada ayahku.

– D bukan nama sebenar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *