Rasa Cemas Yang Melampau

Asalamualaikum, okey aku ringkaskan cerita, aku harap sangat admin post tulisan aku kali nie.

Aku berumur awal 20, dan aku ada satu tabiat, bila pergi hospital, tempat ramai orang aku tak boleh bertenang. Aku takut yang melampau, tapak tangan berpeluh, jantung berdegup laju, penafasan tak normal.

Setelah 2 bulan telinga aku tak baik walaupun dua kali pergi klinik kesihatan, aku pun ambil keputusan ke hospital besar, walaupun telinga dah tak sakit tapi aku tak selesa.

Aku ingat kata kata dalam drama korea, JIKA KITA SAKIT ATAU TIDAK SELESA, BADAN SEDANG BAGI ISYARAT YANG KITA TAK SIHAT.

Jadinya aku pergi, hospital besar, macam biasa mula mula aku ditempatkan di zon hijau tapi lepas masuk bilik Dr. ‘Tolak dia ke zon kuning’, arah Dr Ahmad kepada mak aku.

Aku blurr, ‘Ah teruk sangat ke telinga aku, sampai masuk sini?’ getus hati ku.

‘Kenapa masuk sini?’ soal Dr di sana.

‘Saya sakit telinga je, Dr tadi tu suruh datang sini’ jawab aku polos, tapi dada ku berdebar ingin pecah.

Tak tahu dari mana, Dr Ahmad melompat turun dari katil dan buka langsir, sambil cakap ‘dia datang sebab ‘earpain’ dia masuk sini heartbeat tinggi’.

Lalu berlaku lah macam cerita korea, mak aku di suruh keluar, whelchair aku di ketepikan, badan aku di pasang wayar sekejap(ECG) kalau tak salah, kena masuk iv drip 2 botol, ambil darah eh semua lah.

Bacaan tekan masa mula mula aku masuk ialah 140,setelah 5 jam berlalu barulah turun kepada 125. Aku juga memaklumkan kepada mereka. Aku selalu begitu ketika berada di hospital, malah pernah mencecah 147 ketika aku mahu cuci gigi.

Tapi sepanjang tempoh 5 jam tu, aku benar benar berehat, aku tidak digangu soalan sama, sebab aku bawa sekali card kuning (kad rawatan klinik kesihatan) dan bawa juga ubat ubat yang aku guna tapi tak sembuh sembuh. Aku bawa sebab teringat, ada petugas kesihatan di klinik kesihatan pesan,

‘Mana pun awak pergi, pastikan bawa, ini macam ic kita, malangnya ramai orang buang sebab free, kalau hilang kena denda tahu pula diaorang jaga’.

Tolong weh, tolong bgtau aku macam mana nak kawal nervous, sebab diorang refer aku ke pakar jantung pulak, sebab diorang kata aku tak normal. Please share tips cara nak bertenang masa jumpa doctor. Lagi 2 minggu aku kena pergi.

– Bayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *