Rasa Happy & Lega Bila Tahu Orang Lain Senasib Dengan Kita?

Assalamualaikum. Aku rasa benda nie dirasai kat semua orang. Mungkin lah, ini Cuma assumptions aku sendiri jer.

So, citernya camni, tiap2 daripada kita nie mesti akan mengalami kesusahan/ masalah betul tak?

Tak kiralah umur kita 40 ker, 12 tahun ker, kita semua mesti akan berada di satu tempat dimana akan ada satu dinding mental atau masalah yang akan menghalang kita untuk ke hadapan.

So, secara natural nya kita akan diberi pilihan. Pilihan yang kita ada biasanya bukan nya hanya lawan atau lari ya… ikutlah keadaan korang.

Kadang2 tu ada orang tu ada lebih daripada 4 pilihan yang mereka boleh pilih. Kekadang tu hanya satu jer pilihan yang mereka bole pilih.

Tetapi percayalah, walau susah atau berisiko mana pun pilihan kita. ESOK TETAP ADA. Ni dikira macam kata semangat aku lah hahaha.

Ya lah, kita nak stress atau cuak sangat pasal consequences yag kita akan hadap dek kerana pilihan yang kita dah decide nak amik tu… caya lah, esok still akan ada.

Dia just, at the specific time tu which kekadang ia cuma ambil beberapa jam sahaja pun, nak tak nak ko kena redah jer dan buat yang terbaik. Sebabnya… ESOK STILL ADA. Betul.. Tak tipu hahaha.

Note: unless kalo kita meninggal dunia atau esok kiamat, haaa itu lain ya cerita nya huahuahua.

So, agak sidetracked sikit ya. Ok, bila kita dah hadap atau dah lepasi masalah atau halangan yang dihadapi, of koslah kita happy, ye tak? Sebab kita dah sukses, kita da lepasi halangan/ masalah tersebut.

That’s why lah kita happy XD. Bagaimana dengan mereka yang dah lepas tapi dapat outcome yang poor, bad?? Yang tu, tanya lah diri sendiri:

ADAKAH KITA DAH BUAT YANG TERBAIK?

ADAKAH KITA DAH GUNA SEGALA SUMBER YANG ADA PADA WAKTU ITU UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK?

Jika kita boleh berkata ya. Then bersyukurlah, jadikanlah ia sebagai pengalaman, pengajaran dan penambahbaikan untuk diri kita ini. Takpe, kita move on, fokus, and then prepare unutk next wall.

Ingat, jangan terlalu lama kita bersedih ya. Selagi Allah SWT tak panggil kita, selagi tu akan ada sahaja dinding-dinding dihadapan sana yang tengah menunggu kita.

Dinding2 nie tak akan tunggu kita dah setel, da happy balik baru dorang datang. NO. Dinding2 tu akan bergerak juga. Lamabt laun kita akan hadap juga. Sebab apa? Sebab MASA sentiasa bergerak.

Orait2, nie seyes da teruk sangat nie. Ok lah, korang da lepas ujian/ halangan/ masalah korang tu.

So, kita pun berkongsi dengan member2 atau mereka yang rapat dengan kita. Mungkin juga di laman twitter, fb atau insta atau IIUM Confession tentang apa yang korang hadapi.

Sedang korang bercerita, rupa-rupanya ada juga mereka yang mengalami lebih kurang rintangan yang sama macam kita. Bahkan lebih payah daripada kita.

Kalau kita punya perlukan 3 minggu, mungkin mereka perlukan 5 BULAN untuk hadap rintang, halangan/ masalah mereka. Haaaa, which come to the conclusion saya nie:

KENAPA KITA RASA LEGA EH? KENAPA KITA RASA….. HAPPY??

Ke aku sorang sahaja yang merasai perkara camni XD. Bila member kita beritahu pengalaman/ masalah mereka yang sama seperti kita, malah mungkin lebih teruk daripada kita, kita rasa happy. Aku rasa happy.

Adakah sebab aku happy tengok dia menderita? Tak mungkin. Kita pun merasai juga kan kepayahan yang dialami, tak mungkin kita boleh gembira tengok dia menderita perkara yang sama.

Adakah sebab aku nie dengki, iri hati lalu timbul sifat gembira melihat mereka menderita? Tak mungkin. Kompleks sangat hahaha.

Kita nie percayalah, sebenarnya kalau dah dengki tu memang kita akan dengki kat orang tu. Takder pon sebab : Aku tak suka dia sebab bla bla bla pastu bla bla bla. Nope. Reasons is always simple..

Entah lah, sebenarnya benda nie boleh jer cari kat youtube, google atau tanya alim ulama yang berdekatan dengan kita kan.. Tapi mungkin sebab shj jer nak memikir secara mendalam.

Akhirnya, aku berpendapat yang secara dasarnya kita happy bila tau ada orang lain juga yang pernah mengalami atau sedang mengalami kesusahan… adalah kerana kita tau yang kita tidak KESEORANGAN.

Manusia nie hidupnya berjemaah, berkomuniti. Bila kita hadapi kesuahan/ rintangan/ ujian/ masalah nie, kita mesti akan rasa keseorangan. Seolah-olah kita berdiri diatas satu tiang yang hanya muat untuk sorang jer.

So, bila dapat tau ada juga yang mengalami atau senasib dengan kita, kita lega/ happy yang I am not ALONE.

Tipulah kalau orang introvert kata dorang boleh hidup ‘solitude’ selama lamanya. Ya betul orang yang introverted nature memang diorang prefer berseorang, atau grup yang kecil dalam aktiviti seharian. Tapi untuk constantly sentiasa berseorangan?

Oh no, tak mungkin ya. Aku yakin sebab aku sendiri pernah mengalami situasi camni. And aku pon seorang introvert. Bila ko betul- betul BERSEORANGAN, haa tuhan saja yang tahu hati ko masa tu.

Memang introvert tak suka communicate, bergaul etc. Tapi bila mana dia berada di dalam satu kelompok atau surrounding dia sentiasa ada orang lalu lalang ke atau at least ada lah mereka2 yang tengah buat aktiviti dorang ke. Introvert akan rasa ok.

So, masih lagi ke ko boleh kata yang ko selama ni keseorangan? I mean, totally alone, desolated with no human interaction whatsoever. Haa, ini belum tambah sosmed korang totally nonexistent ya, hahaha.

Konklusinya kat sini adalah, kalo korang rasa happy atau lega bila ada orang senasib dengan kita atau lagi teruk daripada kita tu.

Instead of fikir ko dengki kat dia, maybe sebenarnya ko lega sebab ko tak KESEORANGAN dalam hal nie. Orang lain pun sama. And jadilah one of them people yang support each other.

Tak dapat support financially pon, minta retweet pon boleh haa. Dengar dan bagi supportive feedback pon da nice.

Tapi kalo ko happy sebab ko memang DENGKI kat si dia, ha itu bawa bawalah berzikir, istighfar ya. Penyakit hati tu namanya. Cepat-cepatlah bagi kata-kata semangat kat si dia. Transformkan perasaan negatif ko ke positif.

Sekian luahan. Terima kasih yang sudi membaca sampai habis XD

– Mumen Rider (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *