Rasa Hati Aku

Assalamualaikum semua. Tak tau dari mana nak mulakan luahan ni. Banyak perkara yang aku nak luahkan. Tapi untuk pertama kali penulisan aku dalam iium confession ni biarlah aku luahkan tentang hal kawan dulu. Dan harap korang yang baca ni bertabah la ye.

Aku sebenarnya dah bertahun berkecil hati dengan kawan2 sekolah dulu. Semuanya bermula dalam 7 @ 8 tahun lepas. Adalah seorang kawan sekolah ni, R, satu hari tu masuk hospital. Aku dapat tahu melalui status dia berserta gambar tangan yang dipasang branula kat FB.

Sebagai kawan aku pun wishlah semoga dia cepat sembuh kat ruangan komen tu. Sambil tu aku pun tanyalah dia sakit apa. Yelah concern kan. Kawan sekolah dah lama tak jumpa. Alih2 tau dia sakit masuk hospital.

Dia tak reply pertanyaan aku tu. Aku perhatikan mostly komen2 kawan & kenalan dia yang lain wish kesembuhan untuk dia. Ramai juga bertanya tentang sakitnya tu.

Pun dia tak bagi tahu. Kalau reply pertanyaan tu pun mcm tak berterus terang tentang sakitnya. Contoh macam lain yang ditanya lain yang dijawab. Macam buat orang berteka-teki dengan sakitnya.

Lebih sadis lagi ada yang bertanya tak ada reply. Contoh macam pertanyaan aku tu la. Dipandang sepi tak berjawab.

Aku ni bila dah macam tu mulalah rasa skeptical sikit. Mula fikir apa tujuan R ni up status kat fb masuk hospital tapi bila org tanya sakit apa tak jawab?

Aku pun time tu selalu jugak update status keluar masuk hospital sebab anak aku sakit kronik. Tapi bila ada kawan2 yang bertanya tentang sakit anak aku tu, aku jawab je terus pertanyaan tu kat ruang komen.

Tak ada PM tepi. Tak ada biar pertanyaan orang dibiar sepi. Tak ada buat orang berteka-teki. Selang beberapa hari lepas tu, aku up status tentang hal pengalaman aku keluar masuk hospital.

Aku dah tak ingat apa yang aku post. Tapi post tu agaknya buat R ni sentap. Pada hal aku cakap hal situasi aku. Tak sebut nama dia pun.

Aku tau R ni sentap sebab dia marah aku openly & directly dalam group WhatsApp kawan2 sekolah kita orang tentang post aku kat fb tu. Dahhh kecoh kawan2 satu group tu. Berdedai2 mesej masuk tanya apa hal.

Tapi si R ni tak bagi tau openly pulak dalam group WhatsApp tentang hal apa yang aku ni dah buat dia marah. Dia cuma cakap aku ni dah aibkan dia kat fb. Selebihnya kalau nak tau lebih lanjut si R ni suruh kawan2 lain PM tepi.

Sejak dari tu aku rasakan kebanyakan kawan2 dalam group WhatsApp tu macam pandang slack kat aku. Aku tak taulah apa yang si R dah cerita kat dia org yang PM tepi tu. S

ejak hari tu juga sindir-menyindir aku openly kat group WhatsApp tu sentiasa ada. Aku pun kekadang ada balas juga sindiran dia org tu bila dah geram sangat.

Yelah seolah2 macam nak provoke aku. Makin aku diamkan, makin menjadi-jadi sesetengah kawan yang lain2 dalam group tu. Banyak sangat sudu, sampai tak cukup kuah bak kata Zizi Kirana dalam lagu Eh! tu. Ramai yang jadi nasi tambah. Bila aku respond dikatanya aku meroyan.

Tapi ada juga member yang neutral yang cuba hentikan gaduh mesej kita org dalam group WhatsApp tu. Tak cukup kat WhatsApp, dia orang up status sindiran kat FB pulak tujukan kat aku.

Siap ada tukang screenshot setiap komen atau post aku kat FB untuk dia orang share pada kawan2 PM tepi dia orang & pada R. Apa yang aku post kat fb nanti ada kawan yang jadi tukang sampai kat R & kawan2nya.

Entah kenapa dia org tak puas hati sangat dengan aku. Sejak dari tu aku rasakan macam aku dah dipulaukan oleh kawan2 yang lain dalam group WhatsApp tu.

Macam2 gelaran yang dia orang bagi kat aku. Antaranya Gunting (dlm lipatan) la, Luncai la, Perempuan meroyan la. Aku ni dikatakan riak, sombong&pilih bulu bila nak berkawan. Pada hal aku ok je tak memilih dalam berkawan.

Aku dikatakan punca group WhatsApp kawan2 sekolah dah tak semeriah macam dulu. Akulah dikatakan punca ahli group berpecah2. Ada yang beberapa orang kawan left group sebab menyampah aku ada dalam group tu kot (aku tak left group tu sbb aku rasa no point untuk aku left).

Aku tau sebab kawan yang sama left group tu juga unfriend aku kat FB. Pada hal isu asalnya tak ada kaitan pun dengan kawan tu.

Dia macam isu tu tak ada kaitan dengan kau tiber kau nak menyampah dengan aku. Aku dianggap sebagai penuh aura negatif,org jahat/ toxic people. Sedih! Aku rasa down sgt time tu dibuang oleh kawan2.

Setiap kali lepas solat mesti menangis. Hanya Allah tempat aku mengadu ketika tu. Yelah kalau aku meluah kat FB nanti adalah geng2 PM tepi tu menyinggah bagi komen menyindir, up post sindir tuju kat aku.

Kemudian, adalah sorang kawan dlm group WhatsApp tu yang boleh tahan aktif menyindir aku tu jual e*@s (aku dah unfriend&blocked dia lama dah. Tak taulah sekarang dah maju kot bisnes e*@s dia tu).

Dia pernah sindir kata pakai gelang berbatu tak ada harga, batu kutip tepi jalan tak ada class – hanya kerana ternampak gambar aku pakai gelang P@*d**a. Daripada beli gelang P@*d**a mahal2 baik beli gelang e*@s, ada harga katanya.

Aku tahulah e*@s tu mahal, ada harga. Gelang aku tu kalau jual balik tak laku, jatuh nilai. Harap brand je famous.

Tapi aku tak taulah apa salahnya aku di mata dia bila dia tak nampak aku pakai gelang e*@s berurat2 besar, dia rasa macam sakit hati. Salah ke bila aku tak pakai atau kurang pakai barang kemas e*@s?

Pada dia orang perempuan yang pakai P@*d**a tu b*d*h tak tau menilai harga barang kemas. Tak boleh ke dia respect pilihan atau usaha individu tu nak beli barang kemas yang dihajati atau diimpikan?

Kenapa mesti dia merendah2kan orang. Disebabkan cara dia promote jualan e*@s dia tu macam over & merendah2kan orang, makanya aku pun unfriend&blocked dia kat FB.

Hal aku blocked & unfriend kawan2 sekolah kat FB tu pun dia orang jadikan isu. (Aku unfriend dan blocked R dan beberapa kawan yang sebulu dengan dia. Walhal aku tak suka sebenarnya nak unfriend/ blocked kengkawan ni).

Itu pun setelah fikir panjang dan aku tak nak jadi d3pr3ssed disebabkan status/ post mereka yang suka provoke aku.

Start dari situ, ada kawan2 sekolah yang aku tak unfriend/ blocked kata aku ni memilih nak berkawan (kawan2 yang kena blocked tu mengadu la agaknya kat kawan yang tak kena blocked). Katanya aku ni nak berkawan dengan yang good2 je. Kata aku ni bajet macam bagus.

Ada sorang kawan dalam group WhatsApp tu kononnya nak nasihat aku, kata tak baik putuskan silaturrahim dengan kawan2. Pada hal dia pun join sekaki menyindir.

So, memang patut la kot dengan dia sekali aku blocked. Disebabkan kata2 dia orang ni la aku jadi macam takut nak accept friend request kat fb dari seorang kawan sekolah yang sekarang ni seorang d**t*r.

Hampir 3 tahun juga aku biarkan friend request dia tak berjawab. Cuma baru-baru ni je baru aku accept.

Walaupun aku dah unfriend&blocked beberapa orang kawan sekolah yang melampau tu kat FB, tapi aku masih friend dengan saki-baki kawan yang se’gang’ dengan kumpulan kawan2 yang melampau tu.

Cumanya aku dah tak respond sangatlah dengan post2 dia orang kat FB tu. Kalau dulu aku rajin juga bagi komen atau ‘like’ post dia org. Tapi sekarang tak lagi. Buat tak nampak je. Tak pun aku scroll laju.

Kalau dia orang bagi komen atau wish apa2 kat post aku pun, aku tak reply & tak ‘like’ pun komen dia orang. Aku bagi silent treatment.

Kalau dia orang faham aku terasa dengan sikap dia org tu, fahamlah. Sebabnya aku rasa aku belum boleh nak maafkan apa yang dia orang buat kat aku dulu. Parut luka tu masih ada berbekas. Aku tak kan mudah lupa.

Berkenaan group WhatsApp kawan2 sekolah tu aku tak taulah mcm mana sekarang. Aktif lagi ke tak. Kalau ikutkan aku sebenarnya tak pernah left group tu.

Tapi disebabkan beberapa tahun lepas handphone aku rosak, aku lama tak pakai handphone sampai no. telefon aku expired kena barred (aku still pakai no. Prepaid.. Haha).

Akhirnya secara autom4tik aku terkeluar daripada group WhatsApp tu. Sejak tu aku tak tau la apa jadi dengan group tu.

Walaupun no. aku tu dah kena barred tapi alhamdulillah aku still boleh dapatkan no. lama aku balik. Aku still guna no. lama sampai sekarang sebab sayang no. tu aku dah pakai dari zaman study kat U.

Parents aku yang hadiahkan starter pack no. prepaid tu. Namun, tak ada pun kawan2 dalam group tu add aku balik.

So, aku sedarlah yang aku ni sebenarnya tak diperlukan oleh mereka. Aku je yang tak tahu malu dulu tak reti2 nak left group WhatsApp tu sibuk nak berkawan dengan dia orang.

Alhamdulillah sejak dah bertahun tak join group WhatsApp tu, hidup aku lebih tenang dan aku tak rasa d3pr3ssed kena ‘hentam’ dengan dia orang macam waktu dulu.

Cumanya sejak tu aku macam ada trust issue dengan kawan2. Takut ada antara kawan2 tu yang jenis talam dua muka. Di depan baik, di belakang rupanya mengata kita. Aku rasa cukuplah dulu luahan hati aku buat masa ni. Nanti ada masa aku cerita lagi…

– CPM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *