Assalammualaikum…. Kisah aku ini panjang tapi aku akan cuba untuk menceritakan dengan ringkas dan padat.
Aku seorang wanita di usia pertengahan 30-an, sudah berkahwin selama sepuluh tahun dengan kekasih serta sahabat baik ku yang telah aku dari zaman persekolahan lagi.
Kami bukan orang yang baik-baik tapi kami cuba untuk menjadi yang terbaik buat agama dan masyarakat.
Masa lepas kami juga penuh dengan kisah gelap dan dosa tetapi Allah masih sayangkan kami dengan memberi jalan perkahwinan dan Alhamdulillah kami dikurniakan dengan orang anak yang amat baik dan bijak.
Setiap pasangan ada onak dan duri, begitulah juga dengan kami. Seawal perkahwinan lagi kami telah diuji, aku mempunyai masalah sering tertidur mungkin kerana kepenatan menguruskan rumahtangga di awal perkahwinan, tanpa diserdari telah mengakibatkan suamiku rasa diabaikan.
Suamiku mula mengadakan perhubungan dengan wanita lain. Aku mengetahuinya apabila aku membayar bil telefon yang diatas nama ku dengan jumlah yang tidak masuk akal.
Aku ingatkan syarikat telco yang membuat onar tapi setelah aku mendapatkan bil terperinci rupanya suamiku berhubungan dengan wanita lain dibelakangku.
Aku cuba mendapatkan penjelasan dari suami tetapi gagal. Aku menghubungi wanita itu dan wanita itu mengatakan bahawa suamiku amat mencintainya dan akan mengambilnya sebagai isteri.
Aku marah, bukan kerana dia mahu kahwin lagi tetapi aku marah dikhianati sebegitu seawal perkahwinan kami.
Pada suatu malam aku memarahi suamiku, aku mahukan kepastian, aku mahu berjumpa dengan wanita itu.
Rupanya suamiku telah memutuskan perhubungannya dengan wanita setalah hampir setahun mereka berhubungan dan itu kali pertama aku menampar seseorang yang telah mencabar institusi perkahwinanku.
Aku puas dapat bersemuka dengannya. Aku puas memiliki suamiku semula. Aku menang pada waktu itu.
Selepas beberapa tahun aku merasakan kami cukup bahagia, pergaduhan kecil-kecil yang kurasakan mudah untuk diselesaikan.
Tanpa aku sedari permasalah tidurku masih sama. Suamiku kembali dingin, dia kerap tidur bersendirian diruang tamu, bila aku terjaga dia tiada disisi aku memujuknya untuk masuk semula ke bilik.
Aku dapat rasakan suamiku tidak puas dengan layananku. Aku mencari alternatif, mencari ubatan-ubatan untuk membuatkan ku kembali bertenaga semoga dapat melayani suamiku.
Perhubungan kami baik-baik sahaja, walau pun kami tak mewah tapi Alhamdulillah kami merasakan segalanya cukup.
Aku dan suami, keduanya berkerja tetapi aku tetapi membuat perniagaan online untuk menambah pendapat keluarga. Bagiku tidak kaya pun tak apa janji kami ada dan cukup.
Cuma suamiku pada waktu ini terlibat dengan pertubuhan untuk bangkitkan anak muda islam. Selalu juga suamiku meninggalkan kami untuk kerja-kerja pertubuhannya terutamanya di malam hari serta hari minggu.
Pada awalnya aku cuba untuk menyokong apa yang dilakukan tetapi semakin hari, aku tidak nampak dimana arah pertubuhan ini yang sebenarnya.
Adakah pertubuhan yang ingin menegakkan ajaran Islam tetapi tidak kisahkan ahlinya mengambil minuman ketum, mengambil dadah, serta meninggalkan anak isteri pada setiap masa?
Bila aku bertanyakan hal ini. dia mengatakan bagaimana hendak menarik anak muda yang bermasalah kalau kita bukan berada di dunia mereka.
Aku tidak menafikan point itu tetapi haruskah kita pula yang terjerumus lebih dari orang yang hendak diselamatkan? Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan?
Betul, tapi sudah pastikah mereka dengan keselamatan anak isteri mereka itu, tersedia sudahkan makan minumnya. kalau kita tidak boleh jadi Nabi Ibrahim janganlah kita mengharapkan isteri menjadi Siti Hajar berlari-lari diantara Safa dan Marwah.
Mahu isteri mengadaikan tulang temulang seperti Siti Khadijah dalam perjuangan Islam tetapi mahukah kita menjadi Nabi Muhammad yang sentiasa sabar . Vice versa.
Selang beberapa tahun ayahku meninggal, tunggak kepada kepada keluargaku pergi selamanya.
Kami semua amat sedih, kerana kesedihan itu kakak ku telah menegur suamiku untuk lebih bertanggung jawab kepada keluarga. Kurangkan keluar malam, jaga anak dan isteri. Cuba untuk menyimpan wang.
Aku faham kakakku bukan hanya marahkan suamiku tetapi juga aku sendiri. Aku cuba ambil positif dari apa yang diperkatakan, rupanya aku silap…. Suamiku terasa tercabar apabila kakakku menegurnya begitu.
Selepas beberapa bulan aku mula rasakan suamiku kembali kepada sikap lamanya mencari dan melayani wanita lain.
Setiap kali perkara ini terjadi dan aku mengetahuinya, aku akan bertanyakan serta meleteri dia diamana silapnya aku? apa kurangnya aku?
tetapi tiada jawapan. Hinggalah pada suatu masa barulah aku dia memberitahu yang dia amat terasa dengan teguran kakakku dan aku tidak menyebelahi dia. Aku terpinga-pinga, kenapa itu pula menjadi sebab dia melayani perempuan lain?
Aku cuba memujuk dan meyakinkan dia bahawa kakakku berniat elok, bukan untuk merendah-rendahkan dia, jika dia tak rasa itu sebagai satu nasihat pun tak apa, abaikan sahaja, jangan terlalu difikirkan. Rupanya apa yang kukatakan itu juga tidak pernah pergi kehatinya.
Sejak itu pergaduhan kami bertambah buruk dari tahun ke tahun. Suamiku sering menyatakan aku tidak pernah medahulukan dia. Tetapi dalam hatiku tiada orang lain selain dia.
Seringkali dia menyakiti hatiku dengan melayani wanita lain sehingga aku dapat tahu dia juga berzina dengan wanita-wanita itu.
Aku menjadi amat marah. Aku melenting tetapi aku tetap menasihati janganlah berbuat begitu. Dia sering memberitahu dia tetapi menyayangiku cuma dia tidah menerima aku medahulukan orang lain, jujur aku tak faham.
Sedangkan aku sentiasa ada disini menunggu dia. berkali-kali aku merayu jangan sakiti aku lagi kerana aku takut tidak dapat menahan ini semua. Aku tidak tahu apa yang terjadi atau apa yang akan aku lakukan nanti. Dia berjanji akan cuba untuk berubah…
Tetapi aku silap…. dia tetap sama… salah aku juga tidak memberikan tempoh untuk dia berubah… tidak menetapkan syarat.. Sedangkan dia sentiasa memberitahuku apa yang akan terjadi, apa yang akan berlaku.
Aku yang menyangkakan dia akan menerima apa yang katakan, rupanya semua yang aku katakan berguna pada waktu itu sahaja. Aku yang tidak lagi dapat menahan. Aku pula cuba cara dia melayani lelaki lain, mencari punca mengapa suamiku bertindak begitu.
Tetapi dalam kedaifan ku, aku terhanyut…. aku terperangkap dalam jeratku sendiri.
Aku pula yang menodai institusi perkahwinanku, dalam pemikiranku biarlah suamiku rasa bagaimana aku rasakan selama ini. Jika benar dia cintakan ku, dia akan terimaku kembali, jika tidak… terputuslah kami disini.
Aku yang bodoh mengambil tindakan sebegitu, seharusnya aku hanya perlu beri kata putus pada dia. Tak perlu pun aku megaibkan diriku dengan dosa ini. Tetapi semuanya dah terlambat, aku telah pun keterlanjuran, aku amat menyesalinya. Suamiku?
Dia tetapi menerimaku….tetapi dengan semua huraian kesalahanku dari seawal kami berhubungan, berkahwin sehingga kini. Aku tahu dia cuba untuk menerimaku tapi aku tahu sukar untuk seorang lelaki untuk menerimanya.
Aku tidak menyalahkan dia cuma aku kecewa, kecewa dengan sikapku sendiri… Seharusnya ini semua boleh berakhir dengan lebih baik biarpun hubungan ini terputus atau tidak.
Aku sentiasa akan mencintai dia, hanya aku dan Allah yang tahu perasaanku ketika ini betapa sakitnya apabila aku mengkhianati cintaku dan diriku sendiri. Doakan aku semoga tabah, sabar dan dikuatkan lagi iman untuk berubah kearah yang lebih baik…
Semoga suamiku juga sentiasa tabah, sabar mengharungi segala ujian yang mendatang terhadapnya…. Doakan kami… Terima Kasih.
– Shahima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit