Rasa Hati Yang Terpendam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera warga IIUM Confession.

Aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Sebenarnya luahan aku ni lebih kepada nak minta pendapat para pembaca tentang masalah aku ni.

Aku faham setiap manusia tak terlepas dari ujian dan tekanan hidup, cuma ada kalanya, kita perlukan seseorang juga untuk meluah dan minta pandangan.

Ceritanya bermula macam ni..

Aku bekerja dekat sebuah syarikat swasta. Jadi, atas aku ada 2 bos. Bos aku ni dua-dua perempuan.

Sepanjang aku kerja sini, semua baik-baik je, dari segi gaji, cuti dan lain-lain. Cuma dari segi kerja tu aku macam ada isu sikit.

Skop kerja aku tu dia banyak kena ingat, kena cepat, banyak terlibat dengan pengiraan.

Pendek kata, semua kena peka, dan kerja sepenuhnya dengan sistem.

Jadi, aku cuba untuk follow track tu dan aku boleh buat kerja tu, cuma takde la mahir macam staf lama.

Okay, apa yang aku nak luahkan sekarang adalah aku perasan yang bos atas aku ni dia macam suka cari salah aku, lepas tu macam malukan aku dekat depan staf lain. Bukan sekali, tapi banyak kali.

Boleh dikatakan setiap hari, aku tak terlepas dari kena marah dengan mereka.

Aku boleh terima. Cuma kadang-kadang aku rasa macam mereka ni dah normalisasikan kemarahan itu hanya pada aku seorang sahaja.

Aku selalu je kena perli dan sindir dengan kawan kerja lain juga kadang-kadang tapi aku buat pekak je.

Cuma, apa yang aku rasa sekarang ni macam aku ni teruk sangat. Macam bodoh sangat pada pandangan mereka.

Orang lain pun ada je buat salah, tapi takde pun nak marah macam diorang marah aku.

Lepastu, kadang-kadang tu bukannya salah aku, tapi aku yang disuruh untuk selesaikan perkara tu

Kadang-kadang, ada rasa kurang setuju dengan cara diorang ajar aku dulu, sebab kadang ajar tapi cara tu salah.

Bila aku apply apa yang diorang ajar, dia timbul isu besar. Dan masalah tu kembali pada aku.

Apa yang aku rasakan sekarang adalah rasa down. Down sebab perkara macam ni. Aku bukannya bodoh sangat.

Sepanjang aku kerja di tempat lain, jarang aku rasa bodoh macam ni. Aku bukan nya tak pandai, aku dulu pun seorang pelajar yang cemerlang masa zaman belajar dan sekolah. 

Kerja tempat lain aku okay saja. Entahla, aku ada rasa macam tak boleh serasi dengan kerja aku sekarang bila jadi macam ni.

Setiap hari, rasa berat nak pergi kerja. Dah tak rasa semangat macam mula-mula kerja dulu. Hari-hari aku paksa diri aku untuk suka dengan kerja aku tu.

Mereka tu okay saja. Tapi ikut mood, bila rasa nak tegur, tegurlah. Kalau tak.. bila nak marah, mereka marah je kat aku.

Mereka kadang mungkin nampak macam aku ni tak buat kerja sedangkan kerja semua aku dah buat.

Yang aku je, semua kena perhati. Kalau yang seorang lagi staf tu, takde siapa perhati dia. Kadang aku tengok kerja dia relaks saja. Takde sape peduli.

Entahla.. Aku buntu. Nak berhenti, sayang. Lagipun aku ada komitmen lain. Tapi kalau tak berhenti, apa patut aku buat? Adakah perlu untuk aku tukar department lain?

Aku minta pendapat semua pembaca.

Terima kasih.

– Dira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *