Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih kepada IIUM Confession, sekiranya cerita saya ini disiarkan.
Dalam confession saya ini, saya ingin kongsikan perasan yang saya alami sekarang dimana rasa ingin berkahwin tu sangat kuat dalam diri saya.
Perasaan ni sangat pelik bagi saya kerana ini merupakan kali pertama saya merasakan sebegini. Saya ini bukanlah seorang yang excited untuk berkahwin. Saya biasa2 saya.
Waktu zaman belajar pon saya bukanlah jenis yang sibuk2 fikir pasal lelaki dan kahwin. Adalah juga crush tapi tak beria macam rakan2 yang lain. Saya juga tak pernah bercinta sepanjang 25 tahun saya hidup.
Tapi sekarang rasa nak kawin tu kuat sangat. Sampai kan saya sendiri tak tahu nak buat apa dengan perasaan ini. Saya rasa nak menyayangi dan disayangi. Rasa nak hidup berkeluarga. Rasa nak ada anak. Dah dua tahun saya alami benda ini.
Perkara pertama yang saya terfikir adalah untuk perbaiki diri mana yang patut. Saya cuba untuk buang habit2 buruk. Saya juga belajar untuk kawal emosi.
Dalam masa yang sama saya belajar juga tentang ilmu persediaan sebelum kahwin dan ilmu selepas kahwin. Ilmu2 ni saya dapat samada dari buku, ebook atau perkongsian di medsos.
Antara perkara yang selalu saya risau tentang kahwin adalah untuk uruskan anak. Saya memang tak banyak pengalaman dengan budak2 malah cium bayi pon pernah sekali je.
Itupon sepupu saya. Jadi sampaikan ilmu parenting pon saya ambil dengan follow beberapa ig berkenaan parenting. Apa2 share berkenaan parenting saya akan baca sampai habis.
Dan disebabkan itulah, makin tinggi perasaan saya untuk berkahwin. Pernah sampai saya berangan saya mengandung sampai usap2 perut.
Indah je rasa kalau ada nyawa lain dalam rahim kita. Pernah juga fikir nanti nak didik anak saya nak terapkan nilai2 sekian2.
Kadang tengah masak pon berangan macam tengah masak untuk family kecil. Teringin sangat nak jadi ibu walaupon hakikatnya saya bukan suka budak2 sangat. Sebab saya memang tak pandai dengan budak2.
Normal ke ek macam ni. Ke sebab saya sunyi. Entahlah. Saya cuba hilang kan perasaan ini dengan stop tengok medsos rakan2 yang sudah berkeluarga. Yelah mungkin benda tu memberi kesan juga pada saya. Tapi sama saja.
Mungkin dalam saya siapkan diri tu yang menambahkan lagi rencah keinginan tu. Tapi takkan lah saya perlu stop dari itu pula.
Bulan 6 tahun lepas, dalam tengah saya persiapkan diri saya, tiba2 ada kawan saya nyatakan niat nak kenal saya secara serius. Saya pon terus setuju sebab dia yang saya kenal memang ada ciri2 yang saya cari.
Cumanya dia ni agak pemalu jadi saya yang banyak tanya soalan2 supaya perkenalan kami ni tak stuck. Dia ni memang nampak serius. Siap datang raya bawa ibu dia berjumpa dengan parents saya. Masing2 dah kenal lama.
Tapi, sebenarnya dia ni tak ready pon nak kahwin dalam masa terdekat. Dia kata dekat saya mungkin dalam 2 tahun lagi (2024). Dia perlukan masa untuk kembangkan karier dia dan juga masa untuk kumpul duit kahwin.
Saya paham je kalau itu perancangan hidup dia. Lepas tu, saya cuba kurangkan berhubung dengan dia. Sebab saya dah mula ada perasaan dekat dia.
Masa berkawan memang takde rasa apa2 langsung. Tapi bila dah main dengan perasaan saya jadi lebih behati-hati.
Banyak perkara yang saya suka dekat dia. I can see my future in his eyes gituh. Yang tak suka tu ada juga, tapi saya boleh tolerate lagilah.
Saya selalu fikir kalau saya tolak dia takkan ada yang lain macam dia. Begitulah kiranya perasaan saya pada dia sekarang.
Sekarang ni memang kami dah jarang berhubung. Kalau dulu seminggu sekali mesti bertanya khabar, sekarang ni mungkin 2/3 bulan sekali.
Saya pon matikan niat saya untuk bertaaruf dengan dia memandangkan 2 tahun tu adalah masa yang bagi saya agak lama.
Mungkin risiko kalau teruskan taaruf sekarang. Dia pon sangat sibuk. Memandangkan proses taaruf memerlukan komitmen jadi saya taknak serabutkan dia. Saya matikan niat saya begitu saja.
Owh ya, selama kami berkawan setahun tu, kami belum lagi taaruf yang betul2. Ala, taaruf yang macam ustaz ustazah cadangkan tu. Soalan2 premarital questions pon belum tanya lagi.
Adalah sikit2 saya selit waktu berborak dulu. Tapi masih banyak lagi yang belum sentuh. Selama ni memang kami berborak hal2 kehidupan je. Tanya khabar dan progress kehidupan.
Saya syak memang dia ni tak tahu dengan proses taaruf ni. Sebab dia tak pernah tanya saya soalan2 yang sepatutnya ditanya. Sedangkan dia kata ingin mengenali saya.
Jadi saya share dekat dia pasal premarital questions. Dia kata dia malu nak tanya saya lebih2 dan dia takut saya tersinggung.
Dekat conversation inilah saya tahu yang dia sebenarnya tak ready lagi. Jadi saya katalah kalau dah ready, boleh lah kita mula perkenalan yang sebegini.
Dia pon ada kata kadang tu ada masa dia tak sempat nak balas mesej. Saya katalah taaruf ni tak perlu pon contact setiap hari, cukup seminggu sekali.
So actually kitaorang ada idea yang berbeza tentang taaruf. Dan sejak itulah kami jadi dah kurang contact. Tapi hubungan kami masih baik. Walaupon dah jarang contact dia masih layan saya dengan baik dan ada juga bertanya khabar.
Saya minta nasihat kakak saya, dia suruh saya move on sebab nampak L tu macam dah tak beria. Tapi saya kenal L tu macam mana. Dia memang pemalu, introvet dan nerd juga.
Dan saya rasa untuk hubungan kitaorang ni memang saya yang perlu initiate lebih. Nak cakap tak kisah, saya kisahlah juga. Sebab saya pon malu juga. Tapi saya kena bersyukur juga sebab first move dari dia pon saya rasa amat besar untuk dia lakukan.
Kini saya stuck dengan keputusan saya untuk tidak meneruskan taaruf dan kurangkan contact dengan dia. Diri saya macam rebel. Saya rasa kosong.
Tanpa saya sedar saya dah terattach dengan dia. Yela dah setahun lebih kami jadi akrab. Sepanjang tu saya takde perasaan lagi dekat dia.
Tapi lama2 tu ada. Tak ada hari yang saya tak teringat dekat dia. Tapi sekarang saya jadi takut untuk berhubung macam dulu. Takut lagi attach. Sedangkan lagi 2 tahun baru nak kawin.
Sekarang ni, saya tak tahu samada saya perlu approach dia kembali untuk taaruf atau tidak. Walaupon malu lah juga sebab dah jarang contact tiba2 nak ajak taaruf.
Kali ni saya nak taaruf yang betul. Kalau untung dia setuju kalau tak makin sendu lah saya. Saya kalau boleh taknak taaruf lama2. Kalau masing2 setuju, saya nak teruskan ke perkahwinan terus.
Tapi tengok cara dia, dia macam betul2 perlukan masa untuk stabilkan kewangan dia dan sedang fokus pada kerjaya dia.
Tapi bagi saya, saya okay saja kalau nak susah sama2 dulu. Walaupun saya masih belajar, saya ada income dan simpanan sendiri. So saya tak pasti dia setuju atau tak untuk taaruf kalini.
Saya tak terfikir nak cari lain lagi sebab tak nak dia kecewa. Setiap kali saya tanya memang nampak yang dia serius. Dia masih berminat nak kenal saya. Rasa sebersalah pula kalau tinggalkan dia macam tu saja.
Dia orangnya baik. Sama macam saya, tak pernah bercinta.
Ataupon saya perlu siapkan lagi diri saya dan tunggu dia. Yela sekarang ni pon masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Tapi macam mana saya nak hilangkan rasa nak kahwin saya ni. Paling tak pon kurangkan.
Rasa nak kahwin ni memang normal tapi normal ke rasanya kuat sampai macam ni? Every single day perasaan ni datang. Serabut juga kepala nak paham apa yang diri saya mahu.
Okaylah itu saja cerita saya. Maaf kerana agak membosankan. Tapi saya saja nak meluah supaya dapat kembali waras. Terimakasih kerana sudi baca. Dan kalau ada apa2 pendapat dan cadangan sudi2 lah komen.
Sekian,
– Keju (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya mengalami benda yang sama jugak, sedangkan selama ni saya ni bukan lah jenis yg terburu2 nak kahwin. Bila dah ada calon, over pulak perasaan ni. Hatta tak pernah terfikir pun nak kahwin, ni pun mak ayah yg carikan. Tiba-tiba over excited pulak. Haih pelik-pelik je. Sama je keadaan kita, saya sendiri taktahu saya nak apa.
Hari2 saya minta doa moga Allah jauhkan perasaan ini. Tak best pangsung perasaan ini. Jomlah kita saling mendoakan ye..
Sama la. Fitrah manusia. Tapi tu la. Calon lak tak de. Dalam hati membuak rasa nak dirikan keluarga sendiri.
saya baca posting ni pada 2024, dan saya terfikir, apa ya update kepada confession ini (sebab posting ni pada 2022, dan katanya lagi 2 tahun L tu nak kahwin). comel sungguh ya baca confession orang, saya suka watak author ini. matang dalam mengendalikan emosi dan perasaan. tak ikut hati dan kepala terburu terburu. insyaAllah semoga allah mudahkan apa yang dirasa susah.