Hujan lebat di luar sana. Katak pun turut sama bernyanyi. Malam pesta muda-mudi mereka agaknya.
Ketika aku di dalam bilik air dan sedang mengangkat gayung untuk menyiram tubuh badan, tiba-tiba terdengar ada orang memanggil namaku.
“Asma.”
Sekali sahaja tetapi jelas kedengaran di telinga. Aku pelik. Lama benar panggilan nama itu tidak aku dengari. Lebih daripada sedekad lamanya.
Hanya seorang hamba Allah sahaja yang memanggil aku dengan nama tersebut. Orang yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan aku. Jauh pergi meninggalkan aku.
Dunia kami berbeza. Aku di atas, dia di bawah walaupun makam dia lebih tinggi daripada aku.
World aparts.
“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Untuk kita kembali berhimpun di hadapan Tuhan, membawa roh dan bertemu dengan jasad impian serta untuk kita bersatu dalam syurga yang kita idam-idamkan.
Hanya ada satu cara untuk ke situ iaitu berbuat baik selalu. Itu sahaja kunci, itu sahaja pintunya.
Off being a good child. Ins sha Allah. I don’t want to waste my time anymore.
Beberapa hari lepas, lebih sedekad aku menyulam rindu dan memanjat doa yang tidak henti-henti untuk dia.
Walaupun sudah lama ‘menjauhkan diri’, aku masih tidak betah membahasakannya arwah di depan orang lain. Bagi aku, abah masih ada. Abah tak pernah m4ti dalam diri aku.
Abah sentiasa hidup di hati. Abah sentiasa malar segar dalam fikiran dan ingatan.
Hanya jasad yang telah pergi tetapi jiwanya masih tersemat kemas dalam sanubari dan darah ini.
My father is a hero. He is my hero.
Beribu bintang di langit kini menghilang,
Mer4b4 aku dalam kelam,
Rembulan mengambang kini makin suram,
Pudar ilhamku tanpa arah,
Sedetik wajahmu muncul dalam diam,
Ada kerdipan ada sinar,
Itukah bintang ataupun rembulan,
Terima kasih ku ucapkan.
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu (bayangamu),
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu,
Maafkanlah oh,
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu,
Kau senyumlah oh,
Sekadar memori kita di arena ini,
Kau ilhamku,
Kau ilhamku oh…
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu (bayangamu),
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu,
Maafkanlah oh (maafkanlah),
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu,
Kau senyumlah oh (kau senyumlah),
Sekadar memori kita di arena ini,
Kau ilham (izinkan ku mencuri),
Kau ilhamku oh (izinkan ku mencuri),
Kau ilhamku (izinkan ku mencuri),
Kau ilhamku (izinkan ku mencuri),
Kau ilhamku oh (izinkan ku mencuri),
Kau ilhamku oh (izinkan ku mencuri),
Kau ilhamku (izinkan ku mencuri)…
Sempena hari bapa beberapa hari lepas, Asma akan terus berdoa semoga abah dikurniakan syurga tertinggi dan kita berjumpa di sana nanti. In shaa Allah.
Selamat hari bapa kepada abah yang sudah memasuki jubli emas sejak memegang amanah daripada Tuhan puluhan tahun lepas.
Tanpa rasa cinta dan kasih sayang antara dirimu dan isteri, takkan lahir anak-anak yang menjadi penyambung legasi.
Terima kasih kerana menyayangi, mencintai, mengasihi dan mengingati sang isteri dan anak-anakmu setulus hati, rasa dan jiwa. Rasa itu dapat didengari dan dimengerti. ️
Tapi kan…
Siapa yang panggil aku Asma tadi? Jeng jeng jeng…
Oh, bunyi katak rupa-rupanya. Ceh, sebiji macam memanggil nama panggilan aku.
Mungkin terlebih rindu. Rindu yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Rindu dan diam.
Saat ku sendiri, ku lihat foto dan video,
Bersamamu yang telah lama ku simpan,
Hancur hati ini melihat semua gambar diri,
Yang tak bisa, ku ulang kembali…
Ku ingin saat ini, engkau ada di sini,
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi,
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah,
Bukannya diri ini tak terima kenyataan,
Hati ini hanya rindu…
Segala cara telah kucoba,
Agar aku bisa tanpa dirimu,
Ho-oh,
Namun semua, berbeda,
Sulitku menghapus kenangan bersamamu,
Ku ingin saat ini, engkau ada di disini,
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi,
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah,
Bukan diri ini tak terima kenyataan,
Hati ini hanya rindu,
Ho oh…
Hanya rindu,
Ho-oh…
Ku ingin saat ini, engkau ada di disini,
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi,
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah,
Bukannya diri ini tak terima kenyataan, ho-oh,
Bukannya diri ini tak terima kenyataan,
Hati ini hanya rindu,
Ho-oh..
Hati ini hanya rindu, hmm…
Ku rindu senyummu, abah…
Hati ini hanya rindu. Rindu yang tiada bertepi. Rindu yang tiada berpenghujung. Ya, rasa rindu itu datang daripada Tuhan.
– Rumi Ali Imran (Jacaranda) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit