Aku harap sangat kisah aku disiarkan. Aku perlukan kata-kata sokongan.
Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Moga kalian semua sentiasa dalam rahmat Allah. Nama aku Samina bukan nama sebenar. Tujuan aku menulis hanyalah untuk meluahkan rasa yang terbuku.
Aku sudah berkahwin berumur pertengahan 30an. Mempunyai seramai 5 orang anak. Alhamdulillah wa syukrillah. Mempunyai seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.
Sepanjang berkahwin, aku tak pernah ada masalah besar dengan suami, which is kami sangat memahami antara satu sama lain.
Cuma bermula PKP tahun lepas, masalah mula timbul bila kami terpaksa berjauhan (PJJ) kerana suami kerja di seberang negara.
Sebelum ni suami ulang-alik setiap hari.
Suami aku bukan jenis romantik, ucap kata sayang rindu tu jauh sekali.
Tapi, cara suami aku bantu aku kerja rumah, setiap kali cuti hujung minggu bawa aku dan anak-anak jalan-jalan.
Itulah yang membuatkan aku seorang isteri yang paling bahagia tanpa perlu ucapkan kata-kata cinta atau sejambak bunga untuk 10 tahun perkahwinan kami ini.
Cuma bila PJJ ni, aku betul-betul rasa hilang seorang suami.
Macam yang aku katakan tadi, suami aku bukan jenis romantik, dan bukan jenis call aku. Whatsapp hanya bila perlu. Video call seminggu atau 2 minggu sekali itupun aku kena tanya, taknak call ke. Kalau tunggu suami call sampai kesudah.
Suami aku ada perempuan lain ke? Setakat aku tahu, tak ada. Selain busy kerja, dia memang mengelak untuk call aku selalu atas sebab nak jaga nafsu bila tengok aku. Aku harap korang faham lah part ni.
Aku ada minta untuk suami berhenti kerja, tapi memandangkan suami aku tinggi komitmen jadi dia sukar untuk tinggalkan kerjanya sekarang.
Untuk pengetahuan, suami aku tak ada hutang kereta, personal loan atau hutang-hutang yang berbentuk kehendak tu.
Tapi beliau ada rumah yang lebih dari 1. Berapa kesemuanya tidaklah aku tulis di sini. Yang pasti, komitmennya besar.
Aku minta dia cuba jual rumah. Tapi suami minta aku bagi dia lagi 3 tahun untuk full settlement 1 rumah. Supaya apa-apa jadi sekurangnya kami ada 1 rumah yang dah habis hutang.
Seharusnya aku boleh jadi isteri yang gembira kan sebab suami aku bagi duit poket yang agak banyak macam aku dibayar gaji bekerja.
Barang dapur semua suami order online. Aku pakai duit aku cuma topup sikit-sikit je kalau anak nak jajan ke roti ke. Aku boleh beli apa sahaja yang aku suka. Aku nak makan apa pun aku just Whatsapp bagitahu suami nanti sampailah makanan tu kejap lagi.
Walaupun begitu, aku ni jenis menyimpan duit. Aku jarang enjoy dengan duit yang suami aku bagi. Banyak yang aku simpan atau sedekahkan pada yang perlu.
Cuma hidup aku sekarang makin tertekan sebab terlalu rindukan suami aku.
Aku betul-betul rasa macam hilang suami sebab suami aku jarang call. Kalau video call pun ada time dia letak je phone kat sebelah, sambil main game atau tengok movie. Part ni yang membuatkan aku makin rasa jauh. Betul-betul jauh hati.
Aku ni jenis suka menempel. Sejenis overly attach omputih kata. Kalau suami pergi buang sampah pun aku pesan jangan keluar lama-lama nanti aku rindu.
Aku pantang nampak suami duduk sorang aku akan menempel sebelah. Aku dan suami macam kawan baik. Ada masa dia grip aku, bila dapat lepaskan diri aku lari dari jauh aku terajang dia macam tu je.
Senang cerita aku dan suami macam belangkas. Kemana saje jarang sorang-sorang melainkan dia kerja sahaja. Kalau suami cuti, lepas subuh anak – anak masih tidur kami akan keluar naik motor dan dating berdua sambil cari sarapan.
Sekarang ni betul-betul aku rasa aku dah hilang suami aku.
Disebabkan dah hampir 2 tahun dah begini, aku berdoa pada Allah supaya ambil lah rasa rindu dan sayang aku pada suami. Aku minta sungguh-sungguh pada Allah. Hati aku betul-betul dah tak kuat nak menunggu suami aku yang dulu.
Ada time suami aku call selalu. Waktu tu aku memang bahagia walaupun dia jauh tapi aku rasa dia ada. Tapi bila datang semula sikap asalnya yang memang bukan romantik tu, memang menangis aku tunggu dia call.
Kadang-kadang aku suruh anak aku call, dapatlah aku cakap dengan suami.
Aku tahu aku ni isteri yang tak bersyukur. Suami aku bukan pergi tinggalkan aku sebab ada perempuan lain. Tapi dia pergi kerja.
Sudah beberapa minggu ni aku hanya banyak baring dan menangis sahaja. Aku cuba hiburkan hati aku dengan menyanyi. Sambil menyanyi pun aku menangis.
Aku rasa urat leher aku betul-betul tegang. Aku gesek gigi non stop sampai aku rasa stress aku tak boleh stop gesek gigi.
Aku masak, lepastu aku biarkan anak-anak aku setel sendiri nak makan ke apa.
Sekarang ni aku rasa hidup aku macam dah tak terurus. Aku yang sebelum ni sangat jaga waktu solat, sekarang ni zohor pukul 3. Subuh aku dah pukul 9 setiap hari. Asar pukul 6. Kalau dulu, azan je aku dah siap berwudhuk.
Waktu siang aku banyak aku habiskan masa dengan tidur atau baring. Aku bangun bila nak masak, mandi atau solat je. Aku akan kemas rumah sebelum masuk bilik untuk tidur. Itupun malam aku sangat susah untuk tidur.
Jadi waktu siang tu memang huru hara lah rumah dengan anak-anak aku yang aktif tu.
Disebabkan perubahan ini lah, menyebabkan aku berdoa pada Allah supaya ambillah segala rasa rindu dan sayang aku pada suami.
Kosongkan hati aku pada suami. Aku dah tak mampu nak tahan rasa rindu ni lagi.
Dan sekarang ni aku rasa Allah macam dengar doa aku. Aku betul-betul dah tak menunggu call dari suami aku. Bila teringat suami, aku dah mula rasa kosong tak ada perasaan. Cuma perasaan yang ada sekarang ni, cuma rasa berdosa sebab minta doa begini.
Aku tahu ujian aku tak sebesar orang lain yang diuji suami curang atau kematian suami.
Tapi ujian ini pun dah cukup untuk buat aku lemah.
Aku memang belum diuji suami aku mati. Tapi aku diuji, suami aku masih ada tapi aku kena bertahan untuk terus cintakan dia sedangkan hati aku makin sakit untuk terus menunggu.
Kadang-kadang aku rasa dendam dengan suami. Hasutan syaitan pun ya juga. Disebabkan dia minta untuk bagi dia 3 tahun lagi, aku minta dengan Allah supaya matikan aku sebelum suami aku balik. Supaya dia menyesal tak manfaatkan masa yang ada sebelum aku mati.
Entahlah aku tak tahu apa yang aku fikir. Otak aku macam biol dah ni.
Aku tahu akan ada yang nasihatkan supaya aku busykan diri buat bisnes online ke atau apa sahaja.
Haritu aku buat, tapi lagi banyak huru haranya sebab aku busy, anak-anak aku terabai aku tak sempat nak uruskan dan ajar diorang homework. Bila anak aku kerap sakit, aku stop terus.
Aku tahu ramai yang sama situasi macam aku PJJ disebabkan covid ni. Aku minta tolong, sekarang ni aku betul-betul rasa lemah.
Tolong bagi aku kata-kata semangat. Tolong jangan kecam aku sebab aku betul-betul rasa tak kuat sekarang ni.
– Samina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit