Rasa Macam Nak Mati

Assalamualaikum wbt. kepada semua pembaca IIUM confession. Ni kali kedua aku tulis confession ni, tapi yang kali pertama dulu dah lama dan tak diapprove oleh admin.. Kalini aku nak menulis jugak, tapi untuk tajuk yang lebih serius. Ok, kalau tengok tajuk tu pun macam dah seram kan.. Sebenarnya, tujuan aku menulis ni sebab aku nak bagitahu kewujudan satu penyakit ni yang tak ramai orang tahu.. Sebelum aku explain lebih pasal penyakit ni, aku mulakan dengan kisah benar diri aku sendiri dulu..

Aku merupakan graduan universiti, baru sahaja menamatkan pengajian aku pada bulan Disember tahun 2018. Masa mula-mula habis belajar tu, itulah waktu yang semua pelajar tunggu-tunggu, perasaan bila dah graduate tu kan.. Gembira yang amat  Masa tu tak fikir lagi la kan pasal cabaran nak mencari kerja tu, yg tu tolak tepi dulu.  Back to the story, aku balik rumah dan memulakan cuti aku dengan hati yang senang. Masa tu adik aku pun cuti semester dan balik rumah jugak.. So kitorang bercuti la dekat rumah. Suatu hari tu, mak aku ajak makan Seoul Garden sebab dia rasa teringin nak cuba.

Dipendekkan cerita, aku ni memang boleh kata penggemar kopi la. Tapi tak selalu minum, aku minum bila perlu je, paling banyak minum masa study dulu sebab banyak kena stay up, especially waktu2 final year ni.. Faham2 je la projek dia banyak camne  Jadi, masa makan kat Seoul Garden tu, aku minum banyakkk air kopi yang ada susu tu.. Nikmat giler minum, sampai tiga gelas aku pekena, huhuhu. Okay lagi, then masa otw nak balik rumah tu, aq dah rasa pening2.. Mak aku banyak nak sembang dengan aku, tapi aku iyekan je la, sebab tengah pening kepala, tapi aku tak bagitahu kat orang lain, huhu.

Malam tu, aku tidur dengan adik aku. Boleh pulak dia main pubg, orang nak tidur tak boleh.. Haha, dh la dengan pening kepala ni. Ni mlm bermulanya perasaan aku yang tak tentu arah ni. Malam tu memang pening sangat, dr tengah hari lepas aku makan kat Seoul Garden tu, smpai ke malam tak hilang2 rasa pening tu. Aku dah mula tak keruan.. Aku tak tahu ntah kenapa, dalam hati aku terlintas, “Eh, kenapa dengan aku ni. Dah nak mati ke?” Then, malam tu, aku dah rasa tak sedap hati. Tangan aku laju menaip, tanda2 ajal.  Bila aku baca tu, ya Allah.. Dengan serta merta aku terasa tanda2 tu macam ada dekat aku. Ad tanda, 100 hari sebelum, 40 hari sebelum, seminggu sebelum, tiga hari sebelum dan sehari sebelum. Masa tu aku dah rasa tanda yang ke 100 hari sebelum, which seluruh tubuh aku menggigil, bergetar-getar seolah bergerak sendiri.. Allahu, hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu..

Malam tu aku banyak sangat fikir, adik aku buat kerja dia je la, main pubg. Aku pun cuba hilangkan perasaan takut tu dan tidur je. Tapi aku tak boleh tidur, tiba2 dada aku mula menyejuk, sejuk mcm bubuh minyak angin.. Aku, terus menolak selimut pegang tangan adik aku. Aku cakap, “Mira (bukan nama sebenar), aku takut Mira..” Adik aku tanya, “Kenapa, hang takut apa?” dengan muka risaunya. Aku jadi tak keruan, mulut aku membeku. Aku tak boleh nak cakap, sebab aku takut.. Aku takut benda tu jadi betul, aku takut sangat nak cakap  Lpastu tanpa bercakap apa2 aku cakap kat adik aku suruh buka history google phone aku dan tengok. Then rasa tu semakin membuak-buak, dada aku semakin sejuk dengan badan aku bergetar-getar. Then, aku lari pergi kat mak aku, aku cakap. “Mak, kak rasa macam kak nak mati dah mak. ” Kemudian, mak aku comfort aku dan bubuh minyak angin kat aku. Malam tu aku tidur dengan mak aku, sambil mak aku peluk aku..

Then, keesokan harinya tanda tersebut dah xde.. Aku dah ok balik. Aku discover yang aku jadi pening2 tu sebab minum kopi.. So, lepas2 ni aku dah tak boleh minum kopi dh.. Adik aku balik rumah dalam dua minggu, dia balik universiti. Tinggal aku dengan mak aku. Suatu petang, masa tu aku baru lepas makan laksa penang, smbil2 depan laptop aku tengah buat list to do. Tiba2 mata aku jadi berpinar-pinar, tengok screen laptop aku tak nampak. Tiba2 dada aku jadi sejuk macam haritu, tapi kalini lain. Sejuk dia dari dada merebak sampai ke perut dn pusat. Tiba2 tangan dan kaki aku pun jadi sejuk giler dengan pucat.

Aku punya jantung jadi berdebar-debar gilerrr, rasa nak tercabut jantung. Aku bangun, aku panggil2 mak aku. Aku cakap benda yang sama macam aku cakap masa peristiwa first tu berlaku.  Masa tu aku rasa macam nak pengsan. Aku meluru pergi kat mak aku, aku peluk mak aku. Kaki aku jadi lembik masa tu, dah macam nak menggelap masa tu. Serius aku fikir aku betul2 dah nak kena cabut nyawa masa tu. Mak aku gosok2 aku, tenangkan aku.. Tgn aku menggeletar segeletarnya.  Lepastu mak aku call ayah aku suruh balik.

Lepastu, aku ceritakan dekat ayah aku apa yang jadi. Then ayah aku bagitahu, angin medu la tu. Masa mula2 tu aku macam takleh terima kenyataan, sebab serius rasa macam dah nak kena cabut nyawa.. Plus dengan tanda2 yang ada pada aku, aku ungkit semua kat ayah aku. Sampai aku pernah terfikir, “Parents aku menidakkan aku, dorang tak tahu.. Dorang cakap takde apa.. Tengok nanti, jangan terkejut kalau apa yang aku cakap ni betul..” Which, jgn terkejut kalau aku tiba2 erm.. Faham2 la.

Malam tu mmg tak boleh tido langsung. Rasa seram sejuk berubah-ubah tempat, rasa menggigil, rasa berdenyut-denyut belakang kepala, jantung berdebar-debar yang amat sampai sakit dada belah kiri dan belakang, jadi sesak nafas, nyawa tak lepas, kaki sejuk giler plus bergetar-getar, rasa tak boleh telan air liur, rasa sakit tekak, sejuk dada mula naik sampai ke tekak aku dah terfikir malam ni nyawa nak mula naik ke atas kerongkong aku ke. Masa aku takut yg amat tu, mak aku suruh aku solat sunat taubat. Lagi membuak perasaan aku

Mulai dari hari ni la, aku banyakkan diri aku baca pasal penyakit ni.. Aku nak tahu lebih pasal penyakit ni. Mungkin ad orang pernah dengar angin medu ni, tapi kebanyakannya tak tahu.. Bahasa scientific penyakit ni adalah GERD (Gastroesophageal Reflux Disease). Drpd penyakit ni la, boleh lead to anxiety. Perasaan takut tak terkawal yang berterusan, rasa seperti nak mati, jadi pening kepala, rasa nak pengsan, hilang selera makan dan banyak lagi simptom lain. (Nak tahu lebih boleh google). Penyakit ni sebenarnya lebih kurang macam gastric, ada orang cakap gerd dengan gastric tu penyakit yang sama. Tapi secara faktanya, tak sama. Gerd ni acid dlm perut mula naik ke atas saluran aesophagus (saluran yg menyambungkan dari mulut kita sampai ke perut) bawa kepada pedih ulu hati. Bak kata ayah aku, asid naik sampai ke jantung, itu yang jantung jadi berdebar-debar.

Punca sebenar gerd ni ada banyak, mainly sebab gaya hidup yang kurang sihat.. Contohnya, merokok, suka minum minuman bergas, suka minum kopi, obesity, suka skip makan, suka makan tak ikut masa, daripada jangkitan bacteria H. Pylori (dari makanan yang tak bersih atau dari najis, kalau tak basuh tangan betul2) dan lain-lain lagi la.. Aku include dalam golongan suka makan tak ikut masa, suka skip makan dengan suka minum kopi.. Haaa, kalau dah kena memang kena banyak pantang la.  Aku memang pesan kat korang readers, please jaga makan  Jangan jadi macam aku dan kawan2 yang lain yang dah terkena gerd ni. Kalau dah kena dia akan package kena sekali dengan anxiety. Kalau kita cerita kat orang, orang memang takkan faham dan tak boleh faham. Perasaan tu hanya orang yang menghidapi dan Allah je yang tahu.. Merana.. Sehari-hari asyik duk terfikir dan rasa nak mati je.. Memang macam tu. Especially kalau time nak solat, bila nak mula je solat, otak kita akan terfikir proses macam mana kita nak mati.. Macam mana rasa, dia jadi macam2 la terfikir.

Selain daripada tu, org yang kena gerd ni dia akan banyak gila sendawa dan kembung perut je hari2. Selain daripada tu, konfem banyak kali giler kentut dalam sehari tu  Sebenarnya penyakit ni tak berbahaya sangat, boleh cure dengan perubahan gaya pemakanan kita, jaga masa makan. Tapi, jangan main2.. Sebab kalau kita buat tak endah je, next phase dia adalah.. Ulser perut, pendarahan dalam perut sebab hakisan dinding perut oleh asid (najis akan jadi warna hitam) , boleh lead to cancer perut atau yang seangkatan dengannya. Jadi, sangat2 penting untuk korang jaga makan

Update tentang diri aku sekarang, alhamdulillah dah beransur pulih.. Sekarang dah masuk 2 bulan aku kena gerd ni, dulu aku gastric biasa2 je. Dah 4 tahun aku gastric, puncanya masa aku foundation dulu selalu skip makan sebab nak jimat duit  Masa tu duit tajaan lambat masuk.. Aku fikir tak nak menyusahkan mak ayah aku.. Tapiiii, itu adalah tindakan yang sangat tak bijak.. Jangan sayang duit untuk makanan.. Tapi jangan sampai beli makanan yang tak perlu pulak, point dia kat sini… JAGA MAKAN. Prevention is better than curing.

Last aku nak share camne aku ikhtiar nak sembuhkan sakit aku ni.  Mula2 aku dah pergi hospital dan macam biasa doktor bagi ubat gastric.. Last2 aku ikhtiar pergi berubat kat Darussyifa, ustaz bagi tips minum air rebusan 6 kuntum bunga betik jantan, rebus dari 4 gelas air sampai tinggal agak-agaik jadi 2 cawan, minum pagi dan petang selama 3 hari berturut-turut, rehat 2 hari sambung pulak minum sampai la sembuh.. Selain dari tu, setiap pagi minum air suam dengan madu, kacau arah lawan jam dan selawat, baca Alam Nashrah, dan niatkan dalam hati sebagai ubat.. Dengan izin Allah  InsyaAllah.. Allah akan sembuhkan. Selain daripada tu, aku selalu minum nestum dengan yogurt untuk melawaskan perut aku dan ada lagi yang kawan2 lain share yang dah pernah cuba, boleh cuba air rendaman kurma, arabic gum, habbatus sauda, minyak zaitun dan cuka epal.. Haa, itu salah satu ikhtiar la.

Tp yang paling penting sekarang ni adalah, jaga masa makan, kena makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap dan jaga makanan pantang untuk orang gastric, seperti makanan yang masam (jeruk, nanas, etc.), minuman berkafein (kopi, coklat), minuman bergas (jangan sama sekali), makanan berminyak, makanan berasid (mee, bihun, kuey teow, pasta, maggi), makanan susah nak hadam (kek, coklat, cheese) dan makanan berangin (rebung, nangka, kacang panjang, etc.). Haaa banyak kan makanan orang gastric kena pantang.. Sebab tu, prevention is better than curing.. Yep.

Harap2 tulisan saya ni bermanfaat untuk semua orang dan memberi kesedaran untuk jaga kesihatan diri korang semua. Kalau dah sakit, susah la.. Nak buat kerja banyak tertangguh, haa gitu. Tapi, secara positifnya kalau kita diberi ujian (sakit) oleh Allah, mungkin sebab Allah nak dekatkan kita kembali dengan-Nya.. Allah nak kita berdoa minta pertolongan pada Allah, dan nak beri kesedaran kepada kita yang hidup kat dunia ni sebenarnya sekejap je.. Dunia tempat untuk kita siapkan bekal untuk Akhirat.. Wasalam.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Betul kak . Saya terkena sebijik macam akak. Umur 14.dia sebab caffein. Bapa saya pun pernah kena sebab rokok. Kalau nak saya sebab stress. Kalau makngah saya macam saya angin.. Paklang saya pula memang GERD. Sampai saya baca tanda tanda tu . Tapi bila saya fikir Allah boleh buat ape je. Kita taktau. Ya Allah hanya Allah je tahu rasa tu. Sampai saya menangis kat mak saya.. mula mula tak caye juga ni anxiety
    .lepas saya tanya kawan saya yang arif sikit. Dia kata tak sahih. Pasal tanda tu. Pastu saya ingat balik kalau saya busy tak de pape . Kalau duk diam bosan je menjadi anxiety.ape yang akak rase tu saya rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *