Hi semua, assalamualaikum. Aku pernah tulis kat laman IIUM Confession ni sekali, tapi malas lah nak godek² cari balik. Lagipun apa yang aku nak cerita hari ni tak ada kesinambungan pun dengan cerita yang aku pernah tulis dulu.
Perkenalkan diri – perempuan, akhir 20-an (atau patut letak awal 30-an dah sekarang haha), pekerja swasta. Kau orang mesti tertanya-tanya siapa orang tua yang aku letak dalam tajuk tu. Aku cerita latar belakang dululah ye.
Syarikat yang aku kerja sebelum ni adalah syarikat Melayu, milik seorang tua keparat (maaf kalau kasar) yang aku panggil Tok je lah senang.
Syarikat tu hidup dengan masuk tender-tender dari kerajaan dan fokus utama Tok ni adalah tender untuk satu Kementerian ni.
Pendek kata, kalau dapat tender besar bawah Kementerian ni, memang kau kenyang lah bertahun, siap boleh beranak pinak lah bisnes. Penting jaga hati end user je (end user pula memang jenis demand, yang ni aku tak nak elaborate).
Tok ni aku boleh gambarkan sebagai spesis ahli perniagaan yang sembang kencang gajah pun boleh terbang. Kegemaran dia adalah buat progress meeting, apa kejadah semua jenis meeting tiap² minggu tapi dok sembang pasal apa je tau?
Dia sembang kari pasal semuaaa jasa² dia kat staf. Dia sewakan rumah, tanggung anak staf belajar, bawa staf pi Umrah, apa lagi, habis semua dia cerita.
Motif dia cerita adalah untuk menunjukkan yang dia adalah manusia paling hebat dan tak ada sesiapa staf boleh persoalkan tindak tanduk dia.
Setiap kali keluar dari meeting, memang tak ada solution pada masalah dan tak ada pembetulan atau corrective actions langsung yang dibincangkan.
Dia nak beli tanah buat dewan? Boleh. Dia nak beli kereta besar? Boleh. Dia nak beli kereta sport 2 pintu? Boleh. Dia nak tipu end user? Pun boleh noks.
Kita sebagai staf takde hak ye nak question orang tua ni sebab yelah, jasa dia untuk staf banyak dah ditabur gitu.
Pendekkan lagi cerita, syarikat bermasalah, sebab apa? Yeah you guess it, orang tua ni sendiri kantoi dengan end user segala kepincangan yang dia buat bertahun-tahun.
Siapa kena hadap sapu tahi-tahi dia? Staff lah kan. Dia pula dok buat meeting tak habis², dan makin rancak meratib segala kebaikan dia selama ni. Dia tunjuk tanpa segan silu segala outstanding payment dia.
Cukai syarikat, cukai personal semua dia tunjuk dan jadi beban kepada semua staf nak kena fikir untuk dia jalan penyelesaian, hatta sampai ke driver. Gaji EPF staf habis semua pending.
Nampak je gah, tapi rupanya hutang mencecah ratusan ribu. Dia sampai cerita plan dia nak berhutang dengan orang sebab nak selesaikan hutang tertunggak dia tu.
Gali lubang, kambus lubang punya mentaliti. Kalau dia jaga expenses dari awal, tak memandai buat duit kerajaan macam harta keturunan dia, takkan nya jadi macam ni, ye tak?
Anak² semua senang dah sebab bapak dah buat syarikat untuk setiap seorang. Masuk office bukan buat apa, jadi mata² untuk Tok. Memang senang ye jadi anak orang kaya ni.
Selalu tengok dalam drama orang kaya duduk kat kerusi empuk, dok cakap pasal cinta je, aku imagine macam tu kot hidup anak² dia.
Belajar oversea sepenuhnya ditanggung Tok, tak lepas kat satu negara, sambung pula kat negara lain. Untung tak untung hahaha.
Berbalik pada Tok, ramai staff bengang sebab hutang gaji tak diselesaikan. Hidup terpaksa diteruskan, maka ramai lah staff termasuk yang setia terhadap dia dekat berpuluh tahun pun berhenti.
Pada Tok, semua staff ni pengkhianat, tak setia walaupun macam² dia dah bagi. Waktu genting, orang tak kisah apa dah. Fikir gaji sendiri masuk dah cukup.
Kalau benda paling basic hak pekerja pun Tok tak nak jaga, buat apa orang nak bertahan lagi kan?
Yang buat lagi bengang, waktu genting duit gaji tertahan-tahan, dia boleh expand harta, beli tanah dan hantar anak belajar oversea.
Semua duit guna duit kontrak kerajaan. Semua duit patut cover perbelanjaan syarikat, hutang vendor dan paling penting gaji pekerja. Mana tak bengang.
Aku dah lama keluar dari syarikat tu, syukur Allah buka rezeki kat tempat lain. Tapi hutang dia still ada tak terbayar. Hutang EPF dan gaji tak selesai.
Baru-baru ni, nampak Tok anak beranak pergi umrah. Boleh pulak eh kau pergi umrah! Maknanya adalah duit.
Kau tau, aku ni hati jahat sikit, bukan sikit lah, banyak. Aku sumpah seranah sebab fikir hutang dia. Bukan kat aku sorang je, berapa puluh ex-staf dia. Aku pelik, tak risau ke mati tengah jalan hutang tak selesai?
Bukan ke selesaikan hutang lagi penting? Hal ini bukan kecil lah, kalau tak Allah takkan cerita pasal ni sampai satu muka surat khas.
Haha saja je kongsi. Asyik cerita rumah tangga je kan, bagilah selingan cerita rencah hidup korporat. Kau orang tak perlu bagi cadangan tindakan, aku dah buat apa yang sepatutnya tapi tulah, lambat bebenor prosesnya.
Pengajarannya adalah, to all you business owner yang ada pekerja, never think that you own your workers. It’s a professional and transactional relationship. You pay me, I do my job and that’s it.
Ada lah special cases kita boleh anggap pekerja sebagai keluarga. Lunaskan hak pekerja, kalau nak bagi extra yang tak diperuntukkan dalam undang² pekerja, niatlah sebagai amal jariah dan jangan jadikan itu sebagai leverage untuk pegang dan ikat pekerja.
Aku tak tahulah korang, aku kalau dapat gaji, EPF dan SOCSO berbayar, insurans, kira benda basic untuk pekerja pun dah cukup sangat. Aku tak nak Bos aku buat baik sangat dengan aku habis semua benda dia nak tanggung hahaha.
Pastu tolonglah jangan hidup berhutang. Cuba cuba jangan mula. Kalau dah hutang tu, bayar. Tok ni dia punya suka berhutang sampai aku dengar cerita yang dia nak service kereta tu pun sibuk nak kautim dengan bengkel.
Apa ke buruknyalah perangai. Makin tua orang nak makin tenang, dia sibuk tambah hutang.
Tu je lah, panjang pula kisah aku. Tajuk tu aku terfikir sebab aku rasa macam melalui Viral je boleh menyelesaikan masalah dalam arus permodenan begini haha.
Tapi… aku cuba fikir panjang sikit. Internet never forgets gitu. Selagi boleh selesai sendiri, kita cuba. Ye tak?
– Penyapu Tahi Tok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit