Aku selalu jadi pembaca kat sini. Tapi hari ni rasa agak down la.
Aku ni sebenarnya jenis tak de kawan. Hidup kesunyian.
Aku jenis budak2 nerd kat sekolah. Kawan baik seketul dua ja..
Hidup tak de sosial aktiviti langsung. Plus aku jenis tak pandai bergaul jugak kot. Introvert.
Kawan aku yang seketul dua tu dah berumahtangga. So kami masing2 dah rengang.
Aku ja tak jumpa jodoh. Sebab character aku sama kot. Tapi family ada jugak nak match2 kan.. Tapi tak de orang nak.
Sebab aku tak de rupa paras. Lama2 aku pun tak kisah la pasal jodoh.
Aku kerja biasa2 ja.. Kat sini pun tak ramai staff.. Ada pun makcik2. Bukan baya2 aku. Sedangkan aku nak kawan baya2 aku.
Lepas balik kerja normal la kita tengok fb ig, seronok tengok setengah orang yang enjoy pergi sana sini.
Keluar makan dengan kawan2. Dengan family.
Family aku kecik ja.. Tapi kami memang tak de budaya makan2 kat luar.
Hidup kami duduk rumah ja la. Style macam dulu2.. Masak, lepas tu buat kerja rumah.
Aku pernah ja ajak. Tapi jawapan family aku malas la. Suruh aku pergi sendiri tak pun beli bungkus ja balik.
Aku sebenarnya bukan nak makan sangat, aku nak moment tu sebenarnya.
Aku tak pernah masuk restoren2 dalam mall tu. Sebab aku sendiri tak tahu tu apa benda. Nak makan macam mana. Lain la kalau ada kawan.
Hidup aku ni macam tak de kenangan nak dicipta. Aku dua beradik ja.
Tapi sekarang tingal kami bertiga ja. Aku, mak dan abah.
Mak abah dah tua, aku faham ja diaorang malas nak keluar2. Selesa duduk rumah.
Aku sebenarnya teringin sangat nak ada kawan2.
Kadang2 tengok reel ke tiktok ke yang member2 pos, ataupun video orang kita tak kenal pun, jujurnya hati aku terasa sayu.
Sebab aku terasa nak ada kawan macam tu. Keluar makan2. Ambik video happy2. Pergi jalan2 tengok wayang.
Caption orang sekarang, quality time with friends. Tapi aku tak pernah ada apa2 caption.
Aku tahu mesti ada orang akan cakap sorang2 lagi best. Ramai jgak macam aku la.
Tapi tu untuk orang tu, keinginan setiap manusia tak sama kan. Salah ke kalau aku teringin nak ada kawan?
Dulu2 aku rajin jugak join group hiking la, pergi fun run la, niat kot2 boleh dapat kawan.
Yang group hiking tu mostly memang kawan2 diaorg sendiri. Lepas tu ada campur laki perempuan.
End up, aku. Still sorang2 ja. Sebab masing2 memang datang dengan kawan.
Dia macam dalam satu kumpulan, tapi still sorang2. Orang bercakap dengan kawan2 diaorang ja.
Yang fun run pun sama ja. Semua orang dengan family kawan, aku stilll sorang2. Tak de dapat kawan.
Aku ambik gambar pun selfie sendiri ja la. Lepas tu balik.
Sosial media aku tak pernah ada gambar dengan sapa2. Kalau ada pun pergi kenduri sapa2.
Aku banyak ja add friends. Lepas tu kalau orang approve aku chat say hai ke thanks ke.
Ada yang reply ada yang tak.. Kalau ada yang reply pun lepas tu terus stop.
Mungkin sebab perempuan kot. Aku fikir kot2 orang fikir aku geng pelangi. Sebab tu kot diaorang tak chat.
Padahal aku macam nak berkawan2 ja. Ataupun ya la, orang mana nak kawan dengan orang macam aku kot.
Masing2 pasti ada standard tersendiri. Nak kawan yang ada rupa, kerja bagus.
Aku belajar sampai spm ja.. Kerja kampung. Orang2 sekarang kebanyakan belajar tinggi kerja bagus. Kerja pejabat.
So aku macam sedarkan diri macam tu ja la. Aku pun tak de chat sapa2 dah pun.
Hidup aku masih sama dengan rutin yang sama.
Mungkin orang nampak macam aku terdesak sangat kot.
Sebenarnya aku lagi cemburu dengan mak aku.. Sebab dia pun ada best friend. Selalu on call..
Tapi aku ja sunyi. Aku selalu rasa masa berjalan sangat perlahan untuk aku.
Satu hari tu kan, aku tak tahu la macam mana ada friend dengan sorang perempuan ni.
Dia kerja mas. Mula2 ingat scamer ke apa. Tapi dia rajin jugak like dan komen sharing aku pasal masakan di kala tak pernah ada sapa2 komen like.
Lepas tu rupanya memang tu fb dia. Maybe dia buat fb baru kot. Orangnya cantik la.. Pramugari kan.
Lepas tu dia rajin up status. Kawan2 dia memang ramai la. Ada sekali tu aku macam komen status dia.
Dia macam reply. Agak peramah. Tiba2 aku macam excited.
Mungkin hidup terlalu sunyi, aku macam kera dapat bunga pulak.
Dah bertahun jugak la macam ni.. Aku tak pernah la tanya apa2 sangat. Aku kan tak pandai bersembang jugak.
Dia akan reply apa kita tanya ja.. Tapi satu tahap tu dia akan stop. Tak reply apa2 dah.
Aku pun tak tahu nak tanya apa dah. So chat tu sampai tu saja la.
Kadang aku rasa, orang tak berminat pun.. Sebab kalau berminat orang pun akan tanya benda yang sama untuk cipta perbualan.
Tapi dia tak pernah tanya apa2. Macam tadi, aku tengok status dia, aku reply. Dia pun balas ja.
Aku tanya cuti ke apa.Dia cakap ye.. Lepas tu aku ajak dia datang kampung aku. Dia terus tak reply walaupun dia baca.
Lepas tu aku macam stress sendiri.. Aku rasa termalu sendiri. Kenapa aku nak beriya.
Sedangkan hal ni bukan first time berlaku. Aku sendiri macam memalukan diri aku sendiri ja.
Aku ni dah macam tak de harga diri dah. Dulu aku pernah baca kat mana tah, sunyi punca banyak benda berlaku.
Macam mana aku nak hilangkan sunyi ni. Tapi aku nekad dah, aku tak kan chat sapa2 lagi la.
Satu benda aku belajar, nak dapat kawan pun bukan senang.
Tapi aku memang cemburu dengan orang yang ramai kawan ni. Pasti hidup diaorang tak sunyi kan.
– Roti Kaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit