Salam semua, saya tulis kat sini sebab saya betul2 perlukan bantuan bukan kecaman. Sebab saya dah penat di kecam orang.
Saya rasa nak bunuh ja mak saya. Lepas tu tanam dia belakang rumah.. Bila orang tanya mana mak, saya akan cakap tak tau.
Atau cakap ja dia pergi mana2. Bagi ja alasan sebanyak mungkin selagi tak kena tangkap. Lagipun tak de pun orang nak cari mak saya.
So boleh la saya hidup aman sehari dua sebelum saya kena tangkap ke apa ke.
Saya tahu fikiran2 tu salah. Tu semua bisikan syaitan. Saya tak nak jadi pembunuh. Saya nak hidup normal macam orang lain.
Banyak kali saya jejak kaki kat klinik kesihatan nak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.
Tapi akhirnya saya balik macam tu ja. Sebab banyak perkara menggangu saya.
Nanti orang akan kata saya mental ke? Kerajaan akan tahu ke saya ni mental?
Nanti akan effect whole life saya ke? Macam mana kalau semua orang dapat tahu nanti. Mesti nama keluarga saya rosak. Mesti orang pandang hina kat saya.
Tapi saya stress saban hari dengan mak saya.. Bukan saya mintak lahir sebagai orang yang berkulit hitam berwajah hodoh.
Bukan saya mintak lahir kat dunia ni. Tapi setiap hari cacian yang sama.Sampai saya hilang rasa dah.
Saya takde kawan2 saya tak de sapa2. Takde orang yang faham saya. Bila saya luah masalah saya. Orang hanya gelakkan saya ja.
Sebab bagi orang, itu pun nak stress ke.. Orang tak faham apa yang saya rasa. Saya perlukan sikit kata2 semangat ja. Bukan kecaman. Itu pun saya tak layak nak dapat ke?
Tapi ya la. Siapa la yang sudi nak bagi perhatian pada saya. Saya bukan ada apa2 pun. Hanya masalah yang bertimbun.
Dulu saya ada kawan2, tapi sekarang saya sebatang kara.Semuanya gara2 mak saya.
Hidup saya kosong sekarang ni. Tak de sapa2, tak de tempat nak tuju. Nak buat apa sekarang pun saya tak tahu. Tapi saya betul2 harapkan bantuan.
Untuk apa saya hidup pun saya tak tahu. Nak mati sendiri saya tak berani.
Saya memang pengecut sebenarnya. Saya tak berani dan tak mampu nak buat apa2 pun. Saya takut dengan semua benda. I am looser.
Saya dah penat hidup macam orang baik. Saya benci bila orang puji saya baik.. Sedangkan hati saya meronta2 nak bunuh mak saya.
Saya benci dengar pujian tu bila hakikatnya, macam mana hubungan saya dan mak saya hanya kami dan tuhan ja tahu.
Saya nak jadi jahat ja lepas ni.. Saya dah tak nak solat tak nak mengaji sebab benda tu langsung tak bantu hidup saya.
Semua ceramah2 agama tu tak membantu langsung. Ibarat semua tu menipu ja.
Saya rasa nak minun arak, nak ambik dadah, saya rasa nak rosakkan diri saya.
Pun begitu saya tetap struggle untuk tidak melakukan dosa. Tapi sampai bila saya mampu bertahan? Saban hari saya rasa fikiran2 tu makin extreme.
Saya betul2 letih dengan kehidupan ni. Sekarang ni kan, ibarat pantang orang tegur apa2,saya rasa nak cincang2 ja orang tu. Tak kisah walau siapa orang tu pun.
Dalam dunia ni kan, satu orang yang kita percaya sangat2 adalah individu bergelar doktor. Sebab tu la orang pandang tinggi, pandang mulia kerja doktor ni.
Sebab kita mampu berterus terang segala benda. Baik benda tu aib kita ke, dosa kita, sakit kita ke. Semuanya kita akan cakap dengan doktor.
Kita benarkan doktor tu periksa kita semua benda sebab kita datang dengan satu harapan, iaitu doktor tu boleh selesaikan masalah kita.
Tapi kalau doktor tu sendiri pun pandang lekeh pada masalah kita. Anggap masalah kita ni nothing. Anggap kita ni drama. Bagi kata2 yang menyakitkan hati, tak salah pun kan kita bunuh ja doktor tu kan.
Sekarang ni kerap dah saya google macam2 benda pasal ni. Sampai dark web saya dah cari orang. Sebab saya rasa asal orang kecam saya, hantar ja pembunuh kalau saya tak mampu bunuh sendiri.
Tapi jauh disudut hati, saya betul2 berharap ada malaikat kiriman tuhan yang boleh bantu saya. Sebab saya betul2 nak hidup sebagai orang baik.
Saya tak nak anaya sapa2. Tolong la bantu saya. Saya nak hidup macam orang normal.
Tapi satu benda saya mintak,jangan komen meh add saya, meh kawan dengan saya. Jangan jadi hypocrite dan fake ye.
Sebab sebelum ni ramai komen meh kawan dengan saya la, add saya la. Saya add semua orang yang komen tu walaupun tu fake acc. Dan saya hantar message jugak. Tapi tak de pun yang respon.
Sebab apa? Sebab orang imagine yang tulis confession ni seorang yang cantik. Apabila tengok muka realnya tak seperti yang dibayang, orang akan ignore ja. Lupa terus janji2 orang dalam komen tu.
Walaupun orang mungkin tak tahu tu siapa. Tapi normal sikap manusia, bila orang tu bagi salam, kita pergi tengok profile dia dulu. Tengok gambar dia, rupa dia.
Tapi dalam komen bukan main suci lagi. Ibarat anda satu2nya manusia baik yang tingal kat dunia ni. Tapi hakikatnya manusia tetap memandang rupa.
Pernahkah satu kali anda berjujur dalam hidup anda?? Cuba la hidup dengan benar walaupun mungkin kita jahat.
Kan tu lebih baik dari hidup macam orang baik tapi hakikatnya pura2 ja semua tu. Sebab nak like nak komen nak nampak kita terpaling baik. Hakikatnya fake semata2.
Cuba kenang balik niat anda, kalau tak niat de niat nak membantu, lebih baik diam ja la.. Jangan hulurkan tangan kalau kata2 tu tak de keikhlasan.
Jangan bagi harapan palsu dekat orang. Kalau ada criteria tertentu yang anda letak untuk mebantu orang. Tu bukan ikhlas namanya. Buat la sesuatu kerana ikhlas.
Tapi saya pun tak kisah la. Bukan saya tak pernah tengok cermin. Mak saya pun hari2 hina saya, tak suka saya.Ni kan pulak orang2 macam anda.
Saya pun tak perlukan kawan2 dah. Saya cuma nak hidup normal walaupun tak de kawan2 atau sapa2.
Kurang2nya saya nak hidup secara sihat. Bukan hidup dengan fikiran tak normal macam ni. Sebab tu saya tulis sebagai iktifar terakhir. Sebab saya perlukan betul2 bantuan.
Cuma memang insan yang betul2 baik tolong orang kerana allah dah tak wujud ke? Memang sekarang zaman nak membantu pun kena tengok rupa dulu ke?
Penatnya saya berhadapan dengan manusia fake saban hari. Acah2 sayang acah2 care, tapi tetap menghina.
Tak penat ke hidup dalam lakonan setiap masa? Lebih baik dibenci orang kerana jadi jahat sebab tu real. Dari disukai orang kerana baik tapi rupanya tu fake.
– Sebelas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
1st step utk terima bantuan daripada org, kita sendiri kena open up ourself to accept help. Drpd confession, sy tengok adek lebih dahulukan prasangka buruk, instead of prasangka baik kat org2 yg dtg dlm hidup adek.
2nd. your insecurities lies on your face. Dek muka kita ni, daripada Allah tau. Kalau nak kutuk sangat muka adek, tu mcm mengutuk yg menciptakannya. Learn to accept yourself. Kita tak perlu pun utk semua org terima kita. Cukup kita bersyukur dgn nyawa dan jasad kita yg ada, sebab kita masih hidup sekarang ni, kerana kasih syg nya Allah. Masih ada kebaikan utk kita kat dunia ni, jgn putus asa.
Adek baiki hubungan adek dgn Allah, jaga solat, jgn tinggal, bila dh berjaya tak tinggalkan, baru adek istiqomah utk solat di awal waktu.
Tu jer adek fokus utk sekarang. Dah jgn fikir bnyak sangat. Kalau semua benda kita nak bagi perhatian, kita takda kuasa dekk. Manusia ni lemah.
Semoga Allah beri kesembuhan kat adek. Aamiinn. Take care okay.
Zaman sekarang orang bunuh perogol yang tak dilaporkan kalau masih menganggu lagi je takde orang bunuh mak. Siapa suruh kacau lagi ramai orang nak tolong balas dendam ni. Mengucap lah dik.
DASAR BODOH!
Bodoh sebab tak boleh fikir kau mampu type confession ni pun dah satu anugerah.
Setakat buruk, hodoh, takde kawan itu bukan masalah lah gila! Kau tak cacat kan? Kau mampu bergerak kan? Kau mampu makan minum macam org normal kan? Takde penyakit kronik kan? Apa lagi nak dalam hidup? Teruskan je hidup macam orang biasa. Belajar bersyukur. Simpan rasa insecurity kau tu dalam dalam. Semua benda tu tak penting la.
Jadi apa yang penting?
Penting untuk kau sayang mak kau. Dia je kan yang kau ada. Busuk, jahat, hodoh, bangsat pun dia syurga kau bawah telapak kaki dia lah bodoh. Kalau betul nak bunuh dia better kau bunuh diri kau je dulu. Aku faham kau marah aku sebab aku takde kat tempat kau. Tapi aku yakin dan pasti Allah tu maha adil. Dia bagi kau tak cacat dan normal tak accident kena langgar dengan lori balak pun dah bersyukur. Cukuplah membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
JUST LIVE YOUR LIFE!
You do you, others are not important.
nak komen panjang pun saya tak tahu apa kisah TT dengan mak TT. Apa yang dibuat , macam mana perangainya. Yang saya faham mak TT perlekehkan rupa paras TT. Kalau part dapat mak yang jenis suka kondem anak, saya faham sangat sebab saya salah sorang yang hadap dengan mak yang jenis begini. Dari kecik sampai besar mak suka memperlekehkan apa saja usaha atau perkara. Dari rupa sehinggalah perbuatan. Ada saja yang tak kena. Semua tu membuatkan saya jadi tiada keyakinan diri. Pernah bergaduh bertahun tak bercakap. Dalam tempoh tu terasa nk buat jahat ja sebab selalu kita didengarkan dengan kata2 syurga dibawah tapak kaki ibu. Rasa sia2 beribadat memikirkan takkan masuk syurga pun akhirnya. Namun selepas sekian lama, saya terfikir yang Allah Maha Adil. Tak mungkin ayat tu diterima pakai bulat2. Ikut jenis mak jugak. Apapun, saya makin okey lepas jauhkan diri dari mak. Masih pulang dan berjumpa tapi tak sekerap dulu. Jadi harap TT mampu keluar dari persekitaran toxic.
1. Serah diri kpd Allah SWT yg telah menjadikan kamu dan bersyukurlah awk masih bernyawa lagi stakat ni..
2. Banyakkan selawat kpd Rasulullah.., ini bule jadi asbab masalah kmu jd ringan dan rezeki bertambah.. (tapi kna sungguh2 & ikhlas kerana Allah..)
3. Hormat dan sayang kpd ibu kamu.. dia lah insan yg telah ‘bertarung nyawa’ semasa melahirkan kamu, menyusukan dan memberi makan sehingga kamu besar sampai skrg.. kalau dia ‘benci’ kamu, dari kecik2 dlu dia dah buang kamu dlm tong sampah, atau dlm sungai.. so, bersyukurlah dan hargai dia..
Ank2 skrg, kalu ikut kpala hotak depa, senang2 je doakn mak2 derang cepat mati atau klaw xde, mau dibunuhnya sja ibu yg melahirkan nya dlu, suka2 hati je.. nt satu hari kalaw kmu punya ank, dia pulak yg rancang nk ‘bunuh’ kamu, sama ada diberinya mkn racun, atau sembelih shj sampai mati.. inilah ank2 dunia akhir zaman, dah terpengaruh dgn citer2 di tv dan medsos.., ingat ini mcm game ML dlm videogame tu ke, tembak je sapa2 yg kmu xsuka..??? Bertaubatlah, dan berbuat baik kod ibubapa n semua org, kamu x rugi apa2, malah dpt balasan yg berganda di dunia & Akhirat nt.. nka harapkn pahala solat dll, mngkin x ckup.., itu pon klaw solat lah, klaw x, mmg hancus hangus la jwbnya.. so, utk semua, solat jgn tinggal, berselawat slalu & berbuat baik kpd ibubapa n org lain.. insha Allah hidup diberkati dunia akhirat n tenang2 slalu.. wallahu a’lam bissawab.. hanya kamu yg bisa jawab.. wslm
Diknon. Hodoh boleh cantik! Kau ada duit boleh makeover. Kau bunuh mak kau dapat dosa tapi hodoh dan bodoh kau tetap kekal.
Cari duit.kerja deknon. Zaman sekarang banyak duit semua jalan. Kau boleh bedah plastik lah kalau teruk sangat rupa kau tuh
Retis yang masa mula masuk industri kulit suram gelap sekarang dah cerah. Yang dulu hidung kemek sekarang dah ada batang hidung. Kau bukan keturunan darah campur jadi kenalah repair sendiri rupa paras.
Nombor satu kena bersih!
Nombor Dua kena kemas
Nombor tiga Wang
Nombor 4 pakai dan buat sesuatu untuk elok rupa paras.
Kau PERLUKAN sekarang kerja dan duit. Dah mampu boleh cari perunding imej bertauliah. Pakai warna apa yang sesuai untuk warna kulit dan bentuk tubuh. Semua tuh boleh buat deknon.
Kau jumpa doktor yang teruknya rupa kau bukan kau sakit pon
Kau nak bunuh mak kau buat apa???????
Kau pindah ja keluar. Asingkan diri.belajar hidup berdikari. Kerja rajin dan kumpul duit ubah imej. Selesai masalah.
Dah tahu mak kau toksik dan kau tak than dengar mulutnya, keluar.pindah cari kehidupan baru.
Tak perlu hadap fake people on the Internet acah acah hati mulia supporting strangers dalam fb, ig, TikTok, Threads bagai. Padahal kalo jumpa mesti menyesal strangers tuh tengok rupa kau yg gelap suram dan penuh negative vibes.
Orang India kulit gelap pon ramai cantik bergaya. Warna kulit bukan masalah.
Hati kau tuh masalah jiwa pasal asyik kena dengar toksik pasal kau
Keluar rumah. Cari kerja. Mula hidup baru.
Walau kau hodoh acik yakin kau sendiri pon tak suka orang hodoh bukan? Manusia suka yang indah saja.
Maka indahkan hati ku, fikirkan mu dan kemudian imej mu.
Daripada kau bodoh penat susah PAYAH nak kena bunuh mak sendiri kena buang masa tanam mayat. Baik kau kerja susah PAYAH tapi banyak duit. Duit tu kau guna betulkan hidup dan cantikkan diri.
Kan mudah!
budak ni ank angkat ke ? , kalau ank kandung mesti paras wajah smua tu ikut gen mak nya tk kn ikut gen adudu , alah try la mjwb lain kali ” buruk2 ikut gen mak la ” haha