Saya mak, anak dua. Umur 36 tahun. Anak umur 6 & 11 tahun. Dua-duanya lelaki.
Saya sedar tentang ilmu-ilmu parenting yang mengajar supaya tidak membezakan kasih sayang pada anak. Tapi saya nak minta pendapat. Macam mana nak ikhlaskan hati dan menyayangi seikhlasnya?
Masa anak sulung saya kecil, dialah satu-satunya yang saya peluk cium. Cuma anak sulung saya ni, dia bukan jenis touchy person, dia tak suka berborak banyak topik, tak fokus, nak berpeluk-peluk pun tak sangatlah. Even dulu masa kecil.
Kadang-kadang kita baru nak mula berborak, peluk dia… dia dah nak blah. Perangai ni sampai sekarang.
Saya pernah banyak kali ajak dia “dating”. Kami makan, lepak sama-sama. Tapi contohnya, lepas makan ais krim, dia terus muka restless, ajak balik, atau minta fon. Potong mood saya. Tapi kalau saya dating dengan adik dia, kami makan, borak… macam real dating.
Saya faham setiap orang berbeza. Disebabkan dia anak saya, selain nak catch up feeling sayang kat dia, saya pun nak ajar dia cara terbaik untuk bergaul dengan betul.
Contoh bergambar, bila saya ajak bergambar, dia buat muka buruk, kadang-kadang tak nak bagi kerjasama. Bila kita surrender, for sure dia akan tanya, “Kenapa dia tak ada dalam gambar?”
Bila anak kedua saya lahir, dia membesar dengan sangat sweet. Very gentlemen. Bayangkan, kami boleh borak banyak hal (cerita fantasi budak-budaklah). Dia aware dengan semua keperluan saya. Saya ni jenis silau, dia boleh tolong tutupkan mata saya, “Mama silau kan?”
Bila si adik ni lepak ruang tamu dengan abangnya, layan TV, dia akan kerap datang bilik saya just to catch up with me. Borak-borak tentang satu dua topik… peluk-peluk, kiss-kiss.
Saya cakap yang adik ni sweet, kan? Dia selalu puji saya, “Cantik mama hari ni.” Tanya saya tidur lena ke tak? Bila kami nak keluar, dia akan atur selipar saya cantik-cantik menghadap saya, supaya senang nak sarung. Sweet dia kalah suami saya. Haha…
Masalahnya, bila mereka berdua, bila adiknya datang bilik untuk catch up, abang dia akan follow sekali. Tapi kalau adik dia tak datang, tak ada pun dia datang.
Saya tulis ni selepas saya terkeluar ayat, “Nak apa?” Dia follow adik dia datang bilik saya, baru sampai muka pintu, saya dah tertanya soalan tu. Maaf, saya tak sengaja. Selepas segala struggle saya lalui, akhirnya terkeluar ayat tu tanpa sempat fikir.
Saya nampak dia senyum dan cakap, “Tak ada…” Then pusing balik ke ruang tamu. Ya Allah, sumpah hati saya sakit bila saya sakitkan hati dia, bila dia senyum dan berlalu.
Maaf cakap, saya cuba sangat-sangat untuk layan kedua-duanya sama, walau kadang-kadang saya rasa tak ikhlas. Saya sendiri sengsara bila saya tak mampu layan dua-duanya sama, walau hanya dalam hati.
Bila saya nampak abangnya datang, saya tarik nafas panjang, sorok muka yang saya “buat muka” tadi, dah senyum untuk ambil mood layan abangnya.
Saya peluk abang, belai rambut dia, borak sikit-sikit, geletek, cium dia… saya buat semua tu. Saya dengar betapa ikhlasnya dia ketawa bergurau dengan saya. Tapi saya benci bila saya rasa saya tak ikhlas.
By the way, yes… anak sulung saya ni agak slow berbanding adik dia. Adik dia selalu datang dengan macam-macam cerita untuk catch up.
Tapi dia, setiap kali datang dengan skill yang sama. Dia akan bergurau kononnya zombi yang nak menggigit… Gurauan yang sama, buatkan saya rasa annoyed dan bosan, malah dah tak ada spark…
Benda ni buatkan saya menolak untuk tambah anak. Saya cakap pada suami, saya tak mampu nak bahagi kasih sayang saya banyak-banyak. Saya takut.
Don’t get me wrong, saya tunaikan semua kewajipan saya pada anak sulung. Cuma bab hati ni, saya takut. Saya risau andai dia besar sikit, dia sedar saya tak sayang dia. Tapi saya sayang dia. Bukan benci, bukan tak sayang.
Saya faham, saya bertuah sebab anak lelaki umur 11 tahun masih nak berpeluk dengan saya. Tapi… macam mana nak ikhlas, nak happy? Adakah faktor masa?
Perlu ke saya cakap dengan dia, jangan datang masa adik dia datang? Sebab saya tak boleh fokus, kasih sayang saya pun tak cukup tangan nak dibahagi?
Korang, boleh bagi pendapat?
– Rani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bila baca mcm u as a mother yg perlukan attantion lbih ni dr anak2 ,bkn anak2 y problm,.terbalik pulak ni that y u rasa mcm tu .. …anak sulung dgn anak 2 tak sma sis lg pun dorg beza few 3thun kan .bg sy jarak tkla begitu jauh .sbb sy sndr ada anak 2 lelaki berumur 3y n 15y lg jauh kan .ank sulung dlu pra matang lahir ..so far alhamdulillah smua ok .dea bergantung pd cara kita melayan mereka .dr segi keperluan smua sma .apa adk dia dpt ,dia pun dpt even sekecik kecik bnde .wlupn sorg msh kecik abg da btl remaja tp lyanan kita as a mother sma je .takde pun rasa tak ikhlas bila kita peluk or cium dea di sbb kan perangai anak yg tak buat bende sma pd kita as a mother ..
sis yg kene mainkan peranan kene ikhlas dlm melayan keduanya ,baru anak2 akn follow vibe2 positve tu ..sometime ank da 11 thun ni ada rasa malu ,so kne bg thu dea abg kecik lg so tk pyh mlu nk peluk or kiss mama ..kene ckp elok2 then kita kne mulakan dlu n jgn give up once dea tkde respond ..jgn sma dgn bdk yg umur 6thn mreka pndy ambik ht sbb kdg kita trlalu manjakan y kecik so dea dpt rsa mak dea syg dea lebih ..
moral of the story as a mother jgn ada rasa tak ihklas tu pd anak ,sbb ank dpt rasa bnde tu sbb sis ada 2 anak so mereka sndr dpt bezekan perbuatan msg2 ..cara sis ckp “NAK APA”mst dgn nada tinngi .tulaa y dea takut nk brcakap then pendam penah dgr tak anak first ni suka memendam rasa ???so sis kene mainkan peranan ..syg dua2 dgn adil dan iklas lmbt laun abg tu akan lmbut ht juga .sbb sy pun ada 2 ank lelaki yg beza umur jauh .that y i ckp mcm ni ..
ibu adalah tempat ternyaman untu anak2 bersandar ,good luck sis smoga anak2 sis dua2 saling brkasih syg penuh cinta kasih dan sygg yg ikhlas dr parent n sekeliling nya AAMIIN …
Apa masalah ko ni? Tu anak ko kan? Apahal ko kriteriakan dorang macam boyfriend material pulak. Sedangkan berkawan pon kita ada macam2 jenis kawan dengan perangai berbeza. Takkan ko expect semua anak ko jenis nak lovey dovey dengan ko? Sampai skill anak ko bergurau pon ko nak pertikaikan. Kesian anak dapat mak mental macam ni. Ko takleh boleh layan semua anak sama. Ada anak lebih butuhkan perhatian, ada yang tak peduli pon. Ko layan ikut kesesuaian dan keselesaan dorang la.
Too late.. Anak sulung ko pon dah sedar..payah ada mak yg amalkan favoritism.. Laki ko maybe kena kawin 2 la kot utk ko rasa apa yg anak sulung ko rasa
Mak mengada. Anak tu baru 11 tahun. Kau expect nak dia buat apa? Rentikan la expectation kau yg melambung2 tu. Anak kita.. kita yg bentuk. Bagi lorong.. tunjuk dekat dia mcm mana. Yg bukan2 je kau ni.
Emm sumpah saya terkedu bila baca luahan ibu ni. Lain macam bahasa nya kasih sayang dengan anak spark dan tak spark. Anak2 bukan nya boyfriend. Anak2 ni amanah titipan dari Allah swt. Kalau anak kita berbentuk A kerana kita yang menyediakan acuan A untuk nya. Kalau kita sediakan acuan remuk, Remuk lah anak tu. Satu hari nnti anak2 akan pergi meninggalkan kita sama ada pergi meninggalkan kita selama nya atau pergi berdikari dengan keluarga yang bakal dia bina, atau pergi membawa hati luka dan tak pulang2 lagi. Kita sebagai emak, kita yg perlu waras. Kerana kita yg dewasa dan mereka memerlukan bimbingan kita sebagai panduan dorang nak besar. Back to basic. Anak2 dgn kita sahingga umur 10 tahun je. Lepas 10 tahun anak2 ni dah susah nk manja dgn kita malah dorang akan makin menjauh.
Tak payah runsing, anak sulung TU okey aje, dia jebis x suka sweet sgt. Dia membesar normal aje. Bukan salah awak , anak TU yg x suka dipeluk lama2. Ttg idea sama zombie TU terima ajelah sbb itu yg mampu dia buat
kesian kat anak, dapat mak sakit otak mcm ni. dia jadi mcm tu mesti sebab cara kau layan jugak kak. sebagai contoh yg tanya nak apa tu, siap rasa taknak dia datang bila adik dia datang. buat anak mcm boyfriend pulak, rosak kau kak.
Ya allah.. bitter nya comment.. kesian awak, sy faham apa yg awak nk sampaikan.. dan sy faham perasaan awak. tp sy x pandai nk nasihat awak. sy doakan awak dapat jawapan terbaik yg awak perlukan. harap hati awak juga kuat baca komen2 netizen ni.
Anak anugerah Allah ygvtak ternilai kpd setiap pasangan yg berumahtangga. Tidak akan bergerak sebutir zarah tanpa izin Allah.
Anda perlu bermusahabah diri. Berdoalah kpd Allah supaya hati anda ikhlas utk melayani anak2 anda tanpa ada rasa benci pd diri sendiri or pada anak. Sekali.baca seolah2 anda yg bermasalah mengharapkan tindakbalas yg 100% menepati citarasa anda. Jgan samakan semua anak2 mempunyai perangai yg sama. Cuba renung2 kembali sewaktu anda mengandungkan anak sulung dahulu bagaimana perangai anda. Semuanya ada hubungkaitnya.
Nasihat saya, banyak2lah beristifar dan berdoa kpd Allah agar hati anda tenang dlm menghadapi karektor setiap anak yg dianugerahkan Allah itu.
Selamat menjalani ibadah puasa khawasul khawas.
Allahuakhbar…sedih bercampur marah saya baca luahan hati awak….apa yg awak luahkan semua x betul bagi sikap seorang ibu…saya ada 4 anak lelaki semuanya ..
Semua anak bermacam perangai ..semuanya dapat saya atasi dengan baik..
Walaupun adakala jiwa terkorban dengan perangai mereka ..
Kekurangan mahupun kelebihan mereka adalah mewarisi sifat genetik kita suami isteri..mengapa perlu mereka dipersalahkan.mulai sekarang buang sifat negatif dalam diri kita dulu ..baru anak-anak kita mudah mengikut cakap.
Setiap anak lahir ibarat kain putih ..kita suami isterilah yang mencorakkannya.
Anak²kecil tiada rasa ibu bapa x suka dia. tunjuk terbaik secara fizikal dlu nanti lama² hati ikut.
Cuba ajak bersama adik-beradik jgn luang masa sorang2 anak tu. Kalau nk keluar dgn adik ajak abang kalau nk keluar dgn abang ajak adik buat benda yang masing2 suka jgn benda yg ko suka tapi benda yg budak2 suka sbb abang tu dh 11 tahun dh nk masuk fasa teenager jadi perangai lain kalau dia cepat bosan tanya dia nk main apa nk buat apa masa korang keluar tu bkn benda mcm dating . Luang masa dgn anak2 mcm aktiviti yg sesuai dgn budak2 la
Anak kedua sy pun manja sgt dgn sy, sgt sweet, bila shopping still pegang tangan, even umur dah sek men.. boy.. yg sulong x brp manja, pun x suka dipeluk2, ckp benda2 yg penting je.. i can feel u.. sbb anak ke2 ni sama kepala dgn awak kan.. nnt anak awak yg kecik tu dah besar sikit, da xnak manja2, baru awak boleh balance kn dua org tu.. anak sulong ni kena ‘invest’ something lebih sikit utk amik hati dia.. hehehehee… Tu tips drp sy, sekian good luck!
apa compare anak nie..setiap orang berbeza xda nak ikut mood taste tekak tengkorak kte je.. kesian gila anak first tu dpat mak tak matang mcam nie.. grow up mother!
Saya harap akak terus kuat,biasalah…saya pun anak sulung. Mungkin kami yg sulung ni tk pandai nk tunjuk perasaan,apa ii pun pendam sorang. Saya tak reti sgt bgi nasihat..tp tu la,sikap setiap anak itu berbeza. Semoga akak cekal membesarkan anak ii akak… Maybe akak blh try deeptalk dgn dia,sbb dia tk tau apa yg akak rasa dgn sikap dia…maybe slps dia tahu dia blh try improve sikap tu? Wallahu alam,goodluck akak…tu ja dri saya.
Saya harap akak terus kuat,biasalah…saya pun anak sulung. Mungkin kami yg sulung ni tk pandai nk tunjuk perasaan,apa ii pun pendam sorang. Saya tak reti sgt bgi nasihat..tp tu la,sikap setiap anak itu berbeza. Semoga akak cekal membesarkan anak ii akak… Maybe akak blh try deeptalk dgn dia,sbb dia tk tau apa yg akak rasa dgn sikap dia,senang cerita jujur la …maybe slps dia tahu dia blh try improve sikap tu? Wallahu alam,goodluck akak…tu ja dri saya.
Tak apa itu semua.. U kena faham.. Anak2 belum lg bijak menilai seperti mana u harapkan.. Kalau mereka bijak awal2 x perlu la parents.. Selagi mereka belum baligh semuanya ahli syurga then layan la sebaiknya.. In the end how they end up beriman atau tak yang menjadi ukuran.. Semua rs dlm hati tu bisikan syaitan banyak utk rosakkan hubungan ibu anak.. Jgn dilayan.. Bacala ayat apa2 utk lembutkan hati anak.. Dan bagusla wujudnya adik bg smgt pd abang utk join rapat dgn u as ibu.. Dont compare.. See the rahmah Allah has put in.. Learn to see the hikmah..
Assalamualaikum awak.awak kena belajar terima hakikat apabila anak sulung awak tak menjadi sepertimana yg awak harapkan.jangan letakkan harapan yg terlalu tinggi sebab bila tidak jadi seperti yg awak inginkn,awak sendiri yg akan kecewa.dan dia juga akan kecewa,sedih dan akhirnya menyalahkan dirinya sendiri kerana tak mampu ikut sepertimana yg ibunya mahu,tak mampu buatkan ibu dia gembira.dia sedang tumbuh membesar.terima la kekurangan dia.jangan hanya pandang dia bila dia lakukan sesuatu yg sesuai dgn kemahuan awak.Dia juga punya hati dan perasaan duhai ibu.seiring waktu,inshaaAllah,dia akan menjadi orang yang lebih baik dari diri dia sekarang.
Anak sulung ni..luaran dia nampak keras tapi hati dia sebenarnya sangat rapuh.dlm hati ada taman gitu.tapi dia tidak tunjukkan sebab dia si sulung.anak kedua walau luaran mereka nampak lembut tp hati mereka lebih kental dari abangnya. Kena seimbangkan.
Pada umur 11tahun.kita lihat mereka macam tak kisah.tapi memori tu sudah terakam dan tersimpan dlm minda dan hati mereka.nanti menduri dlm daging.mnjadi antara trauma yg akan mereka bawa nanti apabila dewasa kelak.dan tidak mustahil apabila kita tua nanti apa yg kita lakukan pada mereka sekarang akan berbalik pada kita di usia emas kelak.
Ambil masa duduk berdua dgn anak sulung bila awak berada dlm keadaan tenang.luahkan apa yg trbuku dlm hati ibu dan katakan pada dia “maafkan ibu andai telah melukakan hati kamu.maafkan ibu krn terlalu kasar @ trlalu metakkan harapqn yg tinggi pada kamu.ibu sayang abang(sebut nama anak).kerana kamu anak pertama ibu yg menjadikan ibu seorang ibu untuk seorang (sebut lagi nama anak).”.Biar dia tahu yg sebenarnya kamu sangat menyayangi dia.
Ibu masih ada kesempatan ini.lakukanlah.rebut hati dia kembali.sebelum dia menginjak alam remaja.bila mereka masuk fasa alam remaja,masa itu adalah fasa memberontak.kerana mereka rasa mereka sudah cukup matang dan dewasa membuat keputusan sndiri walaupun hakikat sebenarnya tidak.kerana kita ibubapa mereka,kitalah yg perlu membimbing mereka.rebutlah hatinya kembali ibu sebelum hati dia itu dia berikan pada kawan2 sebaya dia.yang dia rasakan lebih memahami dia berbanding ibunya sndiri.
Panjang lebar pula.maaf yer.sebenarnya nak tulis pendek ja.Panjatkan doa pada diri dan anak2 agar Allah lembutkan hati.semoga dipermudahkan urusan awak sekeluarga. Aamiin ya rabbal a’lamiin.
Dari ibu 5 putera 3 puteri.
Setiap ank Ada karakter masing2.. karakter independent., kurang sensitive, kurang pendatang mgkn ITU karakter ank sulung you.sy tahu awk DH berusaha utk ambil Hati dia.awak ad Rasa tak ikhlas Tu SB tgk awk puas memberi tapi dia pulak TAKNAK menerima.so you Rasa fedup..tp sy rs sebagai IBU awk tak sepatutnya Ada Rasa tak ikhlas tak suka PADA darah daging sendiri.tambhn lg dia Masih kecil, klu dia punya character YG keras dan kasar, jadi tanggungjwb awk la nk BG dia lebih lembut lebih concern.. sepatutnya Cuba buang perasaan give up utk terus memberi Dan membentuk..SB dia ANAK awk, klu awk YG tak membentuk utk menjadi lebih baik siapa lagi..kesian dia dilayan mcm Tu .satu lagi why not awk cek kot2 dia Ada mslh pembelajaran je, ADHD ke atau apa saje yg berkaitan dgn autism,SB awk ckp ank pertama agk slow kn..mgkn dia ad mslh Tu, SB Tu perasaan dia tak ditunjukkan spt mn YG awk nk.. Cuba cek ITU semua.bagi sy srteruk ap pun ank awk, awk X seharusnya Ada perasaan tak ikhlas pd dia.tlg ingt yg dia tak Minta pun dilahirkn kat dunia ni.dn dia Masih sgt kecil..sgt perlu lg dibentuk.jgn sgt mudah judge dia..he needs u more than ever u can imagine
Truthfully anak awak mmg dh lama tau sapa yg lebih n sape yg kurang, si anak yg sulung mengetahui kedudukan dia di hati ibunya dan sudah pun berpasrah manakala si anak bongsu bersungguh mengambil hati ibunya supaya dia tidak kehilangan kedudukan dia di sisi ibunya sepertimana dia telah melihat apa yg jadi dekat abangnya.
Tetapi sebagai mak ayah kita jgn berputsu asa, jangan culas memberi, menjaga dan berdoa, cuba sehabis baik jangan lupa Hati dan Sayang adalah makhluk ciptaan Dia maka serahkan kpd Allah yg Maha Esa. Kita ni kan cuma manusia biasa.
Sy faham puan, sbb anak sy no 1 no 2 no 3 no 4 semua jarang nak lovey dovey. no 5 je yg layan nk peluk cium sbb kecik lagi..terasa tu mmg la terasa. tapi sy tetap ingat suruhan Tuhan utk bertangungjwb mendidik dan melayan anak tanpa pilih kasih. Tu ujian utk Pn. kita blh didik hati kita utk trus brtangungwjb mndidik anak. Ikhlas tolak tepi dulu. Jgn buat anak sulung Pn kecik ati, gelap ms depan dia sbb low confidence nnti. Teruskan memberi galakan dan mendidik anak ye Pn, bermanja dgn suami lah. Motherhood is very challenging nmun syurga balasannya. Puan blh laluinya dgn baik mudahan2.
Anak sulung xlama lagi akan memasuki zaman akhir baligh, hormon mereka akan kucar kacir, apa awak nak buat bila mereka dh lagi besar dan lagi kuat dari awak adakah awak nak anak awak hempas pintu di muka awak baru awak nk take action.
Rasanya dh tiba masa awak mencari ilmu parenting anak² remaja and move forward, jangan fikirkan lagi kesalahan yg dh terjadi dan bersangka “its too late”, sebaiknya fikirkan “i can do better” and “not repeat my mistake”.
Rasanya mak ni xmatang. Kesian anak sulung, nampak gaya penceritaan pilih kasih dah berlaku lama sampai anak pun kekok dengan mak. Once jadi mak, automatik kita kena fikir lebih matang, bukannya jadi budak2 pula nak terasa dengan personaliti anak yg berbeza dari yang kita nak. Ini baru sekolah rendah, jika teruskan pilih kasih sampai anak2 besar, xmustahil jika anak yg kurang disayang xbagi duit atau anak tu bagi duit xsama byk dgn anak kesayangan pun akan jadi isu. Penat mental anak tau nak hadap pilih kasih mak dari kecil sampai besar. Pernah tak cuba tanya anak tu secara baik tanpa emosi meluat kenapa dia kekok atau xsuka kena peluk, kekok masuk bilik tanpa adik, atau apa2 saja yg menjadi punca mak rasa annoying? Kemungkinan anak jadi mcm tu sebab mak juga yang lebihkan adiknya. Anak xpandai bergurau ikut cara mak nak pun mak boleh jadi annoying, memang pelik betul maknya ni. Anak senyum Tu bukan sebab sinus menyindir saya rasa, tapi lebih kepada nak tutup emosi sendiri. Mak kena berubah dulu betulkan mana2 silap salah jika nak anak berubah.