Rasa Rendah Diri Mencengkam Hati

Assalamualaikum semua.

Ya Allah. Saya tak tau apa perasaan saya ketika ini. Sekali lagi, saya dengar rakan sejawat memuji suami saya “your husband handsomeee, and look nice”

“Your husband aaa, good looking. Badan dia pun, still… tegap. So you kena jaga diri, tambah tambah dalam umur kita gini.

I know la, bcoz my husband pun macam dia. He is sportman. Tu yang I, jaga my penampilan. Kalau kita look…… you know, aaa. You better dress up and make up sikit”

Ya… Saya Bulan, awal 50. Sama2 umur dengan suami – Matahari.

Look nice? Andai masa bisa diputar, saya akan jaga diri dan tak hanyut dalam tekanan yang berat… dalam hidup sebagai suami isteri.

Matahari tak bersalah kalau orang nampak dia handsome, berseri. Betullah tu..

Saya kan makan hati.

Saya dulu ikut kata hati.

Macam-macam saya hadap.

Sehingga saya terfikir, apa yang buat saya masih kekal dalam perkahwinan ini. Kebodohan atau ketakutan?

Jawapan nya, setelah 30 tahun usia perkahwinan, sikap Matahari semakin baik. Baran dah takde. Tengking jerkah pun dah takde. Sirna mungkin bersama usia.

Tapi.. Hidup dalam toksik dulu, telah makan diri saya.

Ada perempuan lain yang mengalami sejarah hidup yang serupa, tetap cantik. Itu rezeki mereka. Tapi saya tak.

Saya tak marah pada yang memuji. Apa lagi mak saya sendiri pernah cakap, “mak tengok Matahari ni lagi tua lagi lawa. Dulu, kurus saja macam Sudin. La ni handsome mak nampak”

So, tersengih sengih la Matahari bila dipuji oleh mak mentua.

Saya ni yang nampak lebih berusia. Rasa rendah diri bila jalan dengan suami – ni dah lama saya rasa.

Cuma, hari ni, rasa rendah diri, sedih dengan penampilan diri lagi lagi terasa.

Apatah lagi dalam usia begini.

“Abang, saya cantik tak?” Semalam saya tanya Matahari, dalam nada bergurau.

“Cantik, tapi dulu la” saya sambut dengan ketawa, tapi menangis dalam hati.

“Bohong la sikit pun”

“Bohong, berdosa” kata Matahari.

Adakah kaedah untuk look better?

Umur memang tak boleh diundur. Tapi saya harap, ada la kaedah untuk saya nampak fresh, bersemangat dan tak serebeh. Untuk keyakinan diri sendiri. Untuk tak rasa down.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Masa lalu jdkan panduan bukan alasan utk keadaan diri u sekarang. Ohh i jd mcm ni sebb husband i hampeh, husband i layan i teruk. Now dia da berubah kan, u tggu apa lg berubah la gak jd lebih sihat lebih gembira. Check tiktok utk dress style 50above sekarang untung maklumat hujung jari je. Semoga tahun 2025 u berubah jd diri u yg lebih gembira, ceria. Good luck sistur

  2. Sis, i x tau la mcm mana pemaknan u, tp i notice apa yg kita makan tu penting juga. berhenti ambil mknan yg manis dn bergoreng. kuih muih biskut yg berasaskan tepung tu pon elakkan. nanti badan lebih cantik, muka pon nampak lebih muda. cuba la..

  3. Sis,
    Perkara yang dah lepas, let it go
    Pengorbanan sis untuk family akan Allah balas,
    I percaya sis busy dengan kerja dan keluarga
    Tetapi sekarang, sis perlu belajar manjakan diri,
    Hargai diri yang dah banyak berkorban ni,

    Enjoy di spa setiap bulan untuk relaxation,
    Kurangkan makanan bergula,
    Banyakkan minum suam,
    Amalkan buah atau salad selalu,
    Buat je senaman yang simple2,
    Brisk walk petang2 atau awal pagi
    Join kawan-kawan yang amalkan cara hidup sihat

    Didoakan sis jadi yang isteri terbaik dan tercantik di mata Matahari.

  4. Salam buat Bulan. Bagus sgt klau u ada rasa nk cantik2, walau dh 50an. Tp jgn rasa je nk cantikkan diri, tp x ada usaha ke arah tu. Angah skg dh masuk 54 sejak Oktober lepas. Alhamdulillah, berat masih ideal dgn 49kg setara dgn x berapa nk tinggi, cuma 153cm je. Kulit muka x berjerawat, masih mulus walau dh berusia. Keluar berjalan dgn suami ramai yg sangka, ayah & anak. Keluar dgn anak2 diteka org, kami adik beradik. Sedangkan Angah dh ada 2 org cucu & 2 org menantu lelaki. Petua, senang je. Bykkn bertenang, walau ada je dugaan hidup. Jgn suka cari pasal dgn org. Jgn suka brgaduh dgn org, lg2 suami sendiri. Jgn asyik nk marah2 xtentu pasal. Masalah kecik pun, rasa mcm berat sgt. Jgn tido lewat, bangun pun lewat. Tido, mkn minum ikut masa yg betul. Bersenam klau mampu buat. Klau x, brisk walk pun OK dah. Makan jgn byk sgt, ambik nasi suku pun akn kenyang klau lauk tu dilebihkn dgn sayur sekali. Buah2an jgn x mkn. Hubungan badan dgn suami, mesti ada, plg kurang 2 kali seninggu. Hubungan badan boleh hilangkn stress & melegakn keteganngan. Esoknya, cuba tgok muka kt cermin, lbh flawless & ceria. Byat jg facial muka seminggu 2 x. Paling bagus, amalkn solat 5 waktu, & solat sunat jg. Lps solat jgn lupa baca Al Quran. Kirimkn sedekah pd org yg dh tiada. Bykkn jg sedwkah, elakkn dari sifat kedekut ye. Lg kita pemurah, Allah gandakn rezeki. Especially rezeki cantik & awet muda.

  5. Assalamualaikum Puan Bulan,
    Ramai isteri ada perasaan seperti ini. Ramaii sangat. Hanya mereka yang memilih utk berubah, akan jadi lebih baik.

    Kita mesti belajar menerima diri kita, masa kecil kita dan masa, tenaga yang telah dicurahkan utk berkhidmat kepada suami. Puan perlu tepuk bahu dan katakan Tahniah kepada diri sendiri. Pandang cermin dan senyum kepada yang dilihat dalam cermin itu.

    Ambil masa untuk manjakan diri sendiri, buat facial, buat laser untuk hilangkan kedutan, jeragat dan kulit tidak sekata .Kalau ada masalah terkucil, sudah ada klinik buat rawatan utk masalah itu. Kali ini, Puan buat untuk diri Puan bukan kerana suami Puan. Bukan kerana hendakkan pujian suami Puan. Buat kerana Allah Taala. Bila kita sudah kurangkan bergantung kepada manusia, ibadah akan lebih mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *