Aku pernah hantar luahan rasa susah, https://iiumc.com/rasa-susah/
Aku buat luahan pendek dengan harapan ada orang yang boleh cadangkan, di mana kami boleh dapat kenderaan.
Sebelum berkahwin aku memang ada penyakit, sumpah, kalau aku tahu selepas kahwin akan jadi lagi mudarat, aku tak akan kahwin, biarlah aku hidup dengan bantuan zakat untuk kos rawatan penyakit aku.
Mengenai tempat tinggal kami, kami tinggal di kawasan estet getah, memang jauh dari kedai runcit, kemudahan hospital, grab, tak mampu nak pindah sebab suami aku dapat rumah kakitangan.
Perjalanan hospital memang jauh, contoh aku tinggal di daerah X, kena pergi check up hospital pakar yang di ibu negeri.
Aku tak mengandung, aku dengan suami memang guna perancang. Bayangkan appt hospital, kalau hari ni check elok, mungkin satu bulan atau 2 bulan untuk temu janji baru, kalau kurang bagus, selang 2 atau 3 minggu.
Aku tak boleh kerja, kaki aku berluka, jadi perlukan kos tambahan untuk luka, ubat cuci luka, kain kasa, semua kos sendiri, kena tukar setiap kali solat sebab luka berair.
Tak boleh berjalan lama, tak boleh berdiri lama, tak boleh duduk lama.
Kadang terfikir, aku hidup sebelum ni dah susah, bila kahwin aku susah kan orang lain, sumpah kalau aku sebab kan suami susah, aku nak undur diri, tapi suami aku marah bila aku cakap pasal ni.
Tolong jangan kecam aku, aku tak kisah kalau aku hidup susah sendiri, tapi aku rasa bersalah dan berdosa sebab heret orang lain.
Yang komen kata salahkan kerajaan tak bantu tu, kerajaan dah bantu aku, 300 sebulan, duit tu selalu guna untuk beli ubat tambahan yang hospital tak sediakan.
Tolong doakan aku, terima kasih untuk doa kalian yang baik, dah 3 hari sedih, menaip luahan pertama menangis, menaip luahan kedua menangis.
– Sedih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga Allah mempermudahkan urusan rawatan puan dan kebajikan puan sekeluarga.. dan semoga ridha dgn ujian dari Allah SWT, mngkin ianya adalah sbg penghapus dosa atau utk menaikkn darjat di sisi Allah.. wallahu a’lam
semoga urusan awak dipermudahkan.. In shaa Allah akan ada sinar selepas banyak dugaan yang Awak lalui..ohh yea, kalau awak ada rezeki lebih untuk beli kereta boleh cari dalam fb, masuk dalam group kereta untuk dijual, harga agak murah dan boleh nego dengan owner… semoga awak dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.