Rasa Terasing

Assalammualaikum. Aku Maya, umur hampir 40 tahun. Rasanya aku dah lama ikuti confession IIUM Confession ni since aku ada masalah dengan mak aku di mana aku ni bukan anak favorite.

Aku kematian ayah semasa aku berumur 11 tahun. Aku dengan arwah ayah memang rapat sangat, dengan mak, aku biasa saja sebab aku tak pernah ingat mak bercakap dengan aku ke, pegang aku ke.

Yang aku ingat semua benda aku kena mengalah sebab aku ada kakak dan aku ada adik perempuan.

Apa saja yang dibeli, aku orang terakhir yang boleh memilih apa benda yang aku nak. Aku juga sangat jarang dapat benda baru. So, aku tak ada best memory dengan mak.

Sejak dari tu, hubungan aku dengan mak makin renggang ditambah dengan tekanan daripada Mak Uda, iaitu nenek saudara sabit sebelah arwah ayah. Kami pernah dihalau daripada rumah Mak Uda, walaupun pada asalnya kami taknak pun duduk rumahnya.

Tapi kami tak ada pilihan bila Mak Uda bawa semua barang kami ke rumahnya. Konflik bermula bila Mak Uda melesapkan duit kami untuk membuat rumah.

Mak dah habis bergadai dan segala benda harta peninggalan arwah ayah untuk siapkan rumah. Mak Uda sengaja lengahkan bila mak bertanya tentang rumah kami.

Nak jadi sebab, Mak Uda gunakan aku untuk tekan mak. Katanya aku ni jahat, suka buat anak angkatnya. Walhal itu semua fitnah daripada anak angkat perempuan Mak Uda, dan disokong anak2 angkat yang lain.

Anak2 angkat Mak Uda semuanya malas belajar, manipulatif, suka tantrum, suka mendesak. Masa tu aku nampak mak mengalir air mata bila Mak Uda confront mak.

Aku rasa nak menyampuk saja bidas cakap Mak Uda tapi aku dah dilatih arwah ayah supaya hormat orang tua, jangan ganggu bila orang tua bercakap. Walaupun aku budak, bukan bermakna kau boleh buat sesuka hati.

Mak Uda jadikan alasan ttg aku itu alasan dan halau kami daripada rumahnya. Hari tu juga kami berpindah ke rumah baru, rumah separa siap. Tiada bekalan elektrik dan air, pintu dan tingkap juga tiada penyelak. Mak pula suri rumah dan tak reti memandu.

Sehari lepas berpindah, rumah kami dimasuki perompak dan aku hampir dirogol. Esoknya semua saudara datang menziarah kecuali Mak Uda. Selama 25 tahun, Mak Uda dan anak2 angkatnya tak pernah jejak kaki ke rumah kami.

Sejak dari tu, mak makin bencikan aku. Semua aku buat serba tak kena. Aku tolong mak, salah. Tak tolong mak pun salah. Mak mula kata yang aku ni macam nenek aku dan Mak su. Betapa berjayanya Mak Uda cucuk mak aku.

Nenek aku mungkin pernah bersalah pada mak aku dulu masa awal2 kahwin, tapi sebaik-baik maksu, tetap mak tak suka. Mak Uda cucuk mak aku mengenai Mak Su. Padahal mak su tu satu-satunya adik arwah ayah.

Maksu dan arwah ayah saling menghormati dan hidup dalam kerukunan. Mak Su tak pernah mengata dan sakitkan hati orang.

Aku benci pada Mak Uda dan anak2 angkatnya. Mak Uda seorang yang pembengis, suka maki, bercakap kasar hatta kat suami sendiri. Bab mengadu domba nombor satu. Tapi mak lebih percaya kat Mak Uda daripada aku anaknya sendiri.

Sejak kami dihalau, mak mental torture aku sampai aku tak rasa nak hidup. Aku rasa nak bunuh diri berkali-kali. Sakitnya rasa tak dipercayai, tak dihargai dan tak disayangi ibu sendiri.

Dalam aku hidup struggle, aku berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Mak Uda sekarang dah jadi arwah 2 tahun lepas.

Sekarang anak-anak angkatnya sedang push aku untuk minta bahagian aku dalam pembahagian harta arwah Pak uda, suami kepada Mak Uda yang meninggal lebih awal.

Allah Maha Kaya. Bahagian kami adik-beradik dalam harta arwah pak uda jika dinilaikan menyamai duit yang Mak Uda lesapkan dulu.

Tapi anak-anak angkat Mak Uda walaupun tak berpelajaran, jangan underestimate their intelligence. Aku malas nak cerita bab ni, pendek kata mereka perdaya semua waris untuk turunkan tandatangan.

Tapi tak berjaya dengan aku. Mujur aku dilatih supaya teliti dan berhati-hati sebelum turunkan tandatangan. Lagilah aku kenal perangai mereka.

Nak dijadikan cerita Mak Uda meninggal semasa sedang merancang macam mana nak buat supaya bahagian kami tu tak dapat kat kami langsung. Punyalah gigih kan merancang bertahun-tahun lepas arwah Pak Uda meninggal.

Kami memang tak heran langsung harta tu. Kalau boleh taknak terkait langsung dengan mereka. Tapi kuasa Tuhan, bila dibuat pembahagian faraid, tengok-tengok termasuk juga kami ni walaupun ikutkan macam dah jauh lah route tu.

Prinsip aku, harta boleh dicari dengan kudrat sendiri. Bila aku tahu perangai mereka yang perdaya orang, menipu orang, semata-mata nak dapatkan harta, daripada aku nak bagi bahagian aku, aku rasa nak bagi sikit pengajaran.

Aku sengaja tak bagi apa-apa info peribadi lagi dah, sehingga mereka guna cara dan saluran yang betul.

Tapi so far, mereka masih nak cuba perdaya lagi aku, walaupun haritu masa kantoi dan beriya-iya minta maaf. Lepas tu bila kantoi lagi, keluarlah ayat play victim.

Pak uda sememangnga tak suka dengan anak-anak angkatnya, dia tahu anak-anak angkatnya suka menipu dan mencuri. Kalau pak uda nak bagi pada mereka, dah lama pak uda boleh bagi.

Pak uda juga tahu bininya tu punya perangai, jadi dalam ikhtiar Mak Uda nak dapatkan harta arwah pak uda, mak uda self claim tu harta dia. Gila sungguh. Dasar tak tahu malu punya orang. Dia ingat pak uda tak tahu hukum. Apa nilaian seorang suami di mata dia agaknya.

Sebelum mak uda jadi arwah, beriya dia jumpa mak aku, siap tidur dengan mak. Eh sejak bila jadi kawan baik, sampai nak bed time story.

Nasib dia dah jadi arwah. Aku tahu benda-benda ni pun lepas anak angkatnya duk push aku, barulah mak cerita Mak uda datang berbaik, lepas tu pinjam duit mak. Ye lah anak-anak dah kerja, dah senang, nampak mak berduit sikit.

Padahal mak lupa story mak yang mak Uda tipu duit-duit mak, bukan pasal rumah tu saja. Rupanya dia nak mak slow talk kat kami semua supaya kami bagi bahagian kami sebab tu dia punya katanya, bukan pak uda punya.

Anak-anak angkat mereka ni pada asalnya bukan nak diangkat pun jugak, aku tahu bila dah besar. Mereka datang ke rumah mak uda dan pak uda dengan beg baju semua. Siapa taknak kan duduk rumah banglo besar kalau sebelum tu duduk merempat.

Sebab tu aku kata, survival skill dan intelligence mereka ni berbeza. Bila tahu pak uda dan mak uda tak ada zuriat, mereka ambil kesempatan tu.

Sepanjang beberapa bulan kami duduk kat situ, aku lihat dengan mata kepala, bagaimana mereka pressure nak dapatkan sesuatu, maki hamun, hempas barang, itu pun bukan memori yang bagus untuk aku ingat.

Tak ada budak normal lain buat macam tu lah pada orang tua yang bagi makan pakai dan pelajaran agama.

Mereka manipulatif pada orang tua yang tak ada zuriat. Aku tak hairan kalau mereka buat fitnah, tapi aku cukup sakit bila mak percaya dan lempiaskan kat aku.

Sampai sekarang mak renggang dengan aku. Aku tak tahu nak buat apa dah. Daripada aku sedih berpanjangan, dah mak tak sudi kan, letih tau tak ibarat nak mengemis kasih sayang dan doa seorang mak. Aku slowly ubahkan diri aku dan mindset aku.

Masa ni anak aku dah 3. Aku bagi duit bulan2 kat mak, telefon sekali sekala, balik sekali sekala. Aku tak sama macam adik beradik yang lain. No matter aku buat semua aku salah.

Baru-baru ni aku luahkan kat adik, ternyata dia tak faham. Katanya aku saja berperasaan macam tu. Mak layan semua orang sama. Abang aku tak bagi duit langsung, mak layan sama saja, katanya. Jadi mulai akhir tahun lepas aku stop bagi duit kat mak.

Aku pun tengah sambung belajar self sponsored, mak pun tahu. Bulan ni aku balik rumah kejap untuk ziarah Mak su sakit dan seorang lagi waris yang meninggal dunia.

Guess what? Mak kejung, aku nak salam pun dia nak tak nak hulur tangan, tengok aku pun tak. Aku rasa nak nangis dalam hati.

Aku tak tahu la ego apa yang besar sangat kat mak. Aku bercakap pun mak tak tengok sangat. Aku dah tau mesti pasal duit pun. Atau pun sakit hati sebab aku balik tengok Mak Su dan waris yang meninggal dunia.

Mana mungkin aku lupa mereka, sedangkan mereka adalah orang-orang terawal yang datang ke rumah lepas tahu insiden pecah masuk rumah tu dulu, mereka juga orang yang pertama sering sampai ke rumah kami kalau ada apa-apa benda.

So tak salah aku ziarah mereka. Mak lupa lepas arwah mak uda meninggal, mak kata mak baru sedar yang mak uda taburkan pelbagai fitnah kat Mak Su sedangkan Mak Su tak seperti tu.

Tapi adik aku atau adik beradik yang lain takkan tahu dan takkan faham, sebab yang lalui tu adalah aku. Aku takkan sama seperti yang lain.

Mak seolah-olah buat aku punching bag, dia rasa puas dapat buat aku sedih dan down. Ayat mak daripada aku kecil, aku besarkan kau sebab tanggungjawab saja, kau ingat tu. Banyak lagi kata-kata mak yang menghiris hati tapi aku malas nak ingat dah.

Hati aku dah mati. Memang aku tekad, aku takkan jaga mak, kecuali bila semua orang dah taknak jaga mak. Sebab apa? Itu yang mak cakap daripada aku kecil. Mak taknak duduk dengan aku, mak taknak aku jaga dia.

Even mak pernah cakap, harta dia, biar kakak dan adik perempuan aku uruskan. Jadi buat apa aku berharap nak jaga mak, kalau mak yang tak nak. Biarlah orang lain berlumba2 nak jadi anak soleh dan solehah, aku dah penat. Aku nak jaga diri aku sendiri.

Cukuplah aku doa hari2 untuk mak. Setiap kali solat aku tak lupa sedekah al fatihah untuk arwah ayah dan mak. Setiap kali aku tahajud aku doakan kesejahteraan untuk mak dunia dan akhirat.

Biarlah mak tak tahu dan mak tak hargai. Bagi aku, cukup Allah Melihat. Pengalaman aku ni buat aku jadi keras hati, aku jadi strict, aku benci penipu, aku benci orang ambil kesempatan.

Aku tak boleh tolerate kalau orang buat salah, aku dah tegur 2 kali, dia buat lagi, kali yang ketiga aku tak bagi muka dah, memang aku jerit dan laharkan saja. Orang macam ni kalau dibiarkan, lagi merosakkan.

Lagilah kalau dah jadi mak dan bapak orang. Kalau kau tak niat salah, kau tak perlu takut dengan aku. So far orang yang pernah kerja dengan aku, tahu lah aku macam mana.

Lastly, aku nak minta tolong kat korang, tolonglah doakan hubungan aku dengan mak bertambah baik. Dan tolong doakan hati aku kembali lembut dan sembuh. Aku mengharapkan doa-doa orang lain.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *