Hi, aku Sinar, umur 30an dan sudah berkahwin. Buat masa sekarang aku surirumah sebab baru lepas bersalin anak pertama.
Aku straightforward je lah eh. Aku dan husband dikahwinkan atas dasar keluarga. Beza umur 4 tahun.
Time mula-mula duduk rumah sendiri, kalau aku merajuk, memang aku pujuk diri sendiri.
Pernah 5 hari aku tak bercakap dengan husband aku sebab dia tiada effort nak pujuk aku. Perkataan maaf memang susah nak dengar. ‘I love you’ pun tak pernah. Selalu aku yang mula dulu.
Dulu sebelum pregnant, kalau merajuk boleh lari sebab masih bekerja. Sekarang ni dah tak boleh pergi mana-mana sebab ada anak kecil. So hidup aku memang duduk dekat rumah je.
Start aku pregnant, checkup klinik dari 3 bulan sampai 9 bulan, aku pergi sendiri. Dia pernah nak hantar aku, tapi aku reject sebab dah biasa pergi sendiri.
Tapi memang dia tak lawan eak, kalau dia paksa jugak nak ikut memang aku bagi. Sebab aku nak tengok effort dia. Anak first kot. Ini dia biarkan aku.
Balik dari klinik tengok dia tengah tidur. Yang aku pulak terus masuk dapur, masak.
Kalau aku mengidam, aku cakap dengan dia. Nak makan ni, makan ni. Tempat-tempat yang aku nak pergi makan aku tag dia. Dia cakap boleh. Tapi tak pernah tunaikan. Last-last aku cari sendiri.
Kadang-kadang lepas checkup aku whatsapp dia nak pergi sini, nak beli ni. Dia reply ‘ok’ je. Tak ada tulisan panjang-panjang, ‘hati-hati’ semua tu.
Selalu bakal-bakal ayah ni kalau anak first dia ada usap-usap perut tak?
Aku tak tahu sebab laki aku tak pernah pegang perut melainkan aku suruh (bayi menendang). Nak peluk aku, nak usap kepala aku, urut pinggang aku, urut kaki aku, tak pernah aku rasa.
Yang sakit-sakit tu semua aku urut sendiri walaupun dia nampak. Dia tak ada common sense ke? Ke sebab sayang tu tak ada lagi. Aku pelik.
Selalu barang-barang bayi macam stroller, babysit, crib dan kelengkapan bayi cari bila ye? Barang-barang bayi aku paksa dia beli, time tu pun dah 7 bulan. Aku ajak dia beli baju dan lain-lain.
Aku tak tahu la dia happy ke tidak ada anak ni. Tapi aku nampak dia layan/cium anak okay la.
2 hari ni aku merajuk lagi. Aku ajak dia keluar jalan-jalan. Bayi pon hampir 2 bulan dah. Jalan-jalan sambil tu nak cari stroller/baby carrier (sebab tak beli lagi).
Aku stay dalam kereta pon tak apa, asalkan keluar. Aku bosan.
Korang bayangkan daripada seorang yang bekerja (aku bidang professional), stay dekat rumah start daripada pregnant 3 bulan sampai sekarang. Aku bosan.
Jangan tanya aku kenapa aku resign, aku ada sebab. Kalau aku cakap, nanti ramai kenal.
Aku dah cakap harini jom keluar. Boleh cari barang-barang adik. Survey-survey harga.
Aku dah siap masak dan makan lunch. Aku tunggu dia cakap. Dia tak cakap sampai la selepas asar, baru dia ajak. Aku cakap tak payah sebab dah nak maghrib.
Korang bayangkan, tak termasuk jammed orang balik kerja, dengan kita bawak budak kecil. Aku tak suka keluar malam tambahan lagi sejak ada budak ni, memang aku elakkan.
So, dia keluar pergi sendiri. Dia cakap nak beli barang. Dia tak tanya aku apa-apa. Barang apa yang dah habis. Dengan phone tak bawa. So aku biarkan je la. Aku masak guna barang ape yang ada dekat rumah.
Sebenarnya aku baru perasan, aku tak pernah dapat pakaian daripada husband aku. Selalu aku beli sendiri. Baju raya tahun ni pun aku beli sendiri.
Dia take for granted ke dari aku yang menganggur ni. Tapi rumah, bil-bil, barang-barang dapur semua dia bayar.
Rumah aku 2 tingkat, semalam dia tinggalkan aku dengan anak aku dekat bawah sebab dia nak tidur. Kebetulan anak aku buang air besar. Lagi la aku merajuk.
Aku usung tilam bayi semua naik atas (sebab tak ada crib). Aku suruh dia beli crib, dia cakap membazir. Okay fine.
Aku suruh cari baby carrier dekat babyshop, dia nak cari dekat s***ee sebab lagi murah. Tengok harga belasan je. Aku risau tak kukuh. Tapi aku prefer stroller dari baby carrier.
Aku tak tahu laki aku ni fikir apa. Benda ni penting bagi aku, tapi mungkin tak penting bagi dia.
Korang rasa kenapa perangai laki aku macam ni ea? Common sense kurang?? Kurang communication antara kami tu mungkin betul. Sebab selalu aku yang mulakan percakapan. Dia kalau aku senyap, dia pun senyap.
Aku dah penat nak mulakan semua benda. Otak aku dah tepu. Aku pernah terbayang pukul anak aku. Tapi aku mampu berfikir lagi.
Untuk orang lelaki, kenapa ye?? Cuba korang bagi pendapat? Sebab lelaki yang faham lelaki. Aku memang tak paham. Sebab tak sayang ke?????
Aku tak sedar yang aku dah taip panjang. Terima kasih sebab dengar luahan aku.
– Sinar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
slow talk la…communication..pillow talk…cakap je semua…xnak cakap..tulis, buat note kecil..letak depan peti ais ke….beli a4 besar ke…cakap nk ape…lelaki ni..bnda visual dengan fizikal…xpe untuk mengalah sikit2…belajar lepaskan bnda yg tak perlu…
sama dengan husband saya sis. dah kawin 2 years anak sorang. tapi sebijik sejiban la perangai husband. saya pun wanita berkerjaya. tapi dia buat perangai terpaling provider padahal komtmen rumah pun bayar 50/50 dengan saya. sejenis menayang kat public/socmed je nampak mcm husband and ayah yg baik. he takes all the credit bila orang puja puji dia sbb suami yg nampak perfect padahal kat rumah anak nangis2 nak didukung kacau saya makan pun dia tak penah peduli nak pickup anak. until recently saya mengamuk, baru dia bertindak. bukan sebelum ni tak pernah try slow talk deep talk pillow talk apa jadah. tapi ada dia peduli? dia gaslight saya balik ada la. saya skang dah mati rasa. macam macam jadi since ada anak, hal emergency related to anak sepanjang setahun, saya je yang beralah ambil cuti. and bila saya pulak sakit, dia tak penah bother nak bawak saya ke klinik, saya yg bawak diri sendiri. and penah mc sambil jaga anak. saya sayang anak saya tapi saya menyesal dia bapak anak saya. sbb takde common sense and rasa bertanggungjawab. financially, emotionally dah terluka. belum ulas cerita babitkan ipar duai apa bagai. kita tak mintak banyak. cuma nak dia appreciate and tunjuk kasih sayang and take charge in jaga wife & anak. kalau setakaat nak buat hidup sendiri macam housemate, baik takpayah kawin. perempuan zaman sekarang mampu je hidup sendiri, buat apa semak kan kepala hotak konon konon ada suami, kasih sayang & attention pun tak dapat. saya takde tips nak bagi sbb saya pun dah takde perasaan. saya takde plan nak cerai tapi saya tak rasa saya kuaser nak bagi peluang, dah penat sabar.