Rasa Totally Useless

Hai. Aku Heart. Belum masuk tiga series lagi. Takde apa-apa sangat pun dengan confession ni. Sekadar nak meluah apa yang terbuku dihati.

Aku masih 20 an. Dah kahwin. Ada degree. Takde kerja. Kenapa aku rasa aku useless? Sebab aku tak kerja. Habis study, aku kahwin.

Tapi aku takdelah tak buat job hunting. Dari sebelum kahwin pun, aku apply job yang berkaitan dengan bidang aku study, tapi belum rezeki aku. Interview tu ada. Panggilan diterima tu saja belum ada.

Aku pernah luah dekat suami aku. Tapi dia kata kita tak tahu masa depan kita. Tapi kita boleh usaha. Dia tanya aku, kalau tak kahwin, yakin ke sekarang dah ada kerja ?

Dia tak pernah halang aku kalau aku nak kerja. Mana mana iklan jawatan kosong yang ada dia akan bagi dekat aku untuk aku apply.

Cuma ya lah, dah kahwin kan. Aku kena ambil kira jugak tempat, waktu bekerja, hari bekerja tu macam mana. Mungkin tak penting pada orang lain, tapi sangat penting pada aku.

Kadang tu aku macam terfikir jugak, kalau tak kahwin, boleh saja apply job apa2 sebelum dapat rezeki job yang stable. Macam kerja dekat francais F&B ke, mall ke.

Anything lah asalkan kerja. Aku ada juga buat dropship. Ada lah sikit2 untuk aku buat bayar ptptn, dapatlah juga bagi sikit dekat makabah aku, belikan barang dapur sikit bila balik jenguk parents.

Menyesal ke tu? Taklah. Cuma terlintas sahaja. Inshaallah ada rezeki untuk aku nanti.

Kadang kadang, bila balik jenguk parents tu, hati ni rasa seronok. Seronok sangat. Tapi dalam masa rasa useless.

Mak, selalu cakap, “anak2 ada degree, tapi tak kerja. Abah tu habis duit dah untuk pelajaran anak, tapi anak2 tak balas pun lagi jasa abah”.

Pedih rasa hati ni. Tapi tak ada yang salah pun ayat mak aku tu. Betul lah tu. Maafkan saya mak sampai harini tak dapat nak bagi mak abah rasa gaji bulanan. Tak dapat nak balas jasa mak abah macam anak anak orang lain.

Ada sekali tu, ada sorang pakcik ni cakap dekat abah. “Eh anak kau kan semua ijazah. Sorang pun tak kerja stabil ke?” . Lebih kurang macam tu lah ayat pakcik tu.

Terdiam abah. Aku pun ikut sama terdiam walaupun dalam hati rasa macam nak cili cili saja mulut pakcik tu. Maafkan saya abah.

Aku sentiasa apply mana2 peluang job yang ada. SPP, MARA, kerani, admin..macam2 lah. Yang tak related dengan bidang study pun aku apply saja.

Cuma macam yang aku state kat atas tadi tu lah. Interview tu ada. Panggilan diterima saja yang masih belum terngiang dekat telinga ni.

Aku apply job dalam diam. Aku tak pernah tunjuk dekat orang yang aku apply job. Aku tak pernah tunjuk dekat orang lain, dekat makabah, hatta dekat suami aku sendiri pun…

aku tak pernah tunjuk yang aku struggle cari job, nak sangat ada job supaya aku boleh balas jasa makabah sebelum aku pergi.

Mungkin sebab aku tak show yang aku struggle kot sebab tu orang fikir aku selesa hidup lepas kahwin. Tak perlu fikir pasal job. Uruskan hal rumah sahaja. Hujung bulan dapat duit nafkah.

Tapi dalam kepala aku ni, macam2 aku fikir. Sebelum tidur pun fikir bila lah agaknya rezeki aku dapat balas jasa makabah? Cuma aku tak pernah lah berkerut dahi depan orang, tunjuk yang aku ni tengah berfikir.

Kalau mak nak itu ini, alhamdulillah setakat ni aku masih dapat tunaikan, dapat belikan.

Jadilah hasil dari simpanan duit nafkah sikit2 dengan untung dropship. Walau tak seberapa, asalkan dapat beli apa yang mak nak pun aku rasa happy sangat dah.

Kadang2 rasa useless, bila waktu2 kita pun tengah kering, tapi time tu mak nak something yang agak pricey tapi tak mampu nak belikan waktu tu jugak.

Rasa useless sangat bila tengok pandangan mata mak bila tengok barang yang dia nak. Maafkan saya mak. Inshaallah satu hari nanti saya akan tunaikan segala keinginan mak.

Semoga diri saya diberikan peluang dan rezeki untuk balas jasa makabah selagi makabah dan saya masih ada di dunia ni.

Kadang2 tu ada rasa useless sangat, bila adik beradik minta tolong bab duit, tapi tak dapat nak tolong walaupun RM50. Maafkan saya adikberadik.

Ada masa bila kita dapat tolong tu, perasaan dia tu Ya Allah..bahagia seronok tak terkata walaupun dapat hulur RM100 saja. Tapi bila tak dapat tolong tu, auto rasa useless.

Sekian itu sahajalah luahan hati ni. Pendek saja sebab harini memang rasa useless sangat. Aku tahu masih ramai graduan yang job hunting.

Hunting job yang stable.

Aku doakan urusan korang dipermudahkan. Semoga urusan aku untuk dapat kerja pun dipermudahkan sama supaya aku dapat balas jasa makabah, diberi peluang untuk tengok reaksi gembira makabah saat aku hulur bahagian dari gaji pertama aku.

Teringin sangat nak bagi ayat ni dekat makabah. “Mak, abah..ni gaji pertama saya. Sampul ni untuk mak, yang sampul ni pula ni untuk abah”. Allahu teringin sangat sangat. Maaf ya mak abah. Inshaallah satu hari nanti. Aamiin.

Btw aku ada apply MARA haritu. Doakan aku dapat jawapan “SUKACITA dimaklumkan”. Semoga sesiapa yang masih apply job dipermudahkan segala urusan.

Semoga ada rezeki untuk kita. Untuk graduan yang masih job hunting, dan dalam masa sama buat dropship, grab, foodpanda atau apa sahaja yang mendatangkan hasil…

Semoga bisnes dan urusan pekerjaan korang dilancarkan dan dipermudakan sentiasa.

Semoga rezeki kalian juga sentiasa dimurahkan. Aamiin.

Itu sahaja luahan dari hati. Terima kasih sudi baca luahan ini.

– Heart (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *