Hi semua. Sekadar meluahkan apa terbuku dihati. Sebab hal rumah tangga tak boleh di cerita kepada sesiapa.
Nama aku Maira. Dah berkahwin selama 8 tahun & mempunyai anak 2 orang. Seorang 6 tahun & seorang lagi 1 tahun. Dan aku fulltime housewife sejak 6 tahun lepas.
Sejak 2 3 tahun kebelakang ini, ada husband aku suggest untuk bekerja supaya ada duit berlebih. Tapi aku tak rasa bila aku bekerja ada lebihnya.
Aku memberi alasan dah 6 tahun aku tak kerja & gaji ditawarkan pasti sangat basic.
Harga pengasuh, transit, transportation anak & perbelanjaan keperluan anak di pengasuh boleh capai RM1000+ sebulan. Itu belum lagi duit minyak, tol & makan bila bekerja.
Bila fikirkan masa dengan anak2, sekarang aku mampu tumpu sepenuhnya ke anak2. Mampu ajar & buat extra latihan subjek di rumah.
Tapi bila bekerja pasti semuanya terhad. & Maka duitlah akan digunakan untuk menggantikan masa dengan hantar anak ke tuisyen.
Alasan diatas hanya lah bagi aku alasan berlapik. Sebab sebenarnya aku tak nak burnt out. Husband aku bukanlah jenis yang ringan tulang hal rumah.
Boleh katakan dia nampak sedikit rajin semasa aku pregnant sahaja. Basuh baju, cuci pinggan & buang sampah. Tapi bila aku dah balik dari berpantang ke rumah sendiri, semua rajin tu takde.
Ye. Aku housewife. Memang semua patut aku buat. Tapi rasanya, macam seronok jadi lelaki/husband. Balik kerja, layan anak sikit2 & teruskan habis sisa hari dengan hp.
Yang aku seharian dengan ragam anak, keluar masuk rumah amek anak sekolah, turun naik tangga rumah sambil dukung anak dengan barang groceries, kelam kabut uruskan hal rumah dengan anak meragam. Memenatkan.
Ini kan pula aku berkerja, malam masih kena uruskan hal rumah sendiri. Weekend pun sama. Belum lagi dengan request nak makan itu ini.
Pernah husband kata “bila ahad je, tak masak”. Ya Allah. Hati aku masa tu, macam nak hancur. Baru sekali dua ahad, aku tak masak beria sebab ada hal di luar & lauk berlebih hari sebelum tu banyak. Dah kata macam tu. Macam orang kata aku ni tak buat kerja. Padahal hari2 aku masak.
Anak meragam macam mana pun aku masak. Ya. Housewife. Hidupnya & belanjanya berdasarkan ehsan suami. Tapi ayat tu.. sakit. Berminggu-minggu aku bergelut dengan fikiran aku sendiri melawan rasa sakit hati tu. Aku diam pendam.
Memang kalau boleh aku nak ada duit lebih. Boleh simpan. Boleh memberi lebih. Tapi apa gunanya kalau aku burnt out.
Kalau dah burnt out aku tak rasa rumah akan rasa harmoni. Aku mesti akan asek rasa nak marah. Sentiasa penat. Tak de mood nak layan anak elok2. Sentiasa berkejar nak selesaikan hal rumah.
Dengan husband yang tak banyak membantu. Lagi seronok tidur, tengok hp dari pagi sampai ke malam. Katanya, kalau lah aku ni tahu macam mana peningnya nak cukupkan duit sebagai husband & bapa kepada keluarga.
Tapi dia tak tahu, yang aku sentiasa menjaga hati dia dengan tak meminta2 hatta balik kg, guna duit elaun yang dia bagi untuk tampung duit belanja dapur, sentiasa diam walaupun kekadang tak cukup duit.
Susah ke ye seorang lelaki ni nak membantu hal2 rumah. Sebab dah bagi duit & isteri hanya duduk di rumah. Jadi tak perlu ditolong dah agaknya. Padahal, bukan semua kerja rumah mudah di buat bila hari biasa & bila ada anak masih kecil/baby.
Maaf. Aku sekadar nak melepaskan rasa..
– Maira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kanak2 zaman sekarang lebih menghargai bread winner.. sekali suruh buat kerja terus buat.. yang duduk rumah memanjang ni berkali suruh baru buat kerja. Lagi2 hari2 menghadap muka yang sama.