Ratapan Anak Angkat

Assalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih kerana sudi menyiarkan tulisan saya ini.

Ini hanyalah luahan hati seorang yang bergelar anak angkat. Saya dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang terpelajar. Saya merupakan anak angkat kepada keluarga N.

Untuk pengetahuan semua, keluarga N ini adalah keluarga kecil. Hanya ada ibu dan nenek. Ibu tidak berkahwin dan sebab itu ibu mengambil saya untuk dijadikan anak angkatnya.

Keluarga kandung saya bukanlah daif namun dek kerana sikap bapa kandung saya menyebabkan ibu kandung saya kecewa lantas menyerahkan saya kepada orang lain iaitu ibu angkat saya. Saya memiliki abang dan kakak namun mereka dijaga oleh ibu kandung.

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kecil. Ibu sentiasa sibuk dengan kerja lantas saya diserahkan sepenuhnya kepada bibik dan nenek. Neneklah yang menjaga dan mendidik saya dengan penuh kasih sayang.

Namun begitu, saudara mara terdekat keluarga angkat saya tak pernah suka akan kehadiran saya. Saya disisihkan. Malah sejak saya berumur 4 tahun, saya sentiasa disuap dengan hakikat yang saya ini tak sepatutnya berada dalam keluarga mereka.

Mereka sentiasa berkata yang saya ini ibarat pilihan terakhir ibu angkat saya kerana sebenarnya ibu angkat saya berkehendakkan orang lain untuk dijadikan anak angkatnya. Namun mungkin takdir Allah, mengatakan saya lah insan terpilih itu.

Sedih, sebak kerana kadang kadang saya rasa saya ini tak ubah seperti barangan. Boleh dipilih atau dibuang. Saya punya hati. Saya membesar dengan perasaan yang sangat sedih. Ini menjadikan saya seorang yang sangat sensitif.

Ibu kandung saya bahkan pernah berkata dia menyesal kerana mempunyai anak seperti saya. Ini hanya kerana saya telah tersalah hilangkan barangan miliknya. Demi Allah, saya menangis. Saya sedih. Saya tak mintak untuk berada disini.

Saya sentiasa menyalahkan ibu bapa kandung saya. Di sekolah saya diejek oleh rakan dan guru dengan status anak angkat saya. Saya memendam rasa. Setiap kali teringatkan kata nista mereka air mata saya mengalir.

Alhamdulillah berkat kesabaran saya sekarang saya sudah memiliki keluarga sendiri. Namun begitu, hati ini tak pernah berhanti dari menangis. Ya, mungkin saya berdosa kerana seakan tidak redha dengan segala ketentuan hidup tetapi saya juga punya hati.

Hinggakan sekarang ini saya masih bersama ibu angkat saya. Saya tinggal bersamanya kerana saya tahu tanggungjawab saya dan saya perlu membalas budinya memelihara saya selama ini.

Demi Allah, andai ada yang ingin bertanya apa yang saya mahu, saya hanya mahu sebuah kehidupan yang dipenuhi kasih dan sayang sejati, meski tidak mewah.

– Baby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *