Ratapan Si Derhaka

Salam admin, harap sangat tolong siarkan. Terima kasih.

Aku Melur umur lewat 20-an dan tak bekerja. Yes aku tak kerja, asal kebajikan rumah ni terjaga. Aku si anak derhaka yang sanggup abdikan diri di rumah ni.

Anak derhaka? Dari umur 8 tahun aku dah dapat title tu, sekali pakej bengong dan bodoh. Kesannya menikam jiwa dan hati. Mati segala rasa.

Anak derhaka ini lah yg sanggup lepaskan impian, impian yg dah berada dalam genggaman. Aku lepaskan walau dalaman ku luka parah. Setahun lebih aku mengemis rasa ikhlas dalam diri.

Silap aku? Sebab aku banyak memendam rasa, segala sakit perit dan pedih aku telan seorang. Hasilnya? Si anak emas pengadu domba meraih segala perhatian. Di karang cerita asalkan nampak macam mangsa keadaan yg teraniaya.

Aku? Berbuat baik berkali2 di butakan mata, di tutup hati dan jiwa tanpa belas. Selagi boleh buat sorg, aku buat tanpa usik si anak emas. Kerna aku tahu, sekali si anak emas mencemar duli, berkali-kali telinga aku terima ayat “kesian dia buat tu, kesian dia buat ni. Bla bla bla”

Aku menangis, meratap dan meraung. Dalam diri, tanpa suara. Hanya segala urat bergetar dek lantangnya suara hati menangis. Beku dan pilu. Segala sakit pedih dan sedih aku hadam seorang, mana keadilan dunia ini?

Si anak emas di sanjung di puji di sayang, si anak derhaka selamanya tiada harga. Adakah asbab wujudnya aku sekadar menjadi tempat melampiaskan rasa marah?

Air mata drama si anak emas di ratapi dgn pilu, sedangkan aku? Tak terkira byknya meraung sendiri, hanya sekali mengalir air mata di depan terus di halau pergi ke hutan.

Segala kehendak dan kemahuan aku telan, segala keinginan aku usir sejauh mungkin. Dan segala impian aku tanam sedalam mungkin. Yang bekerja siang malam tapi dibutakan mata, yg tidur tidur tidur tetap di sanjung.

Sampai bila mampu bertahan? Sampai bila kuatnya diri meraung sendiri. Sampai bila utuhnya jiwa meratap sendiri. Tanpa di dengari. Sampai mati! Si anak derhaka ini akan bawa segala rasa sampai mati. Tanpa jejak.

Maaf jika jalan cerita kurang jelas, aku masih waras. Kerana aku tahu akan ada yg dapat meneka jika terlalu detail. Doakan aku !

– Melur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *