Ratna’s Family

Asalamualaikum semuanyaaa. Ini first time aku tulis di page ini. Maaf kalau huru hara sikit bahasanya.

Namaku Ratna (Of course bukan nama sebenar). Aku just nak share tentang hidup aku yang tak seberapa ini.

Aku , tinggal dengan family aku. Big Family, belah mak. Kiranya semua anak beranak dari pak long sampai pak su serta isteri2 dan suami2 dalam satu rumah.

(1) Riang ria raya.

Hari raya pertama riuh satu malaysia. Hari raya kedua senyap satu dunia. Hahahaha. Balik kampung semuanyaaa.

Family aku nie mix, so semua perayaan memang sambut. Dari Deepavali, chinese new year, hari raya dan sebagainya.

Kadang aku pun pelik, macam mana lah menantu2 keluarga nie dan orang tua kat rumah aku boleh adapt dengan perbezaan budaya.

Rezeki, bila perayaan aku boleh makan homemade tradisional dan makanan nie selalunya menantu yang akan lead especially bila perayaan tu milik diorang.

Contohnya, Chinese new year, all sort of chinese food memang readily available pada hari tersebut.

Dan selalunya bila ada perayaan, atuk n nenek aku akan gi lawat besan2 die yang different race.

Atuk aku cakap penting jaga sillaturrahim, lagi2 dengan orang2 tua. Sebab kadang orang berkumpul nie, kerana adanya orang tua dalam rumah.

Shopping raya is always the best. One big family memang serbu kedai. Hahaha.

(2) Housework.

Kerja – kerja rumah selalunya siap sebelum pukul 8 pagi.

Dekat rumah aku, perempuan yang dah kahwin nie memang tak dibenarkan kerja, only the husband sahaja.

So basically kerja2 rumah je lah yang ada.

Selalu orang2 perempuan (termasuk anak beranak yee, nenek aku tak pilih kasih – menantu pun anak, ko pun anak buatlah ko sesama) dekat rumah, kitorang synchronize sendiri buat kerja dekat rumah,

Kadang2 masing2 lumba2 nak buat kerja kat rumah. And.. Jaga all the b**ies, raising kids..

(3) Privacy and me time.

This one is applicable to everyone in da house. Kadang kitorang sama2 rasa me time.

Contoh cam pedicure, selalunya kitorang panggil orang datang rumah. So semualah merasa. Kalau ada husband wife nk keluar berdua, usually on je, anak2 nya memang ipar2lah yang mnjaga.

And this is something yang sgt normal dalam family. Masing2 ada bilik, masing2 boleh hias sesuka hati, just kena make sure kemas. Anak2 tido se geng satu bilik tapi bilik asing lah lelaki perempuan.

(4) Makanan.

Ini part paling best untuk yang jenis balun semua makanan. Dalam family aku ade beberapa makhluk yang agak cerewet or lain keperluan makanan.

Jadi selalunya makanan customize. Contohnya ayam, ada ayam sup untuk budak, ayam goreng untuk semua, ayam kari untuk dewasa, ayam pedas smpai cirit birit untuk atuk aku.

Hahahaha. Nasi pun lain2 gak – terbahagi kepada dua untuk general n orang tua.

Hidang makan untuk budak2 is always the best. 15 orang aku suap satu round. Haaa amik kau, habis satu besen. Hahaha. Ko akan rasa kenyang yang teramat – even ko tak makan dari pagi.

So boleh bayang tak time pkp hari tu camna?

(5) Harta & Kerjaya.

Menantu family & adik beradik mak, yang lelaki wajib educated and have stable career.

Perempuan kalau tqk educated pun takpe. Nanti family tolong topup mana yang kurang dengan hantar gi kelas – kalau dia nak lah.

Harta? Semua orang bebas memiliki harta. Kalau harta puasaka, wasiat dan pemahaman wasiat mengikut islam amatlah penting.

Yelah hidup secara kolektif. This is important. Duit antara faktor yang boleh memisahkn sillaturrahim.

(6) Kewangan family.

Kewangan dijaga oleh orang lelaki, lead rumah. Basically semua orang dalam rumah tahu komitmen each other, semua transparent.

So that, family tahu mana tolong topup kan including barangan dapur, kereta, rumah, education, keperluan anak2 etc. Kira bole kata fixed komitment mmg centraliselah semuanya.

Walaupun begitu, kau masih boleh punya simpanan sendiri, perbelanjaan sendiri. Yelah kadang2 nak belanja bini ke anak2 ke.

(6) Dark side of my family.

Super strict rules and regulation. And everyone must follow dari start ko bangun tido sampai lah kau tido. Dari cara kau senyum, gelak, kentut, berjalan, berpakaian etc.

Ouh ya, despite ko dah kahwin, ko still kena bagi tahu kat family mana ko pergi and wajib balik sebelum pukul 7 malam.

If not, be ready, for a big gun shotss. Ouh ya, family must know who is your friend is, so basically ko kena selfie n hantar kat group family ko keluar dengan sape hahaha.

Camna menantu2 adapt? Usually, atuk nenek aku akn communicate, before even in relationship. If okey proceed, if no, bye2. You can marry who ever you want, but rules is rules.

Banyak lagi rules aku nak cite, haha, tapi kang panjang sangat pulak. Ade yang mungkin tak masuk akal. Sampai membe aku cakap, kalau aku kat tempat ko, aku dah lari dari rumah. Hahaha.

Actually nak complaint, tentang darkside, end up, hey Ratna, banyak jugak nikmat yang kau perlu syukuri.

Cukuplah setakat ini luahan cacar marbar.

– Ratna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *