Ratna’s Family II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ratnas-family/).

Asalamualaikum semuanyaaa Ratna is backkkk!! With her luahan yang cacar barbar!! Hahahaha.

Since, ramainya yang tertanya2, fokus kali ini more kepada menjawab soalaaan (bunyi macam serius pulak hahaha). Rules in shaa Allah, aku cite lain hari lah.

First of all, aku nak cakap thank you so much untuk komen yang murni2, korang buat aku rasa lagi nak bsujud pada Allah yang maha esa. Lagi membuka mata dan hati untuk selalu bersyukur.

Panjang dijadikan pendek :

1. Our Humble House

Rumah aku takdalah besar mana , biasa2 aja. Underground, ground, tingkat 1, 2 & 3. Adik beradik mak aku ada enam orang. Setiap pasangan termasuk atuk nenek aku ada bilik masing2.

Bilik2 ini sama selesa dengan residence room macam dekat hotel, semuanya ada kecuali dapur. Kalau nak dapur pun, mini peti ais & cerek letrik tu still bolehlah.

Macam aku cakap sebelum ini, bilik ini ikut citarasa masing2, so memang bervariasi lah interiornya.

Manakala.. Kami yang anak2.. DORMMM. HAHAHA. Ye. Betul. Tuan2 dan Puan2, kami tidur dalam dorm. Tido ramai2. Tapi masing2 ada lah katil die, almari, meja study, small library etc.

Lebih kurang macam cerita barbie and 12 dancing princess.

Certain orang mungkin tak comfortable, tapi aku rasa seronokk tauuu!! Tidur dengn kazen nie.

Ada satu bulan ramadhan tu, setiap hari tengok cite hantu, datang malam raya, amik kau Jahh… takut hantu sampai katil single himpit 5 / 6 orang hahaha. Hingga ke pagi tidur kejung tak bergerak. Hahahah.

And then, kami mostly dari bidang yang berbeza, so banyak lah bed time story. Another good thing is we support each other which really helps those kazens with low self esteem.

Confession ikhlas : Dear my beloved kazenss, l love you so muchhhh!!

Oh ya, only married woman not allowed to go work, but those unmarried you can.

Btw, tetamu tidak benarkan masuk ke bilik kami. Nenek aku pantang betul tetamu sesuka hati masuk bilik orang.

So untuk avoid benda2 ni, bilik tetamu di level 1, manakala yang kami family semua di level 2. If u want to stay together2 dengan tetamu, kau kena turun ke level 1 , duduk / tido lah selama mana kau nak.

If ada new family member, then extendlah rumah. Rumah dan tanah adalah milik persendirian, in shaa Allah cukup untuk semua.

Suasana rumah adalah dalam keadaan teratur termasuk dapur. Kisah2 tersalah letak, sepah2 memang tak wujudlah. Remember – there is a rules that govern the house.

2. Perbelanjaan rumah.

Since keluarga besar, perbelanjaan jugak agak besar – tapi economically perbelajaan yang wajar untuk sebuah keluarga. Setiap bulan big family leader akan buat home financial planning. So dari situ, masing2 akan contribute duit belanja rumah.

Kitorang ada dua main bank yang dimana semua orang boleh access,

(1) Khas untuk segala mak nenek bil.

(2) Khas untuk barang dapur harian.

So senanglah nak monitor dan improve mana yang patut dibulan akan datang.

Bonus : Atuks syndrome – which is selalu belanja cucu2 dia makan – paling sedap jajan durian (plastik kuning /oren) !!

3. Aurat

Kami yang perempuan memang 24/7 bertudung, berbaju lengan panjang etc, Kecuali kalau takda lelaki dalam rumah which is 8 jam sehari – sama macam hari bekerja.

Kami dari kecil dah biasa pakai pakaian bertutup, so 24/7 small matter lah.

Menantu semua macam mana pulak ? Haha. Sama lah macam bila kita gi sekolah. Masuk sekolah, kita ikut peraturan sekolah, gitulah sini pun.

Perkara susah nak diterap jika kita baru nak mula or trying to change habit yang dah sebati, tapi kalau benda itu adalah norm di tempat baharu, autom4tic orang sekeliling akan ikut.

Oh ya, orang laki kat rumah aku pun, fully coverrred hahahah. Tapi tak pakai tudung lah yee haha.

4. Gaduh.

Allahurabbi. Gaduh kat rumah aku nie, gaduh jenis kuali piring semua terbang hahah.

But how we still live in harmony?

(a) Bincang. Bila budak2 gaduh pun, instead of stopping them from fight, we always say.. Bincang dik bincang, bincang slow2.

(b) Kau marah, cakap. Kau terasa cakap. Jangan simpan.

(c) Tempoh masa gaduh adalah sehari je. Kalau kau tak guna sungguh rugi. Sebab esok lusa kau tak boleh brought forward atau ungkit. Kalau ungkit….. Jeng2….

(d) Bila ada orang beraduh, yang lain DILARANG masuk campur termasuk suami atau isteri peserta, makpak peserta. No top fan or supporter are allowed.

Kalau peserta gaduh datang dekat kau, kau hanya boleh listener sahaja dan dilarang buka cerita pada orang lain.

Next, nak bagi solution, boleh. Sila. Tapi kena bagi beberapa solution bukan satu, then lets the pariticipant to decide. Kau tak boleh decide untuk participant.

Part nie, aku rasa penting sebab zaman sekarang ramai yang cuba untuk menjadi hakim dan putuskan solusi kehidupan orang lain.

Kalau yang gaduh itu adalah suami isteri, go to the room, fight & settle. Kalau tak settle cari orang yang lebih tua dan neutral untuk dapatkan pandangan. Hubby & Wifey matter is P&C and to be handle with care.

Bilik agak kalis bunyi, so kalau gaduh, pasang tv kuat2 memang tak menganggu orang lain. Dan orang takkan tahu pun – kau bergaduh dengan suami

(e) Last but not least, tak kira siapa pun salah, masing2 kena minta maaf and hugsss at the end of the day. Nampak macam kebudak – budakkan.. Tapi tulah.. it works.

5. Kenduri kendara.

Lets talk about wedding. Nenek aku cakap kau kawin sekali je, so make it memorable for you and your loved ones. Wedding kitorang kecil2 je – family aku sangat teliti dalam perkara ini, especially perkahwinan berlainan budaya.

Best part is kau boleh pilih siapa yang boleh attend wedding kau – selalunya dalam 100 – 200 orang sahaja.

With this limit, you can have the best wedding, serve the best food and have the most precious time with your lovely guess.

How is our honeymoon?

There is no honemoon, is familymooon gaisss.

Atuk aku cakap 1 week of marriage is very important – family kami and family mertua termasuk pengantin akan bercuti bersama2 – this to create bond and understand each other better. Lepas tu kalau pengantin nak sambung cuti, sambunglah haha.

6. Norm.

Tatacara dan peradaban adalah sesuatu yang telah sebati dalam kehidupan kami. Untk family members yang baru, selalunya akan ambil masa untuk adapt. Lama kelamaan kadang mereka lebih hebat dari kami.

Cerita aku dah habis tapi tak reti tulis penutup. Hahaha. Hmmm.. Okey, aku doakan kebaikan untuk kita semua. Jumpa lagi in shaa Allah.

– Ratna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *